March 20, 2009

'TERIMA KASIH' UKM

Cara terbaik menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan memenangi PRK Bukit Gantang, demikian ditegaskan oleh Dato’ Husam Musa . Forum Wacana Ilmiah: Krisis Perlembagaan di Perak dan Malaysia dirancang untuk diadakan di UKM dan seperti biasa pihak UKM akan membatalkannya disaat akhir. Penganjur program Gabungan Mahasiswa Universiti berjaya mendapat kerjasama dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi untuk mengadakannya di Surau An-Nur. Ahli panel yang lain ialah Prof. Dr. Aziz Bari ,pakar perlembagaan dari UIA. Dato’ Puad Zarkashi yang sepatutnya hadir menarik diri disaat akhir. Tempatnya digantikan oleh Sdr. Hafiz, pemimpin pelajar dari UM berasal dari Perak.

Dato’ Husam turut menambah sistem sekular yang ada sekarang tidak mampu mengharmonikan keadaan di Perak. Pemisahan dunia dan akhirat mengakibatkan pemimpin membawa variasi kepimpinan yang tidak mengikut model kepimpinan Rasullulah s.a.w.

”Cara paling baik menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu ialah melalui sistem Raja Berpelembagaan mengikut lunas keadilan”, katanya mengulas tentang pihak UMNO yang berada dalam keadaan terdesak dan cuba mengheret Sultan Perak dalam kancah politik.

Dr. Aziz Bari sekali lagi menekan bahawa ’sidang bawah pokok’ di Perak adalah sah.

”Sidang DUN tidak memerlukan perkenan sultan. Sidang itu dijalankan dengan sempurna. Cukup dengan agendanya. Cokma telah dibawa, ada usul dan ada perbahasan. Jika sultan perkenankan maka pilihanraya kecil boleh diadakan di Perak.. Mengenai jawatan speaker yang tidak boleh mengundi dalam perlembagaan tidak ada,” katanya menjawab pertanyaan dari orang ramai.

Sdr. Hafiz dalam ucapannya menerangkan bahawa pelajar universiti tidak memihak pada pada parti politk.

”Kami tidak memihak pada sebarang parti poltik. Apa yang kami perjuangkan adalah poltik kebenaran. Cuma kami lihat perjuangan Pakatan Rakyat ini lebih berjaya menzahirkan ciri-ciri itu..”

Mungkin ada kebaikan pihak UKM menghalang program tersebut diadakan dalam kampus. Ini memberi peluang orang ramai dan pelajar dari universiti yang hadir melimpahi di Surau An-Nur berkongsi pendapat tanpa tekanan.

1 comment:

  1. Dah jangka dah. Betul ke Puad nok mari? Tengok tengok tarik diri, huh...

    ReplyDelete