February 13, 2010

Melawat Madrasah Tahfiz Mustafawiyyah Dan Warga Mas

Sungai Tangkas, 28 Safar = 12 Februari (Jumaat):



Jam 5.30 petang keluar bersama pengiring Saudara Shahrum dan Nabilah ke Sungai Tangkas. Di sana menunggu Ketua Kampung Saudara Abdul Hadi dan Saudara Zainal beserta beberapa JKK dan Jawatan kuasa bagi Ahli MPKj. Di Sungai Tangkas kami melawat Madrasah Tahfiz Mustafawiyyah. Kami disambut oleh Mudir Madrasah iaitu Ustaz Syed Iskandar bin Nasution. Beliau berasal dari Indonisia yang pernah belajar di Pondok Jeram di Dengkel. Kini berstatus `Kerakyatan Tetap`.


Madrasah ini terletak di atas tanah kurang dari suku ekar, berada di antara perumahan berdekatan kawasan kedai di Pekan Sungai Tangkas. Madrasah adalah menggunakan sebuah bangunan dua tingkat yang bahagian atas untuk kelas pengajian dan bahagian bawah untuk musalla bahagian depan dan dibahagian belakang ialah asrama.. Bangunan diizin penggunaannya oleh pemiliknya, iaitu Tuan Haji Ismail Ahmad dari Taman Mesra, Kajang. Madrasah yang dibuka sejak Mei, 2007 dan mendapat keizinan dari JAIS ini mempunyai 27 orang pelajar dengan 7 orang guru. Pelajar adalah tempatan, kecuali tujuh orang yang dikatakan dari mangsa tsunami Aceh. Daripada 7 guru, dua daripada mereka adalah guru tahfiz, manakala yang lain adalah guru-guru bagi berbagai mata pelajaran. Pengajian mengikuti kurikulum tahfiz, khususnya dari Kurikulum Pondok Jeram. Madrasah ini menjadi ahli bagi Persatuan Tahfiz seluruh Selangor yang berjumlah lebih dari 70 buah tahfiz. Apabila ditanya, apakah pelajar mengambil sebarang peperiksaan persekolahan kerajaan, Mudirnya mengatakan, ``Sekolah tidak mengajar mata pelajaran persekolahan Persekutuan, tapi pelajar boleh mengambilnya secara persendirian,`` katanya.


Untuk menjalankan pentadbiran dan gaji guru, sekolah ini mengenakan yuran bulanan sebanyak RM250.00 sebulan. Apakah dengan yuran ini Madrasah dapat menampung perbelanjaan keseluruhan ?. Menurut Mudir, ``Tidak`` Beliau menambah, ``Tidak semua pelajar membayar yuran, ada yang tidak mampu dan tidak membayar yuran,`` katanya.

Bagaimana Madrasah dapat bertahan ? ``Ada pihak yang berderma dari masa ke semasa,`` tambahnya.

``Apakah pihak Madrasah pernah memohon peruntukan dari JAIS ?``. Menurut Mudir, ``Pernah, iaitu sejumlah RM10,000,`` katanya. ``Bagaimana urusan makan minum ?``

Menurut mudir, ``Pihak Madrasah mengendalikan masakan,`` kata mudir. Kita difahamkan yang mengurus masakan diketuai oleh isteri Mudir sendiri. Bila ditanya, ``Tidakkah ada kegiatan riadah bagi pelajar-pelajar ?`` Memang tidak ada ruang bagi tujuan riadah, tetapi menurut Mudir, mereka menggunakan ruang di tanah lapang tidak jauh dari bangunan Madrasah. Sebelum beredar ADUN menyampaikan bahan-bahan makanan bagi asrama Madrasah Mustafawiyyah.



Selepas agak lama di Madrasah Mustafawiyyah, kami bergerak menyampaikan bantuan kepada dua warga mas, di Sungai Tangkas, iaitu Wak Malijan, bekas Siak Masjid UKM yang kini di dalam keadaan uzur dan seorang lagi ialah En.Wan Othman bin Idris yang berstatus bapa tunggal.


~Di rumah Wak Malijan~



~En.Wan Othman bin Idris, bapa tunggal~

1 comment: