


Satu perlawanan telah diatur melibatkan kedua pasukan sebagai latihan memanaskan badan sebelum liga sebenar bermula iaitu pada 4 Julai 2009. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Kompleks Sukan MPKj di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara mereka disamping memperkenalkan pasukan kepada Dr. Shafie Abu Bakar.
Dalam amanat yang disampaikan Dr. Shafie mengharapkan agar semua pemain bermain dengan penuh semangat kesukanan.
"Pihak ADUN akan sentiasa memberi galakkan khususnya golongan belia untuk menceburi aktiviti sukan. Semoga pemain-pemain yang dipilih mewakili DUN Bangi ini dapat mempamerkan semangat juang serta semangat kesukanan yang tinggi."
No comments:
Post a Comment