August 25, 2009

Hak rakyat Kelantan, media perdana menafikannya



Rakyat Kelantan berhak menerima royalti bila petroleum ditemui dan mengeluarkan hasil dari perairan Kelantan sejak 2003 lagi.Demikian dijelaskan oleh Datuk Paduka Husam Musa dalam satu majlis hi-tea pemimpin bersama rakyat di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Dalam ekspedisi yang turut disertai oleh juruukur professional mendapati bahawa wujud 12 telaga minyak beroperasi termasuk Bergading yang berada dalam perairan Kelantan. Sehubungan dengan itu Kelantan akan menuntut hak royalti yang dianggarkan berjumlah 1 billion ringgit setahun.


Dalam majlis yang sama turut dilancarkan NGO baru Prime-Care dengan tujuan mendapat dana membantu pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian. Tokoh yang dijemput untuk berceramah pada petang itu ialah Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden Pas, Datuk Paduka Husam Musa Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Puan Hasrina Ketua Muslimat negeri Selangor. Mereka bercakap tentang isu-isu semasa. ADUN Bangi berucap mengalu-ngalukan kehadiran tokoh-tokoh jemputan dan berterima kasih kepada hadirin dan semua pihak yang menjayakan program Hi-tea berkenaan.

No comments:

Post a Comment