August 13, 2012

Iftar Perdana Peringkat DUN Dan Kawasan

BBB, 22 Ramadhan 1433 = 11 Ogos 2012

Mengadakan Iftar Perdana bulan Ramadhan pada peringkat Dun & Kawasan merupakan program tahunan. Demikianlah pada petang hari ini adalah Program Iftar Jama`I yang diadakan di Medan Usahawan, Seksyen Satu BBB, tidak berapa jauh dari Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Bangi. Saudara Azemi Ahmad Ketua Penerangan bagi Kabinet Mini dan Ketua Lajnah Surau dan Masjid Dun Bangi diamanahkan membuat persediaan dengan dibantu AJK beliau. Yang Berbahagia Dato` Abu Bakar Chik AJK Pas Pusat dan Ketua Lajnah Pendidikan Pas Pusat dijemput bagi menyampaikan tazkirah.

Majlis Iftar terdiri dari Iftar, Solat Maghrib, Solat Isya`, Tarawih, tazkirah dan Solat Witir. Hadir di dalam majlis pada malam ini ialah Ybhg. Dato` Abu Bakar Chik, Ustaz Shafie Ngah, YDP Pas Serdang, Tuan Haji Mazwan Johar Timbalan YDP dan ahli-ahli muslimin dan muslimat yang berjumlah lebih kurang 100 orang. Imam Maghrib dibawa oleh Dato` Abu Bakar Chik, Imam Isya` oleh Ustaz Rashidi dan Imam Tarawih oleh Ustaz Solah.

Mengalu-ngalukan Majlis Adun Bangi, mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Dato` Abu Bakar Chik yang sudi hadir bagi menyertai Majlis Iftar. Tujuan mengadakan Majlis Iftar yang sengaja diambil satu daripada malam Ramadhan bagi mengeratkan hubungan ahli, mendapat maklumat mutakhir berhubung dengan pergerakan dan penyampaian tazkirah secara lebih bebas. Tempat dipilih menurut Adun sengaja dipilih tempat terbuka bagi ahli merasa lebih lawas dan bebas di dalam percakapan.

Ustaz Dato` Abu Bakar Chik dalam tazkirahnya menyentuh soal tentang akidah tauhid yang memperkukuhkan pegangan. Beliau mau di dalam institusi dan kariah diwujudkan Lembaga Jamaah Islam yang menjadi rujukan bagi kegiatan Islam dan juga sebagai Badan Amar Ma`ruf dan Nahi Munkar. Beliau mau agar semua pihak menjaga nama baik pergerakan. Sebarang cadangan dan kritikan hendaklah melalui saluran yang betul.

Sementara itu pada sebelah petangnya mulai jam 6.00 petang pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi mengadakan Program Smart A UPSR di bawah bimbingan Badan Smart Learning yang diuruskan oleh saudara Ahmad Muzammil selaku Pengurus. Hadir ke Majlis ini ialah Ybhg. Dato` Dr. Harun Din Selaku Penasihat juga Tan Sri Dato Hj. Mohd. Nor Ismail juga selaku Penasihat, Adun Bangi, pelajar-pelajar dan ibu bapa.

Tuan Haji Sufi Munassir menyampaikan ucapan alu-aluan dengan menyatakan murid dari 5 buah Sekolah di BBB dijemput menyertai program. Setiap Sekolah menghantar 10 orang murid, Pelajar-pelajar dibimbing di dalam bidang matematik dan Sains. Guru-guru menurut saudara Sufi berpengalaman memeriksa kertas antara 18 – 25 tahun.

Yang Berbahagia Dato` Dr. Harun Din menyampaikan Ucap Utama Penutup memuji Persatuan Penduduk yang berjaya mengadakan Kelas Smart Learning. Pelajar-pelajar kini menurutnya, mempunyai banyak peluang menghadiri kelas bimbingan dan tambahan dan mempunyai bahan rujukan. Beliau mau pelajar-pelajar mengambil peluang ini, tetapi beliau memberi ingatan bahawa pelajar-pelajar juga jangan mengabaikan pendidikan Islam yang dapat memperkukuhkan waja diri bernilai Islam.

Mengakhiri Majlis ialah penyampaian Sijil Penyertaan, Adun Bangi dberi penghormatan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta. Majlis iftar diikuti solat Magdhrib dan solat Hajat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment