July 7, 2010

ADNS Bangi Anjur Kejohanan Sepak Takraw 2010

Kajang Utama, 20 Rajab = 04 Julai (Ahad):


ADNS Bangi menganjurkan Kejohanan Sepak Taktraw bagi merebut piala pusingan ADNS Bangi 2010. Kejohanan ini diamanahkan penganjuran kepada Kajang Utama. Ini adalah merupakan kali ketiga penganjuran.


Menurut Saudara Dahari Setiausaha Lajnah Sukan ADNS Bangi, "Penyertaan kali ini amat menggalakkan, seramai 24 pasukan mengambil bahagian. Mereka adalah dari kawasan Serdang, khususnya Bangi dan kawasan Hulu Langat."


Pagi ini ADNS Bangi merasmikan pertandingan sepak takraw dengan menyepak bola takraw di gelanggang dan permainan dimulakan. Permainan yang bermula dari jam 8.30 pagi berterusan hingga 5.00 petang. Cuaca baik dan pertandingan berlangsung dengan licin.


Keputusan Pertandingan:


Johan & Memenangi Piala Pusingan: Pasukan dari Surada
Naib Johan: Kajang Utama
No: 3: Kajang Utama
No. 4: Kajang Utama

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama kepada urusetia yang menjayakan pertandingan.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment