Sekatan oleh Umno Putrajaya tidak sedikit memberi ruang kepada Pas Putrajaya untuk mengadakan ceramah secara terbuka di mana-mana tempat di Putrajaya. Antara pendekatan yang dapat dibuat ialah dengan cara menemui kelompok-kelompok orang ramai sama ada di premis perniagaan, di kedai makan atau majlis-majlis tertentu. Begitulah tidak demokratiknya Umno, takut Putrajaya diroboh dari dalam. Bagi persediaan kehadiran Pakatan Rakyat ke Putrajaya terpaksa persediaan dibuat dari luar.

Dalam Majlis tersebut Adun Bangi diberi peluang memulakan ucapan selaku Tuan Rumah, bahawa Bangi mengalu-ngalukan kehadiran Pas Puterajaya dan penceramah-penceramah yang disebut di atas. Pas Serdang dan Adun Bangi sebagai jiran terdekat seharusnya memberi kerjasama kepada jiran terdekat kita – Pas Putrajaya, bahkan bersedia memberi jalan kepada mana pihak dari Pakatan yang memilih Bangi sebagai jalan bergerak ke Puterajaya. Adun menceritakan tentang pengambilan Puterajaya oleh kerajaan Pusat, tanpa dibawa kepada kelulusan Dewan Negeri, betapa Adun Kajang pada masa itu (Bangi di bawah Kajang) membantah, Rais Yatim pada masa itu selaku Menteri Undang-Undang akur dan isu pengambilan Puterajaya, dibawa ke Dewan Negeri Selangor. Adun Kajang pada masa itu membantah cara penyerahan selama-lamanya seperti Kuala Lumpur, tetapi mencadangkan agar diberi keizinan secara pajakan dengan bayaran pajakan boleh dinaikkan dari semasa ke semasa menurut nilai. Walaupun perkara ini dikemukakan di Dewan Undangan Negeri, tetapi kerana undi BN majority di bawah Menteri Besar Selangor – Khir Toyo, Putrajaya dilulus penyerahannya.

Ustaz Nazir YDP Pas Putrajaya menyatakan tentang sekatan yang terpaksa dihadapi. Walau macam mana beliau dan ahli-ahli menyediakan ruang di dalam bagi kehadiran dari luar. Beliau bercakap tentang tiadanya minat pemimpin-pemimpin tempatan BN mengenai agama. Hingga sekarang tiada satu Sekolah agama yang didirikan oleh Kerajaan dan masjid dan surau tidak makmur oleh kerana kurangnya kegiatan keagamaan. Akibat dari pengabaian dari didikan agama lahir gejala sosial yang makin meningkat di Putrajaya. Ini merosakkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran.. Jika kita diberi mandate kita akan memperbaiki kepincagan-kepincangan sedemikian.
YB. Mohd Firdaus Jaafar Ahli Parlimen Jerai bercakap secara ringkas hanya memfokus kepada isu tol sahaja. Menurutnya, ``Tol amat mebebankan rakyat. Sehingga 2010 terdapat 27 tol di Negara ini. Kerajaan memungut RM556.58 juta setahun. Kenaikan 3 tahun hingga 2011 ialah 10 %, tetapi hingga 2015 diubah kenaikan kepada 3%. Perjanjian akan berakhir 2038. Iaitu selama 25 tahun lagi. Selama tiga tahun kenaikan 5%. Bermakna ada 8 kenaikan lagi. Kini dari Juru ke Kuala Lumpur tol ialahRM43.30. Dengan 8 kenaikan meningkat kepada RM62.30. Manakala dari KL ke Kulai Johor juga ialah RM43.30 demikian juga kenaikan selama 8 kali hingga 2038. Menurutnya jika Pakatan Rakyat diberi mandate memerintah, kita akan hapus tol.
Manakala Prof. Dato` Nik Mohd Zain bin Yusof menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat sebagai Pegawai PTD (1969- 2002) sehingga meningkat kepada Setiausaha Kementerian Tanah dan Galian. Menurutnya hatinya bersama Pas sejak lama. Beliau pernah diugut untuk diturun pangkat dan ditukar. Sesudah bersara beliau berkhidmat sebagai Profesor Adjung di beberapa buah universiti seperti UTM, UPM & USM dan Consultant berhubung dengan Undang-Undang Tanah. Beliau menyebut betapa banyak tanah rezerb Melayu telah diambil, tetapi tidak diganti dan makin mengecil. Beliau percaya ramai pegawai-pegawai atasan bersimpati dengan Pakatan, terutama Pas, tetapi ditekan. Beliau percaya ramai lagi akan menyertai Pas.
Majlis Ceramah pada malam itu turut dihibur dengan nyanyian Penyanyi Iwan Shahman yang bertemakan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment