August 6, 2012

Mengagihkan Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Surau-Surau: Ada Persoalan Dapat Ditimbulkan !

Masjid Al-Hasanah BBB, 16 Ramadhan 1433 = 05 Ogos 2012 (Ahad):

Pada tahun ini Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi diagihkan kepada masjid dan surau di negeri Selangor untuk moreh Ramadhan. Penyerahan peruntukan ini dilakukan di dalam majlis yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 15 Julai 2012 lepas. Peruntukan ini disampaikan oleh Y.B.Dr. Yaakob Sapari Exco yang mewakili Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor kepada S.S.Dato` Marzuki Hussin Pengarah JAIS. Pada hari ini juga diserahkan cek-cek kepada Naziz-Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Surau yang mendirikan solat Jumaat. Manakala peruntukan untuk surau-surau akan diserahkan kepada surau-surau melalui PAID-JAIS – dengan menjemput hadir Adun bagi diserahkan kepada Pengerusi-Pengerusi Surau-Surau di kawasan masing-masing. Peruntukan bagi setiap masjid ialah RM1,600, bagi surau yang mendirikan Jumaat ialah RM1,200 dan bagi surau biasa ialah RM1,000. Jumlah yang diberikan oleh kerajaan negeri ini dikatakan jauh lebih baik dari peruntukan dahulu yang hanya berjumlah RM400 sahaja bagi sebuah surau (lebih kecil dari peruntukan diberi oleh Adun)..

Pada hari ini Adun Bangi hadir ke Masjid Al-Hasanah bagi menyampaikan cek-cek kepada surau-surau di bawah Dun Bangi. Hadir sama Saudara Muiz dari PAID Hulu Langat, saudara Azemi Ketua Lajnah Masjid-Surau Adun Bangi dan Tuan Haji Kamaruddin Setiausaha Masjid al_Hasanah. Walau bagaimana tidak semua surau dapat menerima peruntukan ini. Ianya dikatakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1) Surau berkenaan hendaklah berdaftar dengan pihak JAIS. Bererti ada surau di luar maklumat JAIS ?

2) Menyerahkan penyata kewangan kepada JAIS

3) Memaklumkan Penyata Bank

Keperluan kepada perkara ini, terutama ada akaun bank untuk mengelak dari kekeliruan kerana terdapat banyak nama-nama surau yang bersamaan nama. Misalnya terdapat berpuluh nama Surau Al-Hidayah, An-Nur dan sebagainya.

Jumlah surau yang terdapat di Hulu Langat adalah sebanyak 350 buah, tetapi yang cukup syarat dan berkelayakan ialah sebanyak 242 buah sahaja. Bagi Dun Bangi jumlah surau adalah 100 buah (12 daripadanya mendirikan solat Jumaat), tetapi yang disenaraikan dapat amat kecil ialah 25 buah, iaitu satu perempat daripada jumlah sebenar surau-surau yang terdapat di Dun Bangi. Mengapa sebahagian besar dari surau-surau di Dun Bangi tidak dikemaskini di PAID, menyebabkan sebahagian besar dari surau-surau di Dun Bangi tidak termasuk di dalam senarai ? . Adun amat merasa tidak puas hati kerana sebahagian besar tidak mendapat peruntukan Kerajaan Negeri itu. Pihak PAID tidak berurus dengan Adun terlebih dahulu untuk mendapat maklumat – jika tidak ada maklumat – Ironi ! Melihat kepada pengurusan yang dibuat, maka lebih baik peruntukkan diperturunkan kepada Adun dan mengagihkan kepada masjid dan surau yang memang di dalam maklumat dan sering diziarahi Adun.

Masalah komunikasi dilihat menyebabkan surau-surau yang tersenarai mendapat peruntukan tidak hadir – walaupun pihak surau dimaklumi sebelumnya. Tiada pengerusi atau Bendahari atau wakil yang hadir. Misalnya pada hari ini sejumlah 25 surau yang dipanggil, tetapi yang hadir hanya 15 orang. Pihak Adun mampu mengendalikan peruntukan yang masih belum dapat disampaiakn kepada surau-surau dengan turun terus kepada surau atau datang ke pejabat Adun.

Sementara itu pada Sabtu 4 Ogos semalam Adun Bangi juga dikehendaki menyampaikan cek-cek kepada surau-surau di Dun Balakong. Bertempat di Masjid Cheras Jaya. Hadir sama saudara Muis dari PAID, saudara Azemi Ahmad selaku Ketua Lajnah Masjid-Surau Adun Bangi dan Tuan Haji Azman Nazir Masjid Cheras Jaya. Sebagaimana di Bangi tidak semua surau yang terletak di bawah 4 buah masjid di Balakong tersenarai, hanya 24 buah surau yang dijemput dan yang hadir seramai 14 orang sahaja. Jelas kelemahan berlaku pada banyak peringkat. Maklumat perlu dikemaskini dan komunikasi perlu dipastikan perlu berkesan yang menjaminkan kehadiran, walaupun atas nama wakil. Dengan keadaan sekarang Adun sendiri tidak

berpuashati, kerana sebahagian besar surau tidak termasuk di dalam senarai penerima, semua surau layak sebagaimana surau-surau berkenaan menerima peruntukan Adun. Adun sendiri merasa tidak senang kerana sebelum ini Adun memaklumkan kepada surau-surau bahawa mereka akan menerima peruntukan lagi selain dari peruntukan Adun yang telah disampaikan.

Persoalan:

1) Bagaimana PAID-JAIS yang menjaga soal agama Islam di satu kawasan seperti Hulu Langat tidak mempunyai record nama surau-surau di dalam kawasannya sehingga perlu didaftarkan ? Pada hal setiap surau yang diluluskan pembinaan mesti melalui PAID & Adun ?

2) Dengan jumlah RM24,000 bagi surau-surau di Bangi selain dari Masjid & Surau mendirikan Jumaat (20 buah), maka jumlah ini amat kecil berbanding dengan jumlah yang sepatutnya 90 surau mendapat peruntukan (RM24,000 bahagi 90 = RM255 sahaja.

3) Oleh kerana Kerajaan Selangor mementingkan ketelusan kita berharap penyata lengkap dan terperinci dapat dikeluarkan daripada RM1.7 juta,berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada daerah, masjid dan surau Daerah dan bagi satu kawasan Adun ?

4) Kita berpendapat jika wang berkenaan diperturunkan kepada Adun, nescaya dapat diuruskan dengan baik, segera dan dapat diagih secara sama rata, walaupun sebuah surau mendapat hanya RM250 sahaja.

5) Kita juga mempersoalkan mengapakan dalam urusan dengan Adun dan Pengerusi-Pengerusi surau ini yang dihantar oleh PAID hanya seorang pekerja sementara sahaja yang nampaknya tidak dapat menjalankan urusan dengan licin ?

Sekian.

No comments:

Post a Comment