July 12, 2010

MIROS: Lawatan Memahami Fungsi & Kerjasama

Kajang Sentral, 23 Rajab = 6 Julai (Selasa):

Apa itu MIROS ? Iaitu Malaysian Institute of Road Safety atau Institut Keselamatan Jalanraya. Sebagaimana diketahui kematian diakibatkan oleh kemalangan jalanraya adalah tinggi – berkedudukan ketiga tertinggi punca kematian Rakyat Malaysia. Bagi mengurangkan kematian dan bagi membantu dari segi keselamatan, maka ditubuhkan MIROS. Pejabat MIROS pada masa kini bertempat di Taman Kajang Sentral, iaitu terletak di bawah kawasan DNS Bangi. Kehadiran rombongan ADNS Bangi adalah bagi meneruskan siri lawatan ke institusi-institusi yang berada di sekitar Bangi sebagaimana dilakukan pada masa yang lepas, maka pada kali ini rombongan ADNS Bangi melawat ke Pejabat MIROS di Kajang Sentral di sini. Alamat bagi MIROS ialah:

Lot 125 – 135 Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral
43000 Kajang, Selangor.

Ketua Pengarah MIROS sekarang ialah Prof. Dr. Ahmad Farhan Bin Mohd. Sadullah. Pada pertemuan ini beliau tidak dapat hadir, oleh kerana mempunyai tugas luaran. Sebaliknya beliau diwakili oleh Pengarah Prof. Madya Dr. Hj. Mohd. Fauzi Bin Mohd. Yusof dan Pengarah Puan Jamilah serta Encik Rizal dan beberapa pegawai yang turut sama mengiringi, manakala rombongan dari pihak ADNS Bangi ialah Tuan Haji Shabli, Haji Yusof, Sdr. Abu Bakar, Shahrum dan Nabilah.


Sebagai Tuan Rumah Prof. Madya Dr. Haji Mohd Fauzi memperkenalkan ahli-ahli yang menyertainya. Menurut Dr. Fauzi MIROS bermula dari penyelidikan yang dilakukan di UPM oleh Prof. Radin, iaitu sejak 3 Januari 2007. Kemudian diwujudkan sebagai satu Institusi (MIROS) dengan menumpang di satu bangunan di Putrajaya. Oleh kerana ruang amat terhad, maka menurutnya, "Kami berpindah ke sini sejak dua tahun lepas."
Menurut Dr. Fauzi, "Lawatan ADNS Bangi merupakan lawatan pertama dari sebarang agensi negeri Selangor diterima oleh MIROS." Beliau menerima lawatan kami dengan tangan terbuka.


Secara ringkas ADNS Bangi menyebut bahawa lawatan yang diadakan pada hari ini adalah merupakan penerusan dari lawatan-lawatan kami ke berbagai institusi yang berada di sekitar Bangi. "Kami mengucapkan terima kasih di atas penerimaan MIROS terhadap kami," kata ADNS Bangi.

"MIROS Sebagai satu institusi yang berada di bawah DNS Bangi, maka kami merasa tidak wajar kami hanya memandang dari jauh. Kami membuat kunjungan untuk memahami MIROS dan dapat menjalinkan hubungan baik dan mungkin dapat menjalinkan kerjasama dengan MIROS. Misalnya dari segi kempen keselamatan jalanraya." Kata ADNS Bangi memang selama ini kita mempunyai hubungan baik, sekurang-kurangnya sudah dua kali ADNS dijemput hadir umpamanya ke pembukaan Jalan Kasih dan baru-baru ini kempen keselamatan bas-bas yang membawa pekerja-pekerja di Jalan Kasih juga. ADNS Bangi juga bersedia mendengar masalah-masalah yang dihadapi MIROS dari segi tempat pejabat atau operasi dan sebagainya." ADNS Bangi menambah, "Dari segi jaringan, kita ada hubungan dengan MPKj, Pejabat Daerah, Ahli Majlis dan Ketua-Ketua kampong yang dapat disalurkan maklumat, begitu juga dengan berbagai-bagai jabatan dan institusi berkait dengan ADNS Bangi."

Menyambung perbincangan Dr. Fauzi memaklumkan. MIROS adalah satu-satunya agensi pertama ditubuhkan di Asia Tenggara. Di MIROS terdapat beberapa jabatan, iaitu

Jabatan Neuro-Behaviour
Road Environment di ketuai Puan Jamilah
Vehicle Safety diketuai oleh Dr. Wong

Dari segi Pentadbiran MIROS mempunyai

  • Pentadbiran diketuai Encik Razak
  • Publication diketuai Ecik Norazman
  • R & D diketuai Encik Yusof
  • Media and Education diketuai Encik Yusof
  • Koporat dan Komunikasi diketuai Puan Aini.

Dari segi fungsi MIROS memberi tumpuan kepada:

  • Kajian terhadap Road Safety Standard & Black Spot Arears.
  • Impact pada keselamatan & design kenderaan
  • Mutu dari segi design helmet
  • Signage jalan-jalan
  • Perundangan berhubung dengan jalanraya
  • Keselamatan dari segi parts & Components juga airbag.
  • Bimbingan keselamatan kepada public terutama pelajar Sekolah
  • code-code, isyarat dan traffic light
  • Standard jalan dan highway
  • Kajian terhadap mutu enjin

Dan berbagai lagi yang ruang lingkup bagi MIROS yang semakin berkembang.

Menurut Dr. Fauzi MIROS mendapat kerjasama seperti dengan SIRIM, PDRM, JPJ, JKR, Bahagian Penguatkuasaan Jalanraya, Majlis Perbandaran. MIROS juga mengadakan ujian perlanggaran bagi menguji kenderaan dan kesan perlanggaran dan berbagai lagi.

Pada pertemuan ini pihak MIROS juga mengemukakan beberapa aduan

Aspek Keselamatan bagi jalan masuk ke MIROS dari SILK Highway.
Perlu catat penyelenggara/kontrektor kebersihan bagi sesuatu kawasan dengan no telefon
Bangi tak bersih mohon ditingkatkan operasi kebersihan.

Sebelum dari perbincangan tayangan video dilakukan berkenaan MIROS. Kami dapati MIROS masih dalam peringkat awal perkembangan dan akan terus berkembang. Banyak contoh dijadikan model bagi peningkatan seperti mencontohi institusi seumpamanya di Sweden dan UKM. Diharapkan MIROS pada masa hadapan memberi kesan pada pengurangan kemalangan dan berbagai risiko berhubung dengan jalanraya dan kenderaan-kenderaan yang menggunakannya.


ADNS Bangi mengharapkan pertemuan membuka ruang kerjasama bagi pihak ADNS Bangi dengan pihak MIROS terutama bagi kepentingan keselamatan pengguna jalanraya.


Sekian.

No comments:

Post a Comment