
Ketibaan Adun Bangi disambut oleh Encik Muniandi Pengerusi PIBG Sekolah, saudara Ari Krishnan Ketua Kaum Adun Bangi, beberapa AJK PIBG dan Beberapa Guru.

Sekolah SJK(T) Barat ini mempunyai 70 orang murid bagi enam kelas dengan 10 guru. Sekolah ini juga mempunyai Kelas Pra-Sekolah dengan 25 orang murid. Sekolah ini mempunyai satu bangunan utama dengan dua bangunan tambahan. Bangunan terletak di atas keluasan tanah 2 ekar bersebelahan dengan tanah milik Syarikat OIO yang dibeli dari Syarikat Magnum. Sebelum penyerahan cek dilakukan di dalam upacara ringkas Encik Muniandi bercakap ringkas. Selepas berterima kasih di atas kehadiran Adun, beliau juga berterima kasih di atas sumbangan kerajaan negeri. Encik Muniandi melahirkan beberapa masalah dan kepreluan Sekolah.
Masalah utama ialah jalan masuk ke sekolah yang melalui tanah Syarikat OIO yang masih tidak bertar. Kesulitan lebih-lebih lagi terasa bila hari hujan. Jalan yang terletak di antara tanah tinggi tidak bertar, kerana kawasan tanah itu akan dibangunkan dan jalan jika ditar akan dipecahkan. Adalah dijangka jalan akan di alih menyusur bahagian tepi Sekolah untuk keluar ke jalan utama, tetapi bilakah pembangunan akan dibuat tidak pasti. Dalam keadaan ini sewajarnya jalan sementara itu wajar ditar dan dibuat longkang larian air kiri kanan. Sekolah juga menurut En. Muniandi kekurangan bilik darjah dan tidak cukup computer yang setakat ini ada hanya computer second hand sebanyak 6 buah. Encik Muniandi juga berharap Adun dapat membiayai untuk didirikan Pondok Pengawal.
Dalam ucapan ringkas Adun, bahawa kerajaan negeri prehatin terhadap Sekolah Tamil, Cina dan Sekolah agama. Sebab itu setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan bantuan bagi Sekolah Tamil. Sekolah ini juga mendapat bantuan bagi bangunan tambahan dari Kerajaan Negeri Selangor. Kita berharap banyak lagi bantuan akan disampaikan. Berhubung dengan jalan, pihak Adun akan bercakap dengan Y.B. Dr. Xavier kemungkinan mendapat peruntukan bagi menaikkan jalan ke Sekolah. Peruntukan Adun sampaikan kepada En. Muniandi.


No comments:
Post a Comment