July 17, 2012

Peruntukan Dari Kerajaan Negeri Selangor Untuk Semua Daerah Dan Adun Bangi Untuk Masjid Dan Surau Di Bangi

Masjid Salahuddin, Shah Alam, 25 Syaaban 1433 = 15 Julai 2012
(Ahad):Jam 2.30 petang hari ini, selepas selesai semua program di sebelah pagi di Bangi, Adun bergerak ke Shah Alam bagi menyertai Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Moreh Bulan Ramadhan 1433H./2012M dari Kerajaan Negeri Selangor kepada Masjid dan Surau Seluruh Negeri Selangor yang sepatutnya disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor, tetapi oleh kerana beliau mempunyai tugas penting, beliau diwakili oleh YB Dr. Haji Yaakob Sapari Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Hadir bersama ialah Dr. Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Modal Insan,



S.S. Dato' Haji Marzuki Bin Hussin Pengarah JAIS, S.S. Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Orang-Orang Besar Daerah, Pegawai-Pegawai, Nazir, Imam dan Pegawai-Pegawai Masjid yang memenuhi ruang utama bahagian bawah masjid.


Sebelum daripada Majlis Serahan Sumbangan, pihak Bahagian Pengurusan Masjid JAIS menganjurkan Konvensyen Pengurusan Masjid sejak jam 9.00 pagi dan berterusan sehingga selepas Majlis Penyerahan sehingga jam 4.00 petang. Dua kertas kerja dibentang. Kertas pertama berjudul:


Penguatkuasaan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) Pindaan 2001, dibentangkan oleh Ustaz Md Rasyid Ridha bin Johdi,Penasihat Undang-Undang MAIS. Kertas Kedua berjudul: Pengurusan Mjid Profesional. Dibentangkan oleh Tuan Haji Mahat bin Tumin, Mantan Nazir Masjid Jami` Sdiah, Pelabuhan Klang.


Sebelum Majlis Penyampaian Peruntukan dilakukan, S.S. Dato' Marzuki dalam ucapannya menyatakan tahniah kepada Nazir-Nazir dan AJK Masjid yang baru dilantik. Menurutnya, "JAIS mengadakan konvensyen bagi melahirkan AJK Masjid yang berkemampuan tinggi, mampu menangani isu-isu semasa dan dapat menyelesaikan masalah," tambahnya, "AJK hendaklah mementingkan keharmonian dan perpaduan ummah dan perlu pertahan dari dicerobohi oleh anasir yang memecahbelahkan masyarakat." AJK hendaklah:


a) Tidak membawa akidah yang bertentangan dengan akidah Ahlu as- Sunnah wal Jamaah

b) Tidak menonjol dan membesarkan masalah khilafiyah

c) Tidak membawa ke dalam masjid aspek-aspek politik kepartian


d) Kepimpinan yang membawa nilai keakhlakan yang tinggi

Menurutnya peruntukan dari pihak Kerajaan Negeri pada tahun ini meningkat dari RM1.4 juta pada tahun 2011 kepada RM2.7 juta pada tahun 2012. Beliau mengucapkan, "Selamat Menjalani Ibadat Puasa Ramadhan."
YB Dr. Yaakob Sapari yang mewakili YAB Dato' Menteri Besar Selangor mengucapkan tahniah kepada pihak JAIS yang berjaya menganjurkan Konvensyen Pengurusan Masjid. Menurutnya, bengkel sedemikian wajar diadakan pada peringkat daerah. Beliau bergembira melihat masjid dan surau begitu diimarah, sehingga kebanyakan melempah ruah dengan ahli jamaah yang melaksanakan berbagai-bagai ibadah. Beliau mau pengimarahan masjid ini bukan saja pada bulan Ramadhan, tetapi hendaklah bersifat sepanjang tahun. Bagi beliau sukar untuk mengatakan soal politik tidak boleh dibicarakan di masjid- Ini dapat dicontohi kehidupan
Rasulullah s.a.w. yang menjelankan segala kegiatan di masjid termasuk ibadat, politik
pentadbiran, bahkan mengaturkan peperangan. Beliau menyebut daripada RM1.7 juta peruntukan, dari segi pembahagian bagi kawasan-kawasan tidak sama jumlah. Ini berdasarkan jumlah penduduk dan surau-masjid yang perlu diagihkan. Kawasan yang paling tinggi mendapat penyerahan sumbangan ialah Petaling Jaya berjumlah RM550,000 diikuti oleh kawasan Hulu Langat berjumlah RM448,150 dan Gombak ialah sebanyak RM314,700. Kawasan yang paling sedikit ialah Sepang berjumlah RM112,450.

Cek-cek disampaikan oleh YB Tuan Dr. Haji Yaakob Sapari kepada Orang-Orang Besar Daerah atau Pegawai Daerah. Peruntukan ini akan diagihkan kepada surau dan masjid di tempat-tempat masing-masing.

Sementara itu pada malamnya Adun menyertai Solat Berjamaah di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam di bawah DUN Bangi. Pada malam ini buat poertama kali Adun turun bagi mengagihkan peruntukan kewangan Adun kepada surau & masjid di kawasan Dun Bangi (RM500 x 110 surau & masjid). Secara kebetulan pada malam ini Masjid Al-Falah menganjurkan Ceramah Ramadhan yang penceramahnya ialah Al-Fadhil Haji Mohd Arif Abdul Samad Pegawai Tadbir Pejabat Agama Daerah, Hulu Langat. Turut hadir ialah En. Latib Manan Ketua Kampong Sungai Ramal Dalam, Tuan Nazir Encik Yahya Jamari, dan Tuan Imam Haji Muhammad bin Abdul Wahab. Adun tangguh sementara penyampaian cek kepada Masjid Al-Falah dan dua buah surau yang lain dan turut mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Arif.

Beliau memulakan ceramah dengan merujuk kepada nama Sungai Ramal yang menurut pendapat Ramal adalah berasal dari kata 'Amal' bermaksud orang Sungai Ramal adalah mereka yang hidup secara positif, terutama bagi membina Baldah tayyibah wa Rabbun Ghafur. Menurut Tuan Pegawai Tadbir Tiga golongan di dalam mendepani Ibadat Puasa Ramadhan, iaitu yang berdukacita, kerana, terpaksa berpuasa, yang kedua berlagak macam orang biasa, bagai tidak menyedari Ramadhan. Dan terakhir mereka yang mengambil kesempatan mendirikan Ramadhan sebaik mungkin dan harapan

semoga kita tergolong di dalam kategori insaf dan mencapai puasa yang dikategorikan sebagai khusus dan mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment