March 21, 2009

NOSTALGIA 90’AN: ROBOH DAN BINA




Kisah bermula dengan sambutan 10 tahun Bandar Baru Bangi. Menanti kehadiran PM ketika itu Tun Dr. Mahathir maka seluruh gerai-gerai ditepi Jalan Bandar dirobohkan dan peniaga diasak kekawasan ini yang pada mulanya telah lama dibina oleh PKNS dan terbiar. Diatas kertas ianya dibawah seliaan PBT ketika itu, Majlis Daerah Kajang (sekarang Majlis Perbandaran Kajang). Ikut sama menempel berniaga disitu ialah juak-juak UMNO yang becita-cita bergelar peniaga. Namun jiwa peniaga tiada dihati dan dijual serta disewa pada pihak ketiga. Ketika itu sewa murah setahun tidak sampai empat angka RMnya.

Kegemilangan medan selera ini mula terbina dengan kehadiran pelangan-pelangan dari seluruh pelusok Bandar Baru Bangi dan isitimewa sekali pelajar UKM. Disinilah tempat mereka bertemu mata dan selera. Zaman berubah dengan tumboh pesatnya pembangunan , seksyen 16 dan seterusnya seksyen 15 mengambil alih fungsi medan selera ini. Maka satu demi satu gerai (26 jumlahnya) ditinggal sepi . Tempat tidak bertuan maka jinlah penghuninya. Oleh kerana bersebelahan dengan sekolah maka ’jin sekolah’ mula menghuni beraktiviti memonteng, berjudi sehingga bercumbu. Banyak aduan dan tindakan telah dibuat namun ’jin sekolah’ ini berlapis keturunannya. Sementelaah lagi mereka ini jin yang telah disekolahkan biar pun belum tamat.

Kini ia tinggal nostalgia namun tidak diruntohkan semuanya. Zon MPP 23 dibawah Dr. Tajul berusaha mengembalikan kepada rakyat melalui surau-surau dan NGO(JASA dan NISA'). Tiada nafas untuk yang berpolitik menghela. Kegemilangannya mungkin tidak sama tapi cuba dicari. Zaman telah berubah

1 comment:

  1. huh?
    dah dirobohkan?
    kenapa?
    kenangan banyak di situ...
    saya jugak pernah berdating di situ..sewaktu zaman skola dulu la..

    ReplyDelete