Setiap Dun dibenarkan mencari pelajar lebih kurang 100 pelajar bagi empat kelas. Dalam perbahasan Dewan Negeri baru-baru ini (bersidang dari 28 – 31 Mac dan 1 April 2011) seorang ADUN dari DUN Teratai – YB Puan Lee Ying Ha bertanya tentang keberkesanan Kelas tuisyen yang menawarkan Tuisyen dalam mata pelajaran Matemetik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, matematik dan Sejarah.
Keberkesanan memang berlaku. Ini dihat dari:
1. Pertambahan Kelas 184
2. Pertambahan pelajar-pelajar
2009 pelajar berjumlah 4,330
2010 jumlah pelajar 4,508
2010 masih terbuka daftar -----
Dengan kedudukan latarbelakang pelajar miskin, kita memang bertujuan untuk meningkatkan prestasi mereka di dalam pelajaran , tetapi kita bukanlah mengharapkan pada keupayaan akademik semata-mata dan berkelulusan cemerlang, tetapi juga mengharapkan perubahan tingkah laku pelajar-pelajar kepada syakhsiah yang lebih baik dan ini memang berlaku. Walau bagaimana untuk mencapai objektif, perubahan pencapaian pelajar kepada yang lebih cemerlang, pembinaan sikap yang lebih positif dan akhlak yang lebih baik perlu perancangan dan kursus teratur kepada pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar, semoga insya Allah niat ikhlas murni akan tercapai. Insya Allah.
Sekian. Terima kasih.
* Catatan
Pada pagi ini bertempat di Dewan Cempaka, PKNS Bandar Baru Bangi berlangsung acara perasmian Tuisyen Rakyat oleh Adun Bangi bagi tahun 2011. Hadir ke Majlis Ibu bapa dan pelajar-pelajar mmenuhi ruang dewan bahagian bawah bangunan PKNS. Ustazah Mariam dijemput bagi menyampaikan motivasi. Turut hadir Pengurus Tuisyen Dun Bangi Puan Sakinah dan Timbalannya Sdri. Aisyah Zainuddin juga AJK Paksi.
Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya maukan kelas tuisyen benar-benar memberi manfaat kepada pelajar yang mengikutinya. Mereka harus dimonitor dan melihat kemajuan pelajaran mereka sebelum dan selepas mengikuti tuisyen. Tiga pihak bertanggungjawab di dalam memajukan tuisyen, iaitu pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar. Masing-masing memainkan peranan. Adalah difahamkan oleh Puan Sakinah. Tuisyen di DUN Bangi dijalankan di empat tempat. Iaitu di Sungai Ramal Luar, Sungai Ramal Dalam, Kajang Sentral dan Jalan 6, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
Adun Menyebut bidang pendidikan amat diberi tumpun oleh Adun. Kita sedia membantu melengkapkan keperluan menurut kemampuan. Bagi menggalakkan kemajuan pendidikan kita memang meberi insentif kepada pelajar-pelajar berjaya setiap tahun, termasuk pelajar-pelajar pada tahun ini. Bangi menurut Adun sebagai Bandar Ilmu seharusnya terkedepan di dalam kemajuan, termasuklah peringkat negeri.
Dalam majlis ini turut disampaikan Anugerah Cemerlang kepada tiga orang pelajar Tuisyen Rakyat bagi Tahun 2010 yang mencapai keputusan cemerlang. Seorang mencapai kelulusan 4A, (Fatin Farhana) Seorang 6 A (Nabilah) dan Seorang 9A (Nurhasanah bt. Abdul Rahman) Syabas dan tahniah kepada mereka. Ini merupakan antara hasil Tuisyen Rakyat yang telah dijalankan selama ini.
No comments:
Post a Comment