BBB, 01
Ramadhan = 6 Mei 2016 (Isnin):
Kelompok ketiga kalangan insan yang kita
namakan sebagai `Insan Malang`. Dengan bahasa kasar dikenali sebagai `Orang
Jahat`. Tetapi untuk menghukum terus mereka sebagai orang jahat mungkin tidak tepat.
Kadang-kadang mereka menjadi mangsa keadaan. Maksud antaranya mereka tidak
diberi didikan yang sepatutnya oleh ibu bapa, berada di dalam suasana tertekan
oleh kemiskinan, tersalah memilih kawan dan sebagainya.
Insan malang ini dapat dilihat kepada tiga
jenis insan, iaitu
1) Insan
syahwani
2) Insan Haiwani
3) Insan Syaitani.
Kalau merujuk kepada pendapat Al-Ghazali
mereka yang sedemikian adalah mereka yang telah rosak hatinya. Dengan hati yang
bererti secara luas tanpa pendidikan dan terdedah kepada elemen yang merosakkan hati.
Al-Ghazali dalam karangannya - Ihya` `Ulum al-Din mengibaratkan hati sebagai
sebuah `Kota` yang boleh dimasuki
melalui pintu-pintunya sama ada nafsu, sifat kehewanan dan syaitan. Sebab itu
pintu-pintu berkenaan perlu dikawal dari dimasuki unsur-unsur berkenaan.
Unsur Nafsu
Diri insan adalah berdepan dengan banyak
kemahuan yang harus dikawal dan dipertimbang oleh akal dan menilai baik
buruknya dari segi agama dan budaya.
Namun ada keeinginan yang didorong oleh lebih bersifat perasaan yang tidak dipertimbang dengan akal waras.
Banyak tarikan yang bersifat nafsu, Misalnya:
Keinginan hati memeliki sesuatu. Misalnya
memiliki rumah besar, kenderaan mewah dan gawa hidup sebagai orang atasan yang
mendorong pegawai-pegawai kepada perlakuan rasuah bagi melaksanakan hasratnya.
Kekayaan dengan memiliki wang yang banyak,
namun untuk mendapat kewangan secara biasa sukar> Peluang memiliki harta
secara haram dilihat cara yang cepat mencapai
kesenangan, lantaran ada yang melibatkan diri sebagai pengedar dadah atau
langsung melibatkan diri dengan pencurian.
Kemasyhhuran juga adalah elemen nafsu , bagai
mencapai hasrat nafsu berjkenaan ada yang menjual maruah dan ada pula yang
membeli pangkat gelaran demi untuk kemasyhuran dan dikenali.
Nafsu sebenar adalah buta dan tidak mengambil
iktibar bahawa kegiatan rasuah lambat
laun dapat dikesan oleh pihak yang
berkuasa dan tertangkap dan terseret diri ke muka pengadialna dan dihukum.
Keadaan yang sama bagi yang mengambil
jalan pintas bagi mencapai kekayaan secara mencuri. Mereka yang terlibat tidak
dapat lari dari pembalasan diseret ke mahkamah dan antara mereka dihukum bunuh atau penjara dalam masa yang
panjang. Demikian dengan mereka yang mahu hidup dalam keadaan ilusi dengan
gelaran dan sanjungan palsu, adalah mereka yang mengikut perasaan nafsu yang
sebenarnya menjatuhkan maruah dan dihukum..
Insan Haiwan
Ialah membandingkan diri insan dengan
sifat-sifat dominan yang ada pada haiwan sebagai contoh ialah sifat marah tanpa
kawalan, tamak haloba, hasad dengki, fitnah dan jatuh menjatuhkan.
Marah sebenarnya elemen yang ada dalam diri
haiwan dan insan bagi menjaminkan keselamatan diri. Tetapi jika marah di luar
dari kawalan, ia boleh merosakkan diri dan orang dimarahi. Marah menyebabkan
berlaku penganiyaan oleh majikan terhadap pekerja. Marah semasa membawa
kenderaan menyebabkan berlaku kemalangan
dan boleh membawa kepada kematian. Tidak pandai menjaga hubungan jiran tetangga,
marah menyebabkan berlaku perbalahan
antara jiran tetangga dan bersengkita. Marah dalam politik membawa kepada
perpecahan dan kekalahan. Dan marah pemimpin negara boleh membawa kepada
persengkitaan dan peperangan.
Sifat hewan juga berlaku pada manusia, iaitu
tamak haloba. Misalnya segaja mencari jalan menyekat peluang pekerjaan dan
perniagaan terhadap seseorang, kerana menguasai peluang secara persendirian.
Bersifat hasad denbgki di atas nikmat dan peluang yang diberi Allah terhadap
seseorang, atau kedudukan dan pangkat yang diterima yang hasad dengki tidak
menyenangi dan berusaha memfitnah agar
dapat dijatuhkan. Jika berlaku sebenarnya tidak memberi apa-apa faedah yang
dendam dan dengki, ianya merasa puas dengan sifat dendam dan dengki. Semua
pelaku-pelaku negatif yang bersifat haiwani, sebenarnya tidak berkat dan ianya
sendiri tidak dapat mencapai kejayaan selain dari membara dengan rasa hasad dan
dengki yang sebenarnya merosakkan diri sendiri.
Sifat Syaitan, iailah sifat yang wujud sejak wujud manusia. Shaitan
yang juga dikategorikan sebagai Iblis
Yang berada di mana manusia berada. Dia
sentiasa menggoda dan melakukan waswas di dalam diri manusia. Di dalam diri insan ada apa yang distilahkan
sebagai `dhamir =hati kecil` yang mengawal diri dan membuat pertimbangan antara
baik dan buruk dan syaitan selalu menggoda ke arah melakukan perbuatan yang
buruk, sekali diri melakukan kejahatan yang dipengaruhi syaita, hati kecil ini
akan menempelak diri dan berulang untuk kesekian kali, bila syaitan berjaya
menguasai, maka hati kecil ini akan mati dan perbuatan keji dan tidak baik akan
menguasai diri. Sebab itu adalah penting di dalam menjaga kemurnian diri dan
hati kecil terus murni mempertahankan kebaikan, dan diri tidak dibawah pengusaan syaitan.
Mempertahankan integriti diri dari dipengaruhi
syaitan bukan sesuatu yang mudah. Misalnya tidak mudah untuk meletakkan diuri
di dalam ` ikhlas` di dalam melakukan
sesuatu perkara kebajikan tanpa diganggu oleh syaitan. Begitulah dengan sifat-sifat mulia yang lain seperti
wara`, menegakkan ma`ruf, tolong menolong, patuh ta`at kepada Allah dan
berbagai sifat terpuji.
Mengawal nafsu
syahwat, haiwani dan syaitani tidak mudah dilakukan. Ianya seharusnya
melalui pendidikan keagamaan, ketaatan terhadap perintah Tuhan. Undang-undang
lahir sahaja tidak benar-benar berkesan tanpa bertunjang pada akidah keyakinan.
Sekian.






