April 7, 2008

YB DR SHAFIE BERSAMA MANGSA BANJIR DI BANGI LAMA


4 April 2008 : Warta jam 1 pagi RTM, menyiarkan berita yang mangsa banjir di Bangi Lama terkilan apabila keadaan mereka tidak diambil peduli oleh ADUN Bangi. Diberitakan juga bahawa YB ADUN Bangi tidak turun pun melihat mangsa banjir. Persoalannya, adakah benar dakwaan pihak terbabit bahawa YB ADUN Bangi, tidak turun melihat mereka? Sekiranya benar kenyataan tersebut, bagaimana dengan laporan JKKK Kampung Bangi ini?

Laporan JKKK Kampung Bangi

23/3/2008 - 1.00 ptg – Hujan lebat. Banjir kilat kerana sungai cetek menyebabkan 35 buah rumah terpaksa berpindah.
-12.00 mlm - Lawatan YB ADUN Bangi menemui mangsa dan menghulurkan bantuan terus.

24/3/2008 – 9.00 pg – Gotong royong pembersihan rumah mangsa oleh ahli PAS Bangi
- 7.00 ptg – Hujan lebat sekali lagi. 60 buah rumah terlibat
- 1.00 pg – Lawatan YB ADUN Bangi kali ke-2.

25/3/2008 – 6.00 ptg – Bantuan makanan kering oleh UMNO Bangi

26/3/2008 - - Keadaan semakin pulih

(laporan ini adalah bersama laporan polis)


Biarkan gambar di bawah ini menjadi bukti kepada perkara yang sebenar.





10 comments:

  1. Sebenarnya RTM sekarang memang sudah tidak boleh kita percaya langsung, anggaplah berita mereka seperti cerita penglipur lara....
    Oh ya YB. kalau boleh YB tolonglah tengok2kan jalan raya yang menghubungkan Bangi Lama dengan Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota tu. Jalan tersebut dah rosak teruk dimana permukaannya berlobang-lobang. Eloklah diturap bangi kemudahan pengguna kenderaan. Wakil rakyat sebelum ni gagal menjalankan tugasnya dan berdalih jalan tersebut adalah jalan raya di tanah persendirian, tolonglah selesaikan.....

    ReplyDelete
  2. Kalau dilihat ada pejabat kebajikan masyarakat di kompleks hentian kajang di jalan reko .. Mungkin YB boleh maklumkan tindakan penyelarasan dan saluran maklumat untuk kebajikan penduduk di Bangi. Mungkin pejabat YB boleh bertindak proaktif membantu penduduk miskin di Bangi. Kalau nak tunggu pegawai kebajikan yang turun, lambat la..

    ReplyDelete
  3. Minta YB senaraikan alamat dan contact person dewan orang ramai/dewan komuniti yang boleh digunakan untuk aktiviti orang ramai. YB perlu dapatkan penjelasan MPKj tentang siapa yang jaga/urus dewan komuniti/dewan orang ramai.. Jangan sampai dewan tu reput dan terbiar tak digunakan. (atau digunakan secara haram oleh pihak tertentu)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Y.B
    Pada pandangan saya, eloklah Y.B sering update sekali atau dua kali seminggu blog YB ni walaupun cuma dengan aktiviti yang kecil sekalipun. Dan eloklah juga YB memberi respond kepada sebarang komen di blog YB ini. Kami memang ingin membaca maklum balas YB di blog ni....

    ReplyDelete
  5. betui tu .. takkan blog hang pun sama dgn blog aku .. blog aku memang la aku tak update ..sebab aku nak tidoq

    ReplyDelete
  6. Minta sahabat-sahabat yang rapat dengan YB bantu YB updatekan web blog ini. Kita faham YB sendiri kekurangan masa.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum....
    Betul tu...seperti blog YB. DR. HASAN ALI http://n17gombaksetia.wordpress.com/
    yang selalu di update kan....
    Ini bukan maksud kita nak menunjuk2 dengan tugas kita tapi dengan cara itu kita membuktikan kepada rakyat yang kita pimpin bahawa kita buat kerje bukan goyang kaki.....bukan gitu YB....????

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum....
    Selain dari itu masyarakat Bangi juga tentu ingin melihat segala manifesto pilihanraya dipenuhi oleh PAS dan PKR. Jika dalam masa 5 tahun tidak juga dapat dilaksanakan, tentu akan bermasalah bila tiba saat pilihanraya Ke 13 nanti...bukan begitu YB.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Berikutan bencana banjir di Kampung Bangi dan Kampung Masjid, Bangi Lama pada 23 dan 24 Mach dan berulang pada 13 April 2008, YB Dr Shafie telah memanggil satu mesyuarat bersama agensi-agensi yang berkaitan pada 18 April lalu. Agensi-agensi yang menghantar wakil mereka ialah MPKj, JPS Hulu Langat, JKR Hulu Langat, Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat, JKKK Kampung Masjid, Bangi dan Ketua PAS Cawangan Batu 6, Bangi, Haji Abdul bin Abdul Karim.

    Mesyuarat telah memperakui laporan JKKK bahawa 3 punca utama bencana itu ialah :

    1. Projek tebatan banjir yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

    2. Kolam takungan 'retention pond' telah tidak diselenggara dengan sempurna oleh PBT

    3. Ban Sungai Semenyih di kampung berkenaan telah hilang kerana kejadian mencuri pasir sekitar tahun 2002 hingga 2004.

    Antara langkah-langkah yang dicadangkan ialah :

    1. Mengorek satu parit kecil yang menghubungkan 'retention pond' dengan Sungai Bangi.

    2. Memantau perlaksanaan projek tebatan banjir dengan lebih kerap malah jika perlu menarik balik kontrak yang diberi kepada kontraktor lama.

    3. Menggesa MPKj menyelenggara 'retention pond' mengikut jadual.

    4. Menggesa Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat melaksanakan segera sistem perparitan di Kampung Bangi dan Kampung Masjid.

    Sekian, Terima Kasih

    Haji Abdul bin Abdul Karim
    Jawatankuasa Bertindak ADUN Bangi

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sdr Abdul, teruskan monitor dan ambil tindakan segera. Sekali lagi kami harapkan blog Dr Shafie mesti di update selalu dan tambah elemen untuk aduan dan aktiviti YB

    ReplyDelete