October 2, 2011

Khalifah Ganti Superman – Muhammad Ali Hashim

Review Buku:

Di atas adalah judul buku mutakhir yang dihasilakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang diterbitkan pada tahun ini (2011) oleh Utusan Publications & Distributers Sdn. bhd. Buku berkenaan Adun miliki hasil dari hadiah oleh pengarang yang hadir di dalam Majlis Pelancaran Projek Rumah Berkembar Impian Mekar di Sungai Ramal, Kajang oleh Adun pada 9 September 2011 yang lepas.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim ialah seorang tokoh terkenal di dalam bidang koporat. Beliau pernah menjadi Presiden/CEO bagi Johor Corporation (1982-2010) dan Presiden Pihak Berkuasa Tempatan, Pasir Gudang (1982-2008). Beliau memimpin kedua-dua bidang korporat. Antara pendekatan dan inovasi beliau ialah menerapkan nilai dan budaya Islam dalam bidang korporat, membina saf keusahawanan berjaya sehingga ke taraf antarabangsa. Antara cetusan ideanya ialah Konsep Jihad Bisnes, Waqaf Korporat dan Keusahawan Islam. Meneruskan kecemerlangannya, kini beliau menjadi Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Idea-idea bernas Tan Sri Muhammad Ali tidak setakat lontaran pendapat dalam seminar, bengkel dan taklimat, tetapi diabadikan di dalam tulisan. Tan Sri Muhammad Ali setakat ini telah menghasilkan tiga buah buku. Selain dari buku Khalifah Ganti Superman yang dibicarakan, beliau juga telah menghasilkan buku Membujur Lalu … Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan (1995) dan Bisnes Satu Cabang Jihad (2003).

Buku Khalifah Ganti Superman adalah merupakan penyusunan semula 60 rencana mingguan Minda Bistari yang diterbitkan di Harian Metro pada setiap Khamis dari 10 September 2009 hingga 21 Oktober 2010, ceramah di IPTA-IPTA di bawah Program Gerak Usahawan Siswa dan siri ceramah Halalan dan Toyyiban anjuran JCorp dengan kerjasama Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Sesuai dengan slogan yang dipegang oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim bahawa Bisnes adalah Jihad, maka antara misi yang dibawa di dalam bukunya ini ialah memperkasa Ekonomi Bangsa dan Umat. Bagi menjayakannya perlu kepada pembaharuan dan mempunyai pendekatan dan strategi berkesan sebagai institusi secara lslam. Beliau menganjurkan bisnes hendaklah dilakukan secara kolektif dan berjamaah dan kreatif. Menurutnya bangsa Melayu selaku umat Islam tidak berjaya di dalam bisnes selagi tidak bersifat alyadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya ke Jalan Allah. Usahawan Muslim tidak seharusnya hanya menerima pendekatan barat, tetapi perlu kreatif dan inovatif di dalam bisnes yang seharusnya menurut acuan Islam.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga melihat kaedah terbaik ialah ialah dengan memasyarakatkan usaha dan menentukan teraju kuasa ekonomi diserah kepada tangan al-yadul ulya yang menguasai harta kekayaan dan berjihad dengannya. Antara yang dicadangkan dan dulakukan ialah melalui Jihad melalui kaedah Waqaf Korporat yang menjadi milik kekal. Masyarakat.

Bagi Tan Sri Muhammad Ali Hashim peningkatan perlu di dalam berbagai bidang di atas puncaknya ialah pembentukan Insan Khalifah yang merupakan watak unggul bagi insan.
Ianya lambang bagi kesempurnaan Insan, lambang kepimpinan dan lambang bagi ilmu dan Ekonomi dan kemasyarakatan.

Apa yang dapat dikatakan buku Khalifah Ganti Superman bukan setakat teori, tetapi adalah hasil dari pengalaman dan keterlibatan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan sahabatnya dalam organisasi secara praktik. Kejayaan dapat dilihat terutama di dalam Johor Corporation. Penulis tinggi dari kesedaran keislaman dan jihad di dalam meningkatkatkan ekonomi dan martabat umat. Buku ini patut dibaca oleh mereka yang terlibat di dalam bidang ekonomi, khususnya ekonomi Islam dan jihad memartabatkan umat.

Sekian.

4 comments:

  1. Salam Dr,

    Saya tak heran masyarakat yg tak mengenali TS Ali ni akan memuja dan mengangungkan "pencapaian"nya dikala beliau menerajui JCorp. Bagi org2 Johor amnya dan mereka yg pernah bersama2 beliau dlm JCorp khususnya, TS Ali tidaklah sehebat yg disangkakan.

    Persoalannya sekarang apakah jasa dia dlm JCorp yg benar2 tulen dan berjaya?? Boleh ke kita mengatakan dia berjaya dan berjasa apabila menimbunkan hutang JCorp sebyk RM5billion dan dlm tempoh beliau menerajui JCorp sudah berapa ramai usahawan melayu yg berjaya dibimbing?? Ini 2 persoalan utama yg perlu dijawab apabila dia yg diamanahkan menerajui dulu nama J Corp, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) bertanggung jawab sepenuhnya atas pencapaian organisasi tersebut.

    Selain 2 perkara pokok, persoalan seterusnya berapa byk anak2 syarikat PKENJ yg gulung tikar disebabkan stretegi "trial & error" beliau. Oleh kerana sikap pilih kasih dan tak boleh dikritik, telah berlaku "brain drain" dikalangan pegawai senior yg tidak puas hati. Meraka2 ini yg meninggalkan PKENJ majoriti telah berjaya.

    TS Ali adalah seorang yg sombong dan bongkak sebab itu beliau tidak ada tempat di Johor. Kalau lah betul beliau seorang yg "berjaya" kenapa tidak bekerjasama dgn kerajaan johor sekurang2nya sebagai penasihat ekonomi? Org luar Johor mungkin tidak tahu tentang hubungan tidak baik antara TS Ali dan kerajaan Johor dan juga sultan sekarang.

    PKENJ / JCorp sepatutnya byk terhutang budi kpd allahyarham TS Basir, pengasas pertama. Beliau bertanggung jawab membina asas kukuh PKENJ melalui hubungan baik dgn kerajaan negeri membuka byk tanah2 perladangan sawit sehingga dpt menyumbangkan sebahagaian drp keuntungan JCorp setiap tahun. Segala tanah2 industri, komersial dan ladang milik JCorp adalah usaha TS Basir ketika mula2 beliau meneraju JCorp, kerana vision beliau. TS Ali di groom dan dilantik menggantikan beliau ketika usianya masih muda demi menyediakan tenaga2 muda utk menerajui organisasi penting bagi negeri dan rakyat johor. TS Ali gagal meneruskan wacana TS Basir sehingga beliau terpaksa di"usir" dr JCorp.

    Saya kira buku2 dan ceramah TS Ali adalah hanya utk personal gain bukan kerana apa yg dicanangkan yg merupakan rhetorik supaya kononnya beliau dikenang sebagai seorang "koporat yg berjaya".

    Mohd Ahmad, JB

    ReplyDelete
  2. Komen menarik dari Tuan Mohd Ahmad. Saya tidak pernah tahu pasal ini

    ReplyDelete