Daripada insan baik biasa dan insan unggul
dari realiti terdapat kategori Insan
yang dikenali dengan Insan Khalifah, Insan Rabbani dan Insan Kamil.
Kalau dirajah tegi segi, maka pada tapak ialah `Insan Biasa`, maka
pada sendeng pada sebelah kanan ialah
mewakili `Insan Khalifah`, pada sendeng pada sebelah kiri adalah dikenali
dengan `Insan Rabbani` dan pada kemuncak pertemuan dua sendeng ialah `Insan
Kamil`.
Antara ketiga-tiga kategori insan berkenaan,
maka Insan Khalifah lebih terkenal berbanding dengan kategori insan yang lain –
Insan Rabbani dan Insan Kamil.
Insan
Khalifah pada asalnya merujuk kepada Nabi Allah Adam a.s. yang dilantik Allah s.n.w. menjadi klhalifah di bumi
Allah (Al-Baqarah: 30).
Istiilah ini lebih popular dengan penggunaan
istilah ini kepada Khulafa` al-Rashidin, iaitu
Khalifah Abu Bakar, Umar, `Uthman dan `Ali r. `anhum. Juga kemudian
istilah ini turut digunaklan oleh pemerintah-pemerintah Kerajaan Umawiyyah,
Abbasiyyah, Turki dan sebagainya.
Istilah khalifah digunakan secara umum kepada semua mereka yang
bertanggungjawab dari segi kepimpinan, termasuk juga kepimpinan
keluarga. Dapat dibuat rumusan konsep
khalifah ini:
1) Tugas
kepimpinan penting pada peringkat negara seperti khulafa` al-Rashidin yang
empat,.
2) Tugas ini dipikul oleh lelaki yang berkelayakan dan adalah muslim
3) Menjalankan tugas – perintah Allah atas nama pemerintahan Islam
4) Mempertahankan kedaulatan Islam termasuklah dari
segi keselamatan Dalam Negara,
Pertahanan dan hubungan antarabangsa.
5) Meluaskan pengaruh Islam dan dakwah.
Khalifah boleh dicapai oleh manusia biasa yang
berkelayakan. Dari segi politik pemerintahan, pemerintahan secara khalifah
berakhir dengan berakhirnya empayar pemerintahan Turki pada akhir peperangan Dunia Pertama 1920an.
Walau bagaimana istilah khalifah masih
digunakan, iaitu nerujuk kepada sebarang kepimpinan lelaki yang ada kaitan dengan keislaman.
Insan Rabbani
Dari istilah Rabb juga lahirnya pecahan kata,
iaitu Tarbiyah – pendidikan yang
berasaskan nilai-nilai Islam yang sudah tentu diredhai Allah. Tarbiyah menurut
nilai-nilai Islam boleh berlaku pada semua peringkat mulai dari anak sebagai
bayi, anak pra sekolah, sekolah rendah hingga tinggi, bahkan hingga ke
pengajian tinggi. Konsep tarbiyah juga berlaku kepada orang-orang dewasa,
misalnya menerusi pengajian di masjid dan dimana-mana tempat pengajian.
Tarbiyah juga merujuk kepada penyediaan suasana yang sesuai dengan pendidikan
yang biasanya berciri agama.
Insan Rabbani lebih merujuk kepada mendapat pendidikan kerohanian dan hidup dengan cara kerohanian yang lebih mendekati dirinya dengan Allah,
sebagai contoh golongan ubbad, zuhhad
dan sufi. Insan Rabbani berbeza dari Insan Khalifah yang lebih sebok
dengan pentadbiora dan politik pemerintahan, manakala Insan Rabbani ialah insan
rohani yang mesra hidup secara rohanbi.
Walau bagaimana istilah tarbiah yang merujuk
kepada Rabbani, kini menjadi istilajh yang popular merujuk kepada semua jenis
pendidikan yang bersifat Islam.
Islam Rabbani boleh dicapai oleh insan biasa
yang meningkat dari segi keilmuan dan amalan yang bersifat kerohanian. Keterlibatan dengan masyarakat adalah kurang
berbanding Insan Khalifah.
Insan Kamil
Berlainan dengan insan Khalifah dan Insan
Rabbani yang boleh dicapai oleh semua insan yang berkelayakan, tetapi insan Kamil tidak dirujuk kepada sebarang insan,
sebaliknya iuanya dirujuk hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Insan
Kamil. Bagi Insan Kamil padanya
terhimpun ciri-ciri insan Khalifah dan
Insan Rabbani. Insan Kamil juga digunakan sebagai istilah falsafah wahdatul
wujud yang merujuk sifat-sifat kesempurnaan kealaman kepada Nabi Muhammad.
Insan ideal yang dikenali dengan Insan
Khalifah, Rabbani dan Kamil ini meskipun tidak mudah dicapai oleh manusia awam
secara lengkap, tetapi elemen kesempunaan yang ada pada ketiga-tiga
kategori insan berkenaan adalah jadi contoh tauladan dan panduan di dalam
kehidupan. Misalnya dari elemen Insan
Khalifah yang lebih dilihat dari segi polieik pemerintahan, maka model
pemerintahan khalifah-khalifah dijadikan panduan. Misalnya elemen keadilan yang
dikait denmgan Umar Ibn al-Khattab dan juga `Umar bin `Abdul Aziz selalu
dikaitkan sebagai model pemerintahan
yang adil. Khususnya bagi kalangan yang menguasai politik pewmerintahan
negara. Manakala bagi insan Rabbani, maka
tokoh-tokoh kerohanian pula menjadi model ikutan seperti Abu Zarr
al-Ghiffari, Ammar bin Yasir,
Ahmad bin Hanbal, Abu al-Qasim al-Junayd, Al-Ghazali, Al-Qushairy dan ramai
lagi.
``Dan bahawa sesungguhnya engkau
(Muhammad) mempunyai akhlak yang
sangat-sangat mulia (Al-Qalam: 4). Juga firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah
adalah contoh ikutan yang baik` (Al-Ahzab: 21).
Demikian insan-insan ideal di dalam Islam.
Mereka menjadi contoh kesempurnaan yang harus diikuti baik dari segi
kepimpinan, kerohanian dan pendidikan. Konsep keinsanan ideal dan unggul ini
tidak lain dari mendorong insan menjadi
insan yang baik bagi pembinaan masyarakat yang baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment