July 1, 2010

Sekat Ajaran Sesat - Timbalan Mufti Selangor

Surau Al-Sabah, BBB, 16 Rajab = 29 Jun (Selasa):


Sebelum maghrib ADNS Bangi tiba di Surau Al-Sabah dan berkesempatan menyambut kehadiran Sahibus Samahah (SS) Dato` Abdul Majid Omar Timbalan Mufti Negeri Selangor bersama dengan Ybhg. Kernal (B) Mohd Abu bin Haji Ali Pengerusi Surau Al-Sabah dan beberapa AJK surau yang lain. SS dijemput khusus oleh AJK Surau pada petang ini untuk menerangkan berhubung dengan "Ajaran Sesat" dan perlu dibasmi. Turut bersama hadir ialah Ustaz Muhammad Nor Halim Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan Islam di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan Haji Mohd. Nafiah bin Sahrani Nazir Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.



Penerangan berlangsung selepas salat Maghrib yang diimami oleh SS. Ybhg. Kernal (B) Mohd Abu memperkenalkan SS kepada para jamaah lelaki dan perempuan yang memenuhi Surau Al-Sabah;


SS Dato' Abdul Majid dilahirkan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor (Kg. Kelip-Kelip) sejak 70 tahun yang lepas. Pernah belajar di Universiti Nasional, Jakarta dan melanjutkan pelajaran ke Ma`had Tahfiz di Mesir. Pernah menjadi guru Sekolah di beberapa Sekolah di Selangor, kemudian bekerja di Jabatan Agama Islam di Wilayah Persekutuan. Pernah bekerja di Jabatan Penuntut Malaysia di Qahirah dan berkhidmat di Jabatan Mufti di Selangor sejak1998 dan memegang jawatan Timbalan Mufti. SS pernah menerima anugerah sebagai Tokoh Guru.

Menurut SS, "Ajaran sesat ialah ajaran yang menyalahi dengan ajaran Islam (al-Quran dan Sunnah) – menyalahi dari segi aqidah dan syariat."

SS membawa hujah daripada ayat al- Quran yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang melakukan kesalahan terhadap Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya dia sesat dalam keadaan sesat yang nyata (al-Ahzab: 36)."

SS juga membawa dalili Hadith Nabi s.a.w, bermaksud:

"Barangsiapa yang mengada-ngada mengenai perkara kami ini yang tidak ada daripadanya, maka dia adalah tertolak. – Riwayat al-Bukhari."

Beliau memberi contoh ajaran sesat seperti Ajaran sesat Ayah Pin dengan Kerajaan Langitnya atau Pengakuan Rasul Melayu oleh Abdul Qahhar yang mengaku dirinya sebagai rasul di Sungai Long, Hulu Langat.

Menurut SS terdapat 60 ajaran sesat di negeri Selangor. 24 daripadanya telah diwartakan. Apabila sudah diwartakan, mana-mana yang mengajar ajaran sesat yang diwartkan, maka ianya boleh ditangkap. Contoh terdapat 54 orang pengikut ajaran salah Ayah Pin.

Menurut SS ajaran sesat antaranya dibawa oleh ajaran-ajaran tarikat. Beliau juga menyebut ajaran sesat dari ajaran Taslim yang dikenali ajaran sesat Qadyani yang berasal dari India (sengaja digalak kelahirannya oleh British semasa menguasai India bagi melemahkan umat Islam bila berpecah belah) dan berkembang di Pulau Pinang dan Selangor. antaranya terdapat di Kampung Nakhoda Gombak. Tindakan undang-undang sedang diambil terhadap mereka.

Kemudian SS memfokuskan pembicaraan berhubung dengan ajaran Islam Jamaah. Ajaran ini tumbuh di Tanah Jawa (1941) dan terkenal dengan berbagai-bagai nama seperti Jamaah Islam Murni di Gunung Kidul, Jokjakarta, Islam Haqiqi di Jawa Barat, Islam Manqul, Islam Muri, Jamaah Hidayah, Jamaah Amirul Mukminin dan sebagainya. Pimpinan ajaran yang berasal dari Indonesia ini dipanggil sebagai Amirul Mukminin. Ahli-ahli dikehendaki bersumpah dan berbai'ah menandatangani pengakuan. Ini didasarkan kepada kata-kata Khalifah Umar al-Khattab yang berpesan dengan maksudnya:

"Tidak ada Islam melainkan dengan berjamaah dan tidak ada jamaah melainakan dengan berimarah (Pemimpin). Dan tidaklah berimarah melainkan dengan Bai'ah dan tidak ada bai'ah, melainkan dengan taat.

Menurut ajaran Islam Jamaah, Amir adalah sumber hukum. Amir menentukan segala-segalanya ke atas pengikut seperti perkahwinan, perceraian dan sebagainya. Misalnya jika anak mau berkahwin perlu mendapat izin dari Amir. Poligami tidak dibenarkan kepada ahli jamaah, kecuali kepada Amir. Mereka menolak hukum Ijmak dan Qiyas. Menyentuh anjing dan babi tidak perlu disamak, walaupun sentuhan dalam keadaan basah. Lain dari daging babi, seperti tulang dan sebagai tidak perlu disamak. Larangan hanya daging (lahm al-Khinzir). Mana-mana binatang yang mati di kampong ahli, tidak perlu disembelih dan boleh dimakan. Bagi mereka sembahyang Jumaat yang dilakukan di masjid adalah perkara adat. Demikianlah kelainan-kelainan yang mencanggah hukum-hakam nyata dari Allah yang menampakkan penyelewengan .

Perkara seperti ini perlu diteliti dan dibasmi agar kemurnian Islam dapat dijaga dan penyelewengan dapat dihapuskan.

Sebelum SS bercakap, Haji Mohd Nur bin Abdul Halim memberi maklumat beberapa tempat berkembangnya ajaran Salah di Hulu Langat seperti di Madrasah Nurul Iman. Adanya apacara berzikir secara berdiri, melompat-lompat. Menurutnya, beberapa tarikat sedang dikaji dan akan diambil tindakan jika berlaku penyelewengan.

Ajaran sesat perlu dibasmi, bukan saja yang menganutnya mengamalkan perkara yang salah, tetapi jika tidak dicegah, ianya memecahbelahkan umat.

Sekian.

1 comment:



  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    Web: almawaddah.info

    Salam

    Kepada;

    Mereka yang berkenaan

    Tajuk: "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim"
    https://forums.alkafeel.net/showthread.php?t=29234

    "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim".

    1. Jika Syiah itu difatwakan sesat atau dikeluarkan dari agama Islam oleh para mufti dan para penguasa Malaysia pada 5.5.1996, maka apakah kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu perlu dinilai kembali atau tidak sahih lagi kerana sebahagian perawinya adalah Syiah?

    2. Apakah al-Bukhari dan Muslim juga turut difatwakan sesat atau tidak boleh dipercayai lagi atau terkeluar dari agama Islam kerana mereka berdua telah menerima para perawi Syiah dalam Sahih-Sahih mereka berdua?

    3. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mewartakan Syiah sebagai sesat pada 5.5.1996.Ini bererti mereka telah menyesatkan sebahagian perawi Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim!

    4. Ia menyalahi fatwa para Syeikh Azhar, Declarasi Amman dan Perlembagaan Persekutuan.

    5. Tidakkah para mufti dan para penguasa Malaysia mengatasi peranan Allah SWT dalam menentukan definisi seorang Muslim? Apakah mereka lebih pandai daripada Allah SWT?

    6. Tidakkah para mufti dan para penguasa Malaysia mengatasi peranan Nabi SAW dalam menentukan definisi seorang Muslim? Apakah mereka lebih pandai daripada Nabi Muhammad SAW?

    7. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    8.Tidakkah mereka dipengaruhi oleh fahaman Wahabi Takfiri kerana Wahabi mengkafirkan semua orang Islam selain daripada penganut Wahabi. Sedangkan ketua mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asya’irah, Abu al-Hasan al-Asy'ari berkata: "Kami tidak mengkafirkan seorang pun di kalangan ahli Qiblat" (al-Ibanah, hlm. 10).

    9. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman Syiah pada 5.5.1996, hendaklah dibatalkan kerana ia berasaskan mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak (e-fatwa), bukan berasaskan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    10. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mengeluarkan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996 bagi tujuan mengharamkan Syiah dan menukarkannya dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (sila lihat, SURAT PM di laman: almawaddah. info).

    11. Ia memberi implikasi bahawa mereka telah memertabatkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih tinggi daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri.

    12.Justeru, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam dari segi undang-undang kerana para mufti dan para penguasa Malaysia tidak mewartakan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996. Sementara Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara Malaysia, bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.
    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI




    ReplyDelete