July 8, 2010

Sri Langat Adakan Gotong Royong

Sri Langat, Jalan Reko: 20 Rajab = 03 Julai (Sabtu):

Pagi ini ADNS Bangi hadir bagi menyertai gotong royong Taman Sri Langat. Hadir sama Tuan Haji Shafie Ngah Ahli MPKj Zon 22, Tuan Kusni YDP Persatuan Penduduk Sri Langat , AJK dan penduduk setempat. Pihak MPKj memberi kerjasama yang erat dengan menyediakan lori, backho dan tenaga kerja. Tumpuan gotong royong ialah tanah simpanan surau yang dipenuhi semak samun dan kawasan Surau Al-Taqwa. Sejumlah peruntukan dikeluarkan oleh ADNS Bangi bagi gotong royong pada hari ini.

Pokok-pokok besar telah mulai ditebang dan dipotong-potong oleh pihak MPKj sejak kelmarin. Hari ini lebih pada kerja-kerja membersih dan mengangkut keluar pokok-pokok yang dipotong dan sampah-sampah yang dibersihkan. Tempat dibersihkan ini, selepas diratakan dijangka digunakan untuk kegiatan kemasyarakatan.

Selepas menyertai gotong royong ADNS Bangi ke Surau Al-Taqwa berdekatan, menyerahkan sebuah "table tennis" kepada En. Kusni bagi digunakan oleh pelajar-pelajar tahfiz yang belajar di Surau Al-Taqwa. ADNS juga meninjau tempat-tempat yang rosak seperti kawasan tandas yang tiga daripada lima buah tandas sudah tidak boleh digunakan lagi dan kemungkinan buat lindungan hujan bagi laluan ke tandas dari surau dan madrasah tempat tinggal pelajar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment