July 15, 2010

Ironi ! Sedang Kerajaan Pakatan Rakyat Berusaha Merakyatkan Maklumat; Kerajaan Pusat Menyekat Maklumat !

Shah Alam, 02 Syaaban = 14 Julai (Rabu):


Sedang Akta Human Right (Disember 10, 1948) memperuntukkan setiap orang bebas dan berhak menerima maklumat, begitu juga dengan artikal 10 Federal Constitution memberi jaminan setiap orang berhak mendapat kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat, tetapi Kerajaan Federal Menyekat Maklumat!


Di dalam hal ini Parti Keadilan menghadapi penggantungan Akhbar terbitannya - Keadilan dari diterbitkan. Pihak Pas yang mengeluarkan Harakah dan Dap yang mengeluarkan Roket menerima amaran dan kemungkinan disekat dari pengeluaran.


Pada tengahari ini ahli-ahli Dewan Negeri Selangor dari Pas, Keadilan dan Dap berhimpun dianjung masuk Ke Dewan Negeri Selangor menunujuk perasaan membantah pihak KDN menggantung penerbitan Keadilan dan memberi amaran kepada Harakah dan Roket yang kemungkinan membawa kepada penggantungan. Mereka mempamerkan akhbar-akhbar berkenaan di dalam perhimpunan serta mengangkat tangan tanda bersatu mempertahankan akhbar-akhbar mereka.


Dengan penarikan kebenaran akhbar-akhbar berkenaan bererti Malaysia mencabuli hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat yang diperuntukkan dalam Akta Human Right 1948 PBB dan peruntukan artikal 10 Federal Constitution. Maka kedudukan Malaysia dari segi kebebasan bersuara di mata dunia semakin menurun. Dari segi kedudukan Kebebasan bersuara Kemboja berada pada no. 134 selepas Thailand (124) dan Malaysia (142). Kemungkinan selepas ini prestasi Malaysia semakin menurun. Adalah sesuatu yang ironi sedang Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha ke arah Merakyatkan Maklumat, Kerajaan Peresekutuan semakin Menyekatkan Maklumat!


Sekian.

No comments:

Post a Comment