Mereka berdua adalah anakanda Aishah. Seorang Aishah binti Ali dan seorang Aishah binti Basir. Kami memanggil mereka Aishah (A) dan Aishah (B). Mereka adalah lepasan dari Pengajian Tinggi dan dijangka akan berkhidmat di tempat asal masing-masing. Sebelum pulang mereka datang berlatih sepurnama di sini mengenai cara pentadbiran dan berkomunikasi dengan mereka yang datang.
Pada akhir Jun lalu tamat latihan dan hari ini kami adakan sedikit majlis kesyukuran dan selamat melepas kedua-dua anakanda masuk ke dalam medan perjuangan. Hadir kawan-kawan sepejabat dan ahli-ahli yang kebetulan tiba.
ADNS Bangi mengucapkan selamat kepada kedua-dua anakanda Aishah. Beliau berharap dengan ilmu di dada dan dengan sedikit latihan serta pengalaman menjadi bekalan yang mewajakan diri kedua-dua anakanda Aishahdalam menempuh ujian dalam perjuangan pada masa akan datang. Selamat berjuang.
Mewakili Aishah dari seorang Aishah, beliau dan sahabat berterima kasih kerana dapat memahami kerja ADNS yang tiap hari berhadapan dengan pengunjung yang memohon berbagai mohonan. Semuanya perlu dilayan dengan baik, agar tidak ada yang berkecil hati, walaupun tidak semua mohonan dapat ditunaikan, tapi layanan perlu memuaskan. Beliau juga memahami selain dari hari-hari kerja bahawa pada hari-hari orang rehat dan cuti, hari-hari begini menuntut Wakil Rakyat turun padang menunaikan jemputan atau membuat ziarah dan kunjungan. Tiada istilah hari minggu dan cuti bagi Wakil Rakyat yang memilih kerjaya ini.
Doa dibaca, sedikit jamuan disediakan. Majlis kecil diakhiri dengan sedikit cenderahati.
Selamat berjuang.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment