May 18, 2009

BELIA BERNIAGA

Pekan Bangi, Sabtu, Mei 16: Kabinet Mini Industri, Usahawan dan Premis, DUN Bangi menganjurkan kursus Menanam Cendawan Tiram Kelabu bertempat di Lot 1850, Jalan 5, Desa Mahkota, Sg. Kembong Hilir, 43000 Bangi Lama, Selangor. Kursus berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. ADUN Bangi , Dr. Shafie Abu Bakar semasa merasmikan kursus terebut mengharapkan agar peluang menyertai kursus ini diambil terutama mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan.

“Selain menambah pendapatan ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan utama memandangkan permintaan yang amat tinggi terutama sekali di Bangi. Pihak ADUN Bangi akan sentiasa memberikan kerjasama terutama kepada belia-belia yang ingin memulakan usaha menanam dan memasarkan tanaman cendawan.”


Pengguna di Malaysia memerlukan sebanyak 8,100 tan setahun sebagai bahan makanan, tetapi pengeluaran di Malaysia hanya sebanyak 5,500 tan sahaja. Pengeluaran tertinggi di Malaysia, iaitu di Johor iaitu sebanyak 944,504 kg setahun, manakala Selangor tempat kedua sebanyak 368,520 kg. Harga bagi satu kg. cendawan di Lembah Kelang antara RM10.00 hingga RM15.00. Menanam cendawan tidak memerlukan ruang yang luas

.

Kursus yang sama diadakan pada 17, 23 dan 30 Mei. Mereka yang berminat, tetapi tidak berkesempatan bolehlah memilih mana-mana tarikh yang bersesuaian. Kursus ini dikendalikan oleh Berkatani Marketing Enterprise. Bayaran minimum pendaftaran dikenakan, iaitu RM50.00 termasuk makan dan minum.


No comments:

Post a Comment