June 12, 2016

TURATH TASAWUF


BBB, 06  Ramadhan 1437 =  11 Jun 2016 (Sabtu):


Selepas menamatkan  semalam (05  Ramadhan 1437 = 10 Jun 2016: Juma`at) penulisan  yang berhubung dengan  akidah (bersifat draf), memakan masa lebih kurang setengah tahun, maka pada hari ini Penulis mulai masuk kepada membicarakan Persoalan `Tasawuf`.  Bidang tasawuf dapat  diibaratkan sebagai saudara kandung bagi ilmu akidah. Sungguhpun setiap  keilmuan ini mempunyai  bidang, pendekatan  dan ciri-ciri tersendiri, tetapi kedua-dua bidang ini mempunyai hubungan yang rapat oleh kerana:
a)       Bila membicara tentang falsafah Islam, maka keilmuan akidah, tasawuf dan usul al-fiqh adalah bidang-bidang yang diakui sebagai bidang falsafah  murni  Islam.
b)      Kedua-duanya memberi  fokus utama terhadap Ketuhanan. Akidah lebih kepada memahami dan meyakini tentang Ketuhanan dan aspek-aspek yang berhubung dengannya, manakala bidang tasawuf lebih kepada menghayati  dan memesrai terutama terhadap Ketuhanan  `Allah` dan juga aspek-aspek yang berhubung dengan keilmuan tasawuf.
c)       Sebagaimana bidang akidah bersumber utama dari Al-Qur`an al-Karim, Al-Hadith dan sumber alamiah dan insaniah, maka demikianlah dengan bidang tasawuf. Cuma bidang akidah lebih menekankan kefahaman secara rasional,  sedang tasawuf lebih kepada pembersihan, kemesraan, cinta dan kasih sayang.
d)      Kedua-duanya memberi impak kepada  yang mendalami bidang-bidang ini. Akidah memberi ketenangan minda  dan keyakinan dan tasawuf memberi kemesraan dan kecintaan
e)      Kedua-duanya, insya Allah membentuk  diri dan peribadi yang kukuh dalam kesetiaan kepada Allah dan jaringan-jaringan hubungan bagi bidang akidah dan tasawuf.
Bagi Penulis gandingan kedua bidang ini sudah lama bertapak di dalam diri Penulis. Selain dari lama Penulis mempelajari kedua-dua  bidang ini. Penulis telah mengajar bidang akidah ini kepada pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah judul kursus Falsafah Islam Dan Hubungannya Dengan Pemikiran Melayu. Kursus ini ditawarkan sejak 1976 hingga 1980an, manakala kursus yang berhubung dengan tasawuf ditawarkan kepada pelajar peringkat Ijazah pertama dengan judul Sastera Sufi – Prosa danb Puisi sejak 1980an sehingga 1990an. Turut memilih bidang ini pelajar-pelajar yang membuat ijazah lanjutan  yang Penulis selaku penyelia.  Lebih daripada itu bidang tasawuf adalah bidang pengkhususan Penulis membuat Ijazah Doktor Falsafah di bawah judul `Hikam Melayu: Kajuian Falsafah Dan Etika (1990) di Insitut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti  Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Kembali kepada judul `Turath Tasawuf` - bermaksud Perbendaharaan atau Warisan Tasawuf, setelah mengambil masa sedekad mengkaji bidang tasawuf bagi penulisan tesis  dan  terlibat dengan pengajaran dan bimbingan bidang tersebut ketara:
1)       Islam adalah sebuah agama, tidak ada agama yang tidak mempunyai aspek rohani. Aspek rohani Islam antaranya ialah tasawuf. Bidang ini amat  luas cakupannya, kerana ia melibatkan persoalan rohani, akhlak dan nilai bercirikan Islam.
2)      Ramai tokoh sufi yang lahir yang dari mereka banyak pembawaan, pandangan dan ungkapan yang dapat dijadikan contoh tauladan.
3)      Banyak hasil persuratan sufi  yang ditulis oleh kalangan sufi, walaupun tidak semua dari kalangan mereka menghasilkan persuratan.
