July 9, 2010

Menandakan UMNO-BN Makin Gelabah

Teras Jernang, BBB, 21 Rajab = 04 Julai (Ahad):


Antara yakin dengan tidak – waswas dengan sokongan rakyat, tindakan-tindakan memperlihatkan bahawa pihak Umno-BN gelabah! Betapa tidak, tindakan-tindakan yang dilakukan di luar batas kebiasaan


Menyedari bahawa kekuatan yang mengutuhkan Pas ialah ulama, maka dicari jalan melemahkan ulama. Dicetuskan berita oleh media-media pro Umno-BN, "40 ulama masuk Umno?". Sedikit kejutan timbul. Benarkah berita berkenaan atau tipu helah dilakukan?


Sebuah Ceramah sengaja diadakan di Teras Jernang menjemput salah seorang yang dikatakan sebagai Ulama yang masuk Umno itu datang berceramah – beliau ialah Ustaz Mohd Hosni Mubarak. Turut berceramah Saudara Sany Hamzan AJK Pemuda Pas Pusat mengenai isu-isu semasa. Ustaz Mohd. Hosni menafikan sekeras-kerasnya yang beliau masuk Umno.


Menurutnya, beliau dan kawan-kawannya telah "Dikelirukan" oleh perancang-perancang yang melakukan tipu helah. Menurutnya, sememangnya perancang-perancang telah mengatur bersama talibarut-talibarut yang dikatakan ulama itu berdepan dengan pucuk pimpinan Umno di bangunan Umno dan siaran berita di dalam media letronik dikeluarkan serta merta tanpa memberi ruang untuk dinafikan.


ADNS dalam ucapan alu-aluannya mempersoalkan, apakah yang dikatakan kumpulan 40 itu sebenarnya adalah benar-benar menepati criteria ulama atau sekadar tangkap muat sahaja. Ulama tidak menipu. Cara mereka lakukan adalah menipu, sebab itu mereka sebenarnya bukan ulama. Kerana isu ini dibuat-buat secara tipu, maka nampaknya tidak menjadi.

Menurut ADNS Bangi, mereka tahu kekuatan Pas pada kekuatan ulama, mereka juga cuba kaitkan pimpinan parti dengan aliran Wahabi, yang merupakan tuduhan liar dan tidak berasas. Kita personal jika benar, mengapakah perkara ini baru ditimbulkan kini. Lebih dari itu, mereka tidak dapat memberi sebagai bukti. Isu ini juga tidak menjadi dan hilang sendiri.

Sebenarnya Umno makin menggelabah, mereka terpalit dengan najis judi. Kerana menggelabah mereka bertindak dengan perkara-perkara tak munasabah dan gopoh-gapah. Contoh isu mutakhir yang sebenarnya lama dan lapuk dan ditimbulkan kembali tentang siapa sesat. Kita memang berusaha membetulkan kesesatan yang ada pada mereka, contoh isu judi yang terang-terang sesat, tetapi apakah yang dikatakan sesat pada kita ?

Kita percaya banyak lagi isu ulama akan diketengahkan. Kita tidak bimbang, kerana kita tegak di atas kebenaran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment