BBB,
14 Sha`ban 1437 = 31 Mei 2016
(Selasa):
Buka peta
atau lakaran berkenaan cakerawala
anda dapati bahawa planet-planet
dan bintang-bintang dengan berbagai-bagai nama adalah berada di dalam
laut wujud. Semuanya pula
berada di dalam pelayaran. Lihat
secara khusus terhadap cakerasuria yang
matahari dan sekalian planet mengelilinginya.
Matahari dikelilingi planet terdekatnya ialah planet utarid
Matahari dikelilingi planet zuhrah lebih jauh dari planet utarid
Matahari dikelilingi planet bumi
lebih jauh dari planet zuhrah
Matahari dikelilingi planet marikh
lebih jauh dari planet bumi
Matahari dikelilingi planet musytari lebih jauh dari planet marikh
Matahari dikelilingi planet zuhal lebih
jauh dari planet musytari
Matahari dikelilingi planet waruna lebih jauh darei planet zuhal
Matahari dikelilingi planet naptune lebih jauh dari planet waruna
Matahari
dikelilingi planet pluto lebih
jauh dari planet naptune
Demikianlah dengan palnet-planet di dalam cakerasuria
yang berpusat pada matahari yang berjumlah sembilan planet yang tiap satunya
berlainan jarak dari matahari. Setiap satunya bergerak di atas orbitnya
bergerak dalam pelayaran mengelilingi matahari. Panjang masa bagi genap satu keliling
matahar bagi setiap planet tidak sama.
Misalnya bagi planet utarid, oleh kerana ianya paling dekat dengan
matahari mengambil masa 88 hari bagi
menggenapkan satu keliling pusingan, bagi bumi
yang berkedudukan ketiga jauhnya dari matahari mengambil masa ialah 360 hari, manakala bagi planet terjauh dari
matahari iaitu pluto mengambil masa 248 tahun berdasarkan masa di bumi. Demikianlah setiap masa bagi sesuatu planet
tidak sama dengan planet yang lain. Masing-masing mempunyai jumlah hari yang
tersendiri genap bagi setahun pusingan. Kita mengingati ayat Al-Quir`an
bermaksud:
``Dan bahawa satu hari di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun
dari hari yang kamu hitung.`` (Al-Hajj: 47).
Ini bererti kiraan masa bagi sesuatu tempat
bersifat nisbi bergantung pada tempat dan pusingan masa yang berkaitan.
Selain dari planet-plenet ialah terdapat
berbagai gugusan bintang-bintang umpamanya bagi gugusan terbesar yang dikenali
dengan gugusan Bima Sakti luasnya bagi
merentasinya ialah 100,000 tahun cahaya. Masha Allah ! Bayangkan dengan begitu banyak gugusan bintang dengan
galaksi masing-masing, betapa luasnya ruang cakerawala. Kita tidak mengetahui
bagaimana hujung sempadan bagi ruang lingkup segala kejadian cakerawala
berkenaan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
Walau bagaimana semua baik planet-planet dan
gugusan-gugusan bintang-bintang semuanya patuh menurut ciptaan aturan yang ditentukan oleh Pencipta.
Bayangkan betapi rapinya ciptaan Allah dalam tempoh bermillenium tahun semuanya bergerak secara
harmoni dan sejahtera.
Semua yang berada di dalam laut wujud ini aktif dan menurut
fungsi masing-masing dengan matahari memancar dan semua sembilan planet
bergerak bagai belayar mengelilingi matahari bagi mendapat cahaya dan
memastikan setiap yang ada pada setiap planet mendapat keperluan dari matahari
sebagaimana dibumi dari cahaya dan air
yang ada mewujudkan tumbuhan-tumbuhan hidup subur dan manusia dan binatang
mendapat makanan dan dapat meneruskan kelangsungan masing-masing. Kita tidak dapat kepastian apakah hidupan dan
makhluk di planet-planet yang lain.
Demikian juga bagi setiap gugusan bintang-bintang yang ada pada galaksi
masing-masing juga bergerak dan menjalankan fungsi masing-masing, tetapi kita
juga tidak mengetahui dengan kedudukan bintang-bintang yang amat jauh itu
apakan kandungan yang ada pada setiap bintang berkenaan.
Dilihat dari segi peranan semua menjalankan
fungsi-fungsi masing-masing yang
semuanya berada di dalam pelayaran di laut wujud ini, termasuk manusia sendiri.
Pertanyaan timbul apakah pada semua
planet yang 9 buah itu semuanya mempunyai penghuni sendiri ? Juga bintang-bintang . Adakah semuanya tidak
seistimewa bumi yang Allah tempatklan
manusia menghuninya, ataukah planet-planet yang lain masih kosong menyediakan
diri bagi dihuni manusia bila tiba
masanya mereka berkemampuan mengadakan teknologi yang boleh mereka bergerak di
antara planet ke planet dan memakmurkan
planet-plannet berkenaan.
Isyarat bagi manusia memikir dan meneroka ke ruang lepas serta
angkasa dapat difahami dari
firman Allah bermaksud:
``Dan pada ciptaan langit-langit dan bumi dan
perubahan malam dan siang menjadi
pertanda bagi mereka yang mempunyai fikiran.`` (Ali `Imran: 190).
Dan cabaran Allah bermaksud:
``Wahai sekalian jin dan manusia ! Kalau kamu dapat menembus keluar dari
kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembusi keluar. Kamu tidak
akan dapat menembusi keluar melainkan
dengan satu-satu kekuasaan – peralatan (Al-Rahman:
33).
Dalam kata
yang lain, bahawa manusia ciptaan Allah dan menjadi penghuni bumi tidak
saja terhad kepada penumpuan hidup dibumi bahkan diminta berfikir tentang
kejadian planet-planet dan bintang-bintang diruang luas terbentang. Semuanya
dijadikan Allah terbuka bagi kejadian ciptaanNya untuk mencari rahsia ciptaan
Allah sehingga ke angkasa lepas, ke segala sudut dan penjuru cakerawala.
Mungkinkah dengan perkembangan ilmu
pengetahuan dan kemampuan mencipta teknologi-teknologi moden manusia akan dapat
menembusi angkasa lepas. Pada masa itu mereka dapat bergerak dari planet ke
planet dan dari bintang ke bintang dalam tempoh terdekat sebagaimana mereka bergerak
pada masa ini di bumi dari satu bandar ke
satu bandar, bahkan dari satu negera ke
satu negara dalam tempoh yang singkat !
Sesungguhnya dengan penerokaan sedemikian
insya Allah akan dapat menemui lebih banyak rahsia-rahsia Tuhan dan makin
membawa manusia lebih mendekati Tuhan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment