March 25, 2009

DURIAN BAKAL MENJADI TEMPOYAK DI BUKIT GANTANG

Apakah nasib pekerja-pekerja Utusan Melayu yang bermajikan UMNO. Mereka tertekan dari dua arah. Pertama dari rakyat akibat dari pemberitaan mereka yang tidak profesional dan kedua dari majikan mereka yang wahid iaitu UMNO. Berita yang diutuskan pada rakyat mesti menepati nafsu majikan. Peduli apa dengan etika. Gantung sahaja istilah profesionalisme ia tidak diperlukan.

Jika mereka kita ibaratkan orang melayu yang pro-UMNO itulah cerminan hidup. Pada majikan mereka mengantung harapan, dibela nasib mereka dengan mempertaruhkan kesetiaan. Apa yang mereka terima?

Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu. Setelah 20 pucuk surat dikirim kepada menteri-menteri UMNO tidak berbalas. Mungkin tidak dipandang langsung kerana mereka ketika ini ada pekara yang lebih penting untuk difikirkan-jawatan dan kuasa.

Kalau pejuang melayu tidak mampu membela nasib syarikat yang ber’bin’kan melayu ada sesuatu yang tidak kena pada perjuangan itu. Kita bukan mentimun yang tunggu digolek dan sesekali mengolek. Kita adalah rakyat dan bersepakatlah dalam pakatan rakyat. Berubah demi masa depan kita. Jadikan durian mereka kepada tempoyak di Bukit Gantang untuk diulamkan bersama hidangan rakyat.

Makluman.
Kabilah dari Bangi akan bertolak ke Bukit Gantang pada hari sabtu 28 Mac 2009. Kepada mereka yang ingin menyertai dialu-alukan. Sila hubungi s/u kawasan

No comments:

Post a Comment