August 1, 2009

YB DR SHAFIE PEDIH MATA DAN BASAH LECUN MANDI HUJAN FRU

ADUN Bangi yang bersama dalam demontrasi membantah akta zalim ISA turut sama merasai penangan gas pemedih mata dan pancutan dari meriam air yang disasarkan kepada para demonstran. Kejadian berlaku bila ribuan para demonstran dari Masjid Negara yang berarak ke Istana Negara dihalang perjalanan mereka lalu berpatah balik menuju ke Padang Merbok. Puluhan canister gas pemedih mata dilepaskan dan meriam air terpaksa digunakan untuk memaksa mereka berpatah balik ke Masjid Negara. Namun beberapa unit FRU telah bersedia di Masjid Negara menyebabkan mereka terkepung. Puluhan berjaya melepaskan diri dengan menuruni bukit menuju ke Daya Bumi. Ramai juga yang ditangkap cuba meloloskan diri.

Sebelum itu mereka yang memasuki Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor telah diperiksa terutama mereka yang membawa beg. Ramai yang ditangkap kerana memiliki apa sahaja dokumen yang dikaitkan dengan bantahan ISA.

No comments:

Post a Comment