BBB, 04 Ramadhan 1437 = 09 Jun 2016 (Khamis):
Maksud `Laras ` di atas ialah penetapan,
penyesuaian, kena di dalam tempat berada dan melengkapkan. `Laras bahasa` bermaksud dengan bahasa berkenaan mampu menyampaikan ketepatan, sesuai
keberadaan misalnya istilah-istilah digunakan bagi wacana ilmu bagi menyampaikan maksud dan ilmu berkenaan.
Penyampaian ilmu antaranya ialah dengan
menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Ini termasuklah ilmu akidah.
Menyebut Ilmu akidah bagi maksud yang lebih luas yang termasuk di bawahnya ilmu
tauhid, usuluddin dan ilmu al-kalam. Bidang bahasa satu bidang yang menarik
dari segi kajian yang dapat mendalami sesuatu ilmu atau terhadap sesuatu aspek
keilmuan berkenaan. Sebuah istilah tertentu misalnya di dalam Islam boleh
dikaji secara mendalam seperti istilah - Misalnya Maududi
mengkaji istilah `Islam` dengan bukunya `Towards Understanding
Islam (1940) secara menarik dan mengesankan. Sebuah istilah `Iman` dikaji
oleh Prof. Toshihiko Izutsu dari Keio
University, Japan yang diterbitkan dengan bukunya yang berjudu The
Concept of Belief In Islamic Theology (1965). Beliau juga mengkaji, ``The
Structure of The Ethical Terms In The Koran (1959). Bagi sebuah ilmu yang dominan