July 13, 2010

Meraikan Perlantikan Ahli PBT Pas Selangor

Palma Hotel. Ampang, 27 Rajab = 9 Julai (Jumaat):


Bertolak ke Hotel di atas selepas sembahyang Maghrib bersama Saudara Azizi dan Saudara Abu Bakar bertujuan meraikan ahli-ahli PBT Selangor dari Pas. Hadir ke Majlis Perlantikan ialah YB Dato' Dr. Hassan Ali Selaku Pesuruhjaya Pas Selangor, Ustaz Mohd Zain Ketua Ulama Negeri, Dr. Sabran Tmbalan PJ, YB. Iskandar Timbalan PJ, YB Dr. Halimah, Hajah Wan Hasrina Ketua Muslimat, Sdr. Khairuddin Setiausaha dan lain-lain.


Dato' Dr. Hassan Ali mengucap tahniah kepada mereka yang dilantik. Mereka adalah 34% (24 orang) dari keseluruhan ahli PBT di Selangor. Antara mereka yang dilantik menggantikan mereka yang mohon mengundur diri, di samping lantikan baru menurut polisi parti. Antara mereka 3 India (Dippakaran a/l Karuppiah, Lakshamanan a/l Subramanium dan Arun/Harun) dan seorang Cina (Mr. Low). Dato' Dr. Hassan Ali mengingatkan PBT adalah "Third Government selepas Federal dan State". Sebagai ahli PBT mereka dituntut bersifat amanah dan bertanggungjawab dan mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan turun padang. Mereka kena ingat mereka adalah mewakili Pas dan kena jaga tatatertib dan akhlak.



Ustaz Mohd Zain di dalam amanahnya membicarakan tentang tahaluf siasiy secara bekerjasama dengan mereka yang bukan Islam bagi menegakkan keadilan dan menjaga maslahah dan kepentingan ummah. Hendaklah bekerja secara jamaah, tetapi jangan ada jamaah di dalam jamaah. Elak dari desas desus dan jangan bersifat mementingkan diri dan jauhi dari rasuah. Sebelumnya sebagai pembukaan, saudara Khairuddin menerangkan tentang criteria pemilihan. Menurutnya, ramai yang berkelayakan dari kalangan pimpinan parti yang layak dan patut dilantik, tapi kekurangan koata. Kali ini calon dari NGO lebih ramai digantikan dari tokoh-tokoh pimpinan parti. Mereka diberi amanah dan hendaklah memelihara amanah.




Ahli-ahli PBT dari Pas di Hulu Langat ialah:


Haji Razaly Bin Hassan
Mohd Sany Bin Hamzan
Samsul Bin Bahari
Zulkifli bin Ahmad
Mohd Shafie Bin Ngah (Bangi)
Haji Mazwan Bin Johar (Bangi)
Adram bin Musa (Bangi).




Sekian.

No comments:

Post a Comment