February 1, 2010

Persatuan Penduduk Kajang Utama Selamat Ditubuhkan

Kajang Utama, 15 Safar = 31 Januari (Ahad):

Pagi ini ADUN menghadiri Mesyuarat Agung Kali – 1 Sesi 2010/2011 Persatuan Penduduk Seksyen 1 & 2, Kajang Utama. Mesyuarat ini adalah untuk mengendorskan apa yang telah diusahakan oleh Jawatankuasa Penaja yang diberi mandate mengusahakan pendaftaran persatuan tersebut.


Jawatan kuasa penaja yang dipilih sebelum ini di Pengerusi-kan oleh Sdr. Ibrahim Martibi, Timbalan Pengerusi Sdr. K. Sivalingam, Setiausaha ialah Sdr. Abu Bakar Alias, Penolong Setiausaha Sdr. Yap Chin Wah, manakala Bendahari ialah Sdr. Seow Kian Wah dan Penolong Bendahari Sdr. Chee Hong Tek dengan empat orang ahli jawatankuasa. Pihak Jawatankuasa telah menjalankan tugas dengan baik, bahkan berjaya mendaftarkan persatuan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 11 Disember 2009 dengan sijil bernomber 2530 – 09 – SEL. Tahniah di atas kejayaan Jawatankuasa Penaja mengusahakan pendaftaran.


ADUN Bangi dalam ucapan Perasmian memuji Jawatankuasa berjaya menubuhkan persatuan. Dengan adanya persatuan banyak manfaat kepada penduduk. Persatuan menjadi saluran bagi penduduk menyampaikan aduan dan mendapat maklumat. Persatuan menjadi perantaraan antara penduduk dengan pihak ADUN dan jabatan-jabatan. Melalui persatuan memudahkan ADUN turun padang membuat lawatan. ADUN berharap melalui persatuan dan kerjasama misalnya dengan Rukun Tetangga dapat memastikan keselamatan penduduk setempat. Persatuan perlu menjaga kepentingan penduduk contoh memastikan projek perumahan yang akan dilakukan Metro tidak mengganggu dan memasalahkan penduduk dan apakah projek Metro dapat memberi faedah kepada penduduk. ADUN berharap persatuan tidak semata-mata mendepani dan menyelesaikan isu-isu semasa setempat, tetapi memikir dan merancang kegiatan-kegiatan masa hadapan. ADUN percaya persatuan akan dapat menggembling tenaga bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan sebagaimana baru-baru ini sambutan Hari Ponggal yang diadakan di sini berjaya diadakan dengan kerjasama berbagai pihak. Pihak ADUN sedia bekerjasama dan menyalurkan bantuan sewajarnya.

Sebelum daripada itu Saudara Ibrahim Martibi selaku Ketua Persatuan mengalu-ngalukan kehadiran ADUN yang walaupun di dalam keadaan sebok dan menghadiri retreat, tapi sanggup hadir merasmikan penubuhan Persatuan. Beliau berharap melalui persatuan kerjasama dapat dilakukan dan berharap ADUN lebih kerap turun ke Kajang Utama mengambil tahu masalah penduduk. dan menyelesaikannya.


Sekian.

No comments:

Post a Comment