July 16, 2010

Pasti Abqari Mengadakan Sukan Tahunan

Cheras Jaya, 28 Rajab = 11 Julai (Ahad):


Pada pagi ini ADNS Bangi menghadiri sukan Pasti Abqari di atas yang diadakan di padang Sekolah Rendah Kebangsaan Cheras Jaya. Hadir bersama ialah Tuan Haji Asana Ali sebagai Pengerusi Pasti, Tuan Haji Azman Nazir Masjid, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak.


Pada masa ketibaan ADNS Bangi sukan sudah bermula dan majlis ditangguh sementara, kerana memberi laluan kepada acara perasmian. Secara ringkas ADNS Bangi terus dijemput bercakap. Beliau mengucapkan terima kasih di atas jemputan. Menurutnya, "Pasti Abqari sememangnya dari dahulu adalah terkenal sebagai sebuah pasti yang aktif dan maju. "Saya fikir keistimewaan ini terus dipertahankan," kata ADNS Bangi. "Pada hari ini kita lihat kerjasama erat berlaku antara pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa bagi menjayakan sukan yang diadakan pada hari ini." tambah ADNS Bangi. Beliau berharap kerjasama sedemikian akan diteruskan.


ADNS Bangi tertarik berlangsungnya sukan di padang Sekolah Kebangsaan di sini. Kerana ini agak berlainan. Umumnya pihak kita pada kebiasaannya tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di Sekolah yang berada di bawah kuasa Federal. Tapi hari ini berlainan. Sebenarnya tidak ada masalah sepatutnya. Kita hanya gunakan padang dan tidak mengganggu kelengkapan Sekolah dan Sekolah pada hari Ahad adalah tutup. ADNS Bangi berpendapat, kerjasama dapat diadakan oleh kerana hubungan baik antara pihak Pasti dengan pihak Sekolah. Hubungan baik ini diharap dapat diteruskan.


ADNS Bangi berharap dengan hubungan baik ini tidak akan berlaku tindakan yang tidak bertamaddun. Misalnya pihak pimpinan Sekolah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan sebagainya. Sebenarnya anak-anak yang belajar di Pasti bakal belajar di Sekolah ini dan sebahagian daripada kakak dan abang anak-anak Pasti ini sudah bersekolah di sini. Ini mendekatkan mereka dengan Sekolah dan mesra dengan Sekolah. Ibu bapa yang sama juga mengurus berkenaan anak-anak mereka yang bersekolah di sini.


Selepas merasmikan Sukan Pasti Abqori, ADNS Bangi, terpaksa memohon diri untuk menghadiri program yang lain.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment