PERSEDIAAN
(Fikrah
Bangi: 894).
BBB: 18 Ramadhan 1442H. = 30 April 2021M.
(Juma`at).
Selpas
ditentukan tarikh pembedahan mata oleh pihak Optalmologi Universiti Malaya, iaitu
pada 19 Ogos 2020, maka persediaan perlu dibuat oleh diri Penulis dan
persediaan yang dikehendaki oleh pihak Hospital Mata Universiti Malaya. Antara
persediaan yang diambil oleh Penulis mulai dari 5 Ogos, ialah menjaga kesihatan
diri, misalnya menjaga makan minum dan mengelak dari meningkatnya kolestrol
yang selama ini memang Penulis sedari adanya masalah kolestrol, dan selama ini
memang mengambil pil kolestrol, tetapi tidak tetap. Ambil jika merasa berat
kepala dan berat bahagian tengkuk, tetapi abaikan dari mengambil pil kolestrol
yang berwarna putih untuk elak dari kesan makan ubat. Turut juga diambil ubat
darah tinggi yang berwarna merah jambu, tetapi tidak berterusan. Kedua dua ubat
telah lama tersedia yang didapati dari klinik swasta dan antaranya dibawa oleh
anakanda Hidayah dari HKL tempat beliau bertugas.
Antara
persediaan yang dibuat, ialah exercise dan mengeluarkan peluh setiap hari
terutama pada petang hari secukupnya. Bagi persediaan untuk mengelak mata bila
dibedah dari terdedah secara langsung dengan cahaya, Penulis disebut-sebut
perlu memakai cermin mata hitam buat beberapa masa. Sebagai persediaan beberapa
hari sebelum tiba tempoh operasi Penulis telah mengunjungi kedai Cermin Mata
(Optemetry) di Kompleks Warta dan membeli cermin mata gelap.
Pihak
Jabatan Optalmologi sendiri membekalkan arahan pada peringkat permulaan bila
datang mendaftar.
Contoh
arahan kepada pesakit:
Selepas
diberi tarikh pembedahan.
1.
Sila ikut temujanji yang diberi untuk hadir di klinik
mata bagi pemeriksaan darah, jantung dan ukuran kanta `intraoculer lens`.
2.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan
sila hubungi no—no telefon yang disediakan.
3.
Pembayaran kanta intraocular lens dan
vascoelastic perlu dibuat sebelum hari pembedahan (pada hari review).
Pada
satu hari sebelum pembedahan kebersihan diri.
Sila
syampu rambut anda. Jangan gunakan minyak rambut. Sila bercukur (jika
berkenaan) sebelum hari pembedahan.
Pembatalan
Pembedahan
Jika
anda tidak berminat atau ingin membatalkan temujanji pembedahan anda perlu
hubungi nombor-nombor telefon yang dibekalkan.
Antara
nasihat yang diberikan dari peringkat awal bahawa:
Pesakit
yang mau menjalani pemeriksaan mata, apalagi pembedahan dinasihati jangan datang
bersendirian ke Hospital Mata. Pesakit hendaklah datang dengan teman yang mampu memandu. Ini ialah kerana
sejak awal datang mendaftar dan memeriksa mata, pesakit akan dititik dengan
beberapa cecair ke dalam mata, antaranya bagi mengembangkan urat-urat mata bagi
tujuan pemeriksaan. Bila cecair-cecair berkenaan dititik di dalam mata,berlaku
kelainan pandangan dan penglihatan becar dan tidak dapat melihat secara normal.
Kedua-dua belah mata yang sakit dan mau dibedah dan yang tidak atau belum mau
dibedah, maka kedua-duanya dititik dengan cecair. Selepas pemeriksaan dan titik
cecair, maka pesakit tidak dapat memandang secara normal dan perlu diiring oleh
yang datang bersama. Dalam keadaan demikian, pesakit sudah pasti tidak dapat
memandu, sebab itu perlu disertai oleh pengiring bagi pergerakan, lebih-lebih lagi
dari segi pemanduan.
Penyertaan
teman sebenarnya perlu sama sejak dari menguruskan pendaftaran,bahkan
mempestikan giliran dan sering perlu sama ke bilik pemeriksaan Doktor, kerana
ada pertanyaan dan keperluan jawapan dari pengiring semasa dari masa pemeriksaan
lagi. Kalau pesakit dalam keadaan teruk dan tidak dapat melihat dengan jelas,
tetatulah memerlukan pengiring bersama bagi berurusan.
Pesakit
yang di dalam keadaan sakit dan tidak jelas penglihatan, bagi mempastikan
keselamatan diri wajar diiringi oleh pengiring seperti anak, suami atau isteri
dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment