July 2, 2009

TAKTIK PANJI SEMERANG DI DESA SURADA



Kemeriahan sambutan 10 tahun PAS Desa Surada diluar dugaan. Pengarah program Ust. Shukor Atan amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap program yang diadakan. Selain dari komitmen ajk yang tinggi promosi besar-besaran adalah kunci utama kejayaan.

Suatu yang unik untuk dikongsi bersama ialah pelbagai cara untuk mempromosikan program tersebut. Mungkin kita tidak terfikir untuk mempromosi menggunakan pembesar suara yang diikat pada kenderaan berlegar mengelilingi sasaran program. Seperti promosi Panji Semerang dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Ust Shukor Atan orang lama Penerangan PAS mungkin begitu arif dengan cara ini. Ada yang berminat boleh menghubungi beliau.

2 comments:

  1. SAlam YB Dr .. Saya minta maaf kerana lapuran saya ini tiada kaitan dengan posting diatas.

    Saya telah emailkan cadangan saya kepada YB Dr untuk membina lampu trafik di persimpangan Bangi/ Dengkil/ kajang. Persimpang terlalu sibuk terutama pada waktu "peak" dan amat membahayakan kepada kenderaan ditambah lagi terdapat pemandu yang belajar memandu di driving school yang berkenaan.

    Harap dapat pertimbangan

    ReplyDelete
  2. Taman Desa Surada adalah MEMALUKAN nama Islam. Kawasan majority penduduk Islam tetapi kotor, penuh sampah, rumput tak berpotong, bukan saja olek MPKj tetapi oleh penduduk sendiri. MALU,MALU, MALU!

    ReplyDelete