4)      Begitu juga banyak hasil-hasil kajian yang dibuat terhadap tasawuf dan tokoh yang pengkajinya tidak semestinya seorang sufi.
5)      Bidang tasawuf dapat dikatakan sebagai bidang `Seni Rohani`, lantaran itu termasuk di bawah bidang tasawuf ialah sastera sufi dan bidang-bidang kerohanian yang berkait dengan kerohanian sebagai contoh ialah Seni Bina Islam, Khat (Kaligrafi) dan sebagainya.
Bagi seorang individu ada di dalam dirinya aspek jiwa dan hati  sebagai wadah bagi yang bersifat rohani, tetapi elemen ini mungkin kecil dan tidak disedari oleh individu berkenaan, jika tidak disuburkan. Benih kerohanian ini boleh bercambah dan tumbuh subur merimbun di dalam diri individu bila dihidupkan sebagai contoh ialah dengan pengajian terhadap bidang kerohanian Islam, khususnya tasawuf, keterlibatan seseorang dengan bidang-bidang kesenian Islam, contohnya  seorang arkotek yang mendalami bidang tasawuf dan kerohanian Islam, maka  ianya memberi kesan terhadap seni binanya yang mungkin disifatkan sebagai seni bina Islam atau seorang sasterawan yang mendalami bidang kerohanian Islam, maka aspek kerohanian akan mengalir di dalam hasil-hasil sasteranya misalnya di dalam puisi, maka terserlahlah hasil puisinya dikenali sebagai puisi sufi atau puisi Islam, demikian juga bila dia seorang khattat yang mendalami bidang tasawuf, maka mengalirlah ilham di dalam kaligrafinya elemen-elemem kerohanian yang menyuburkan ilham yang menambahkan kreativiti dan inovasinya.
Apa yang Penulis harapkan dengan sedikit keilmuan yang Penulis terlibat sejak 1970an (setengah abad) yang diharapkan tidak menghilang begitu sahaja, dengan penulisan ini, Penulis dapat memperbaharui keilmuan disamping menambahkan. Sebagai penulisan-penulisan  yang lepas, maka penulisan tasawuf ini diharapkan ianya merupakan kuliah  pagi  harian ringkas Penulis kepada pengikut-pengikut setia  penulis yang jumlah mereka kini melebihi satu juta.  Semoga lebih ramai lagi mereka yang turut mengikut. Adalah diharapkan, jika selama ini ada jiwa yang kering, maka bahan yang akan diterbitkan secara bersiri ini dapat diibaratkan sebagai siraman air  kepada benih kerohanian yang berada di dalam jiwa yang kontang itu akan bertukar kepada percambahan benih kerohanian yang menghijaukan ladang diri individu berkenaan.  Kehijauan, keteduhan rimbun dan kelembutan pandangan akan melembutkan jiwa individu berkenaan. Jika yang mengikuti tulisan yang bersifat kerohanian ini, maka adalah diharapkan mereka sama mendukung, memelihara dan menyibarkan khazanah kerohanian ini dan sama dapat melembutkan jiwa-jiwa yang lain yang mengikutinya. Pada puncaknya adalah dengan mendalami keilmuan rohani menjadikan diri lebih dekat dengan Ilahi dan lebih memesraiNya bahkan mencintaiNya. Dengan wujudnya insan yang kaya dan tepu jiwanya dengan tasik dan kolam kerohanian, maka ianya turut sama melimpah ke kelilingan yang menyuburkan semua tumbuhan kelilingan dan membentuk suatu alam kehijauan yang dapat memberi kesedapan pandangan, menikmati kehijauan dan sama melengkapkan keindahan  - Keindahan rohani kepada semua yang  meminati  dan  menghayatinya.

Sekian.


1 comment:

  1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 8118 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






    KLIK DISINI BOCORAN TOGEL HARI INI




    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos











    ReplyDelete