March 17, 2009

Sidang DUN: BANGI BANDAR ILMU LEBIH MURAH DARI UiTM


ADUN Selat, Dr. Halimah merangkap exco pendidikan Selangor menjelaskan “Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Diploma Sains Komputer,

Kuis yuran = RM12,325;

Kolej Risda Melaka = RM18,792;

Kolej Infometik = RM27,200;

Kolej Islam Antarabangsa Gombak = RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya menjawab soalan dari ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.

2 comments:

  1. salam YB
    diatas pembacaan saya tadi
    benarkah harga yuran KUIS lebih murah dari UITM dan ipts2 lain?

    namun memang kita nampak murah tp bila di ipta, kita tidak perlu bayar kos semuanya, tp di support oleh kerajaan. bagaimana pula dengan KUIS?

    setahu saya, yuran Kolej Insaniah di Kedah (sama taraf macam KUIS) lebih murah lagi yurannye daripada KUIS walaupn sama-sama berada di bawah kerajaan negeri.

    saya rase harga yuran di KUIS itu masih boleh dikaji untuk dikurangkan. kerana banyak aspek boleh kita lihat.

    bayar mahal2, namun layanan kepada pelajar masih lemah dan tidak membanggakan oleh staf2 yg bekerja.

    bebanan kami sebagai pelajar amatlah berat. sekiranya yuran tinggi pun, namun harga makanan disitu turut membebankan. walaupn sudah dikomplenkan, namun masih tiada tindakan.

    selain itu, walaupun bangi bandar ilmu, dan KUIS diambil sebgai salah satu role model, namun sahsiah pelajrnye makin truk. Nampaknje gah dengan title ISlam tapi cube YB selidik, ada kalangan pelajar KUIS itu terlibat dengan sahsiah yang amat teruk sehinggakan ada yang sanggup menjual badan dan menghisap ganja. itukah nama Bangi Bandar Ilmu yang berada di KUIS?

    harap menjadi pemerhatian YB

    ReplyDelete
  2. betul apa yang dikatakan oleh anak cucu adam tu seharusnya dipertimbangkan semula. yuran dan makanan dikuis amat membebankan pelajar. Lagi title islamic yang sepatutunya diamalkan cuma didalam kolej sahaja. tapi bila diluar pelajar tiada lansung mengamalkan cara hidup islam. memang spatutnya uitm mahal tapi 96% yang ditaja kerajaan mencukupi. malah bila mereka pinjam ptptn 2500 masih banyak baki yang mereka boleh guna untuk sesi pembelajaran tanpa menyusahkan ibu bapa dikampung. tapi dia kuis pelajar pinjam ptptn RM4000. tiada baki lansung! malah kami terpaksa tambah gunakan duit sendiri untuk tokok yuran. itu belum dikira makan yang mahal.... kami rasa sebagai anak patut kami meringankan bebanan ibu bapa dengan duit baki ptptn. tapi sebaliknya kena tambah duit sendiri pula untuk bayar yuran.... ini perlu dikaji semula

    ReplyDelete