July 13, 2010

Dewan Negeri Selangor Bersidang

Shah Alam, 29 Rajab = 12 Julai (Isnin):

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Kedua belas bersidang hari ini. Sidang bermula dengan menjawab soalan-soalan. Sebanyak 6 soalan sempat dijawab dalam tempoh 90 minit. Iaitu berkenaan Pemulihan dalam komuniti, Cukai pintu, Pemudah Selangor, Penyelenggaraan rumah bertingkat, Perindustrian dan Isu kecurian pasir yang hangat dibincangkan. ADNS turut membuat pertanyaan berhubung dengan kenaikan cukai pintu – yang dijawab sebagai tak naik, kenaikan dikenakan kepada yang menambahkan saiz bangunan, Masalah kebersihan di kawasan dan dalaman rumah bertingkat (ADNS Bangi membawa masalah rumah pangsa Jubli Perak, Seksyen 4 Bangi. Pihak PKNS melepas tangan dari tanggungjawab dan pihak MPKj enggan menerima. Pertikaian mengenai sempadan penyelenggaraan. Penduduk diminta menyelenggarakan sendiri kebersihan bangunan dan kawasan. Penyewa tidak mau membayar cukai menyebabkan bangunan tidak diselenggara dengan baik, kotor dan kawasan ditumbuh lalang dan semak menyebabkan gejala penyakit dan juga berlaku kes denggi. Jawapan dari Exco perumahan. Kerajaan dikatakan mau ambil alih penyelenggaraan. Dapatkah diatasi masalah. Bila dapat diselesaikan ?).

Perbahasan juga dilakukan terhadap beberapa kertas yang dikemukakan seperti terhadap Enakmen Pengawalan Penternakan babi yang ADNS Bangi turut memberi pandangan.

Rang Undang-Undang Enakman Perbekalan Tambahan (No. 2) 2010 yang memohon Tambahan Peruntukan agak lama dibahaskan dan ramai yang mengambil bahagian. Perbahasan mengenainya disambung esok.

Sekian.

No comments:

Post a Comment