September 19, 2020

 

KONSEP  NEGARA  BERILMU

(Fikrah Bangiu:  636 )

BBB: 01 Safar 1442H. =  19 September 2020M. (Sabtu).

Kewujudan adalah  sumber ilmu. Kita adalah sebahagian daripada sumber ilmu. Manusia adalah teristimewa dari segala sumber berkenaan, kerana manusia dikurnia Pencipta kebolehan (malakah) mengenalpasti sumber-sumber berkenaan, iaitu melalui kebolehan akal dan  jiwa yang  dikurnai kepada  manusia.. Dengan  kurniaan peralatan yang ada pada manusia ini mereka berinteraksi dengan  alam sekitar yang mengelilingi mereka dan menggunakannya untuk  kepentingan mereka.

Manusia  secara dinamik digerak oleh beberapa faktor. Yang penting adalah faktor  kehidupan dan keselamatan di dalam memelihara diri dan penerusan generasi. Digerak oleh kepentingan kehidupan dan keselamatan manusia  mengenalpasti eleman-eleman ilmu.. Manusia mengenalpasti alam sekitar yang ada  di sekeliling mereka.  Misalnya mengenalpasti tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang, mengambil manfaat dari tumbuhan sebagai makanan demikian juga dengan haiwan. Menjadikan gua  dan bahan dari tumbuhan dan tanah sebagai tempat dan alat bagi perlindungan bagi keselamatan. Pada peringkat awal manusia mengambil faedah dari bahan yang sedia ada. Mereka memahami sifat tumbuhan yang boleh ditanam dan dihasilkan. Demikian dengan binatang yang boleh dipelihara bagi tujuan pembiakan dan dapat dimakan. Proses mengenalpasti sifat dan tabiat ini adalah proses keilmuan yang terus berlaku dan berkembang. Proses mengenalpasti dan penggunaan bahan tumbuhan dan hewan bagi tujuan kehidupan ini memakan masa yang panjang yang pengwujudan, pengekalan dan penerusan adalah berlaku berterusan, bahkan aspek-aspek ini bertereusan hingga kini dengan berlaku ciri-ciri kemajuan.

Manusia berkembang dengan pertambahan jumlah kependudukan dengan terbentuknya keluarga dan kiomnuniti. Mereka berkembang berdasarkan keilmuan yang makin dikuasai.

Mereka menguasai keilmuan yang berhubung dengan pertanian, penternakan dan menyubur dan memperbanyakkan penghasilan. Mereka makin mendalami keilmuan yang berhubung dengan pembinaan tempat kediaman dan mewujudkan kelompok-kelompok kediaman di tempat-tempat yang strategik dan banyak dengan sumber-sumber kehidupan. Mereka mengembangkan kehidupan berkeluarga  dan kehidupan bermasyarakat. Dari kehidupan berkelompok ini menyedarkan mereka pentingnya keselamatan dan mewujudkan sistem keselamatan supaya tidak diceroboh oleh pihak yang lain. Dari sini timbulnya kesedaran berkampung, berkawasan dan bernegeri. Timbul di kalangan   mereka ketua dan mereka yang mengendalikan pemerintahan. Namun melalui sejarah yang dilalui manusia, timbul dari kalangan mereka  sifat ingin menguasai yang lain, mungkin  kerana mau mendapat kemewahan dari apa yang didapati dan dikuasai oleh yang lain, lantaran itu tidak jarang berlaku persengkitaan dan peperangan menyebabkan yang kuat menguasai yang lemah, lantaran timbul usaha membina kekuatan agar diri menjadi kuat dan tidak dicerobohi oleh yang lain.

Dalam kehidupan bermasyarakat ini, hasil dari desakan untuk hidup, mempertahankan kekuasaan, menjamin keselamatan dan berlaku perhubungan dengan yang lain dengan mencari kaedah yang lebih baik wujud  sistem berilmu, berkeluarga, sistem nilai, sistem ekonomi, keselamatan, pertahanan, perhubungan dan perdagangan.

Kesedaran keilmuan adalah hasil dari pengalaman di dalam kehiudupan. Ini diwarisi oleh generasi melalui penerusan pengalaman, penyimpanan maklumat dalam ingatan dan rakaman dan peralatan. Bila semakin maju maklumnat dirakam melalui kaedah budaya tinggi yang dipelajari  secara  tulisan yang dapat diwarisi, wujud kaedah pembelajaran bagi penerusan. Dari berpengalaman termasuk dari luar wujudnya sistem pengajian yang dikenali kemudian sebagai persekolahan dan penerusan darinya hingga ke peringkat atas.  Pengajian formal sedemikian adalah metod yang paling utama di dalam  menghimpun bahan ilmu, pengajian, penambahan dan penerusan. Antaranya dikenali dengan perpusatakaan dengan berbagai-bagai kaedah penyimpanan yang dapat dimanfaatkan oleh generasi.

Pada zaman moden ini wujud pembelajaran dari peringkat pra-sekolah seperti tadika, taska, pasti dan sebagainya. Seterusnya wujud sekolah rendah, menengah, tinggi, kolej, matrikulasi, dan wujud peringkat pengajian tinggi seperti kolej universiti dan universiti dan tahap-tahap peningkatan dan kualiti.

Bidang-bidang yang ditekankan  di dalam pengajian dapat dikategorikan kepada kajian yang bersifat benda fizikal dan kajian yang bersifat nilai..

Dengan kajian yang bersifat fizikal manusia membina bandar, membina kediaman secara treratur, wujudnya kenderaan yang mempercepatkan hubungan, wujudnya perladangan, industri dan perniagaan, Seterusnya terbangunnya sistem ekonomi, kaedah pertahanan yang lebih canggih, politik pemerintahan dan perhubungan antarabangsa. Setererusnya berkembang kemajuan di dalam berbagai bidang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment