Shah Alam, 03 Syaaban = 15 Julai (Khamis):
Ianya adalah bermula dengan jawapan soalan berhubung dengan pertanian di dalam Dewan Negeri Selangor pagi semalam yang dijawab oleh Exco Pemodanan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan - YB Yaakob Bin Safari. Dalam jawapannya beliau menekankan harapan, biarpun Selangor terkenal sebagai negeri yang terkehadapan di dalam bidang industri dan perniagaan, tetapi Selangor juga tidak mahu ketinggalan dari segi pertaniaan. Misalnya dengan pengeluaran padi bermutu dari Sekinchan, tetapi Selangor juga mau terkenal dengan pengeluaran buah-buahan tempatan bermutu seperti durian dari Hulu Langat, manggis dari Hulu Selangor, rambutan dari Sepang, dokong dari Kuala Selangor, mempelam dari Sabak Bernam dan sebagainya.
Ketika sidang berhenti rehat dan waktu makan tengahari YB Yaakob Bin Sapari mendekati meja kami yang kami sedang makan tengahari. Kami bergurau,
"Kalau Selangor juga mahu terkenal dengan keluaran buah-buah tempatan bermutu, patut kami diperkenalkan terlebih dahulu dengan buah-buahan tempatan sama ada bermutu atau tidak !"
Jawab seorang teman yang sama makan, "Patut ada pesta makan buah-buahan di Dewan Negeri sebagaimana Pesta Makan Buah Tempatan diadakan di Parlimen baru-baru ini."
YB Yaakob Sapari hanya tersenyum dan menjawab "Tengoklah."
Tapi kataku, "Kalau makan durian, kena sediakan ambulan, kerana di Parlimen tempoh hari ada yang pening tiba-tiba selepas makan durian, terpaksa dihantar ke hospital."
Seorang teman mencelah, "Bukankah ambulan memang setiap hari bersedia ditepi Dewan bersiap sedia bagi sebarang kecemasan?" katanya.
Kami anggap semuanya sebagai gurauan sahaja dan YB Yaakob Bin Sapari berlalu.
Jawab seorang teman yang sama makan, "Patut ada pesta makan buah-buahan di Dewan Negeri sebagaimana Pesta Makan Buah Tempatan diadakan di Parlimen baru-baru ini."
YB Yaakob Sapari hanya tersenyum dan menjawab "Tengoklah."
Tapi kataku, "Kalau makan durian, kena sediakan ambulan, kerana di Parlimen tempoh hari ada yang pening tiba-tiba selepas makan durian, terpaksa dihantar ke hospital."
Seorang teman mencelah, "Bukankah ambulan memang setiap hari bersedia ditepi Dewan bersiap sedia bagi sebarang kecemasan?" katanya.
Kami anggap semuanya sebagai gurauan sahaja dan YB Yaakob Bin Sapari berlalu.
Tiba-tiba setibanya kami pagi ini didapati di hadapan dewan terdiri khemah-khemah menyebabkan ruang parking berkurangan. Kami menjangka ada sebarang pertemuan dengan pihak luar diatur oleh pihak jabatan di bawah khemah di hadapan Dewan Negeri. Kami tidak ambil kesah sangat.
Tetapi bila di dalam Dewan Negeri, kami baru diberitahu.
"Selepas sesi pertama dan Dewan berehat pada tengahari, Ahli-ahli Dewan terlebih dahulu dijemput makan buah-buahan tempatan di khemah yang disediakan – sebelum ke Dewan makan untuk makan tengahari." Mendengar pengumuman itu, aku tersenyum dan teringat kepada gurauan kami semalam.
Selepas separuh sidang, kami pun ke khemah berkenaan menjamu selera memakan buah-buahan tempatan. Buah-buah yang disediakan ialah durian, manggis, dokong dan rambutan. Buah-buah yang disediakan adalah buah-buah pilihan, kerana isinya adalah baik. Buah-buah berkenaan adalah dari kebun-kebun di Selangor seperti dari Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Selangor. Berlori-lori buyah-buahan dihantar. Memang seronok makan buah-buahan tempatan. Semuanya segar dan baharu. Teringin mau makan banyak, terutama durian. Isinya cantik-cantik. Biasanya beli di pasar tak seolak durian yang sedang dimakan. Tapi teringat pula, ``Makan banyak durian, nanti pening - pengsan malu kat orang``. Sebab itu nafsu keinginan makan terpaksa ditahan dan berpada-pada dengan makan, walaupun ada keinginan nak makan lebih ! Itu pun makan dah lebih dari biasa !
Jamuan buah-buahan hari ini bukan saja disediakan kepada ADNS-ADNS, tetapi kepada semua tamu yang hadir ke sidang, bahkan kepada pekerja-pekerja Dewan dan kepada mereka yang kebetulan datang.
Buah-buahan yang dibawa memangnya banyak, sehingga apabila tiba waktu sesi kedua Dewan, ramai lagi yang terus menjamu selera di khemah berkenaan.
Gurauan kami nampaknya menjadi, kenyang benar perut pada tengahari ini!
Terima kasih banyak-banyak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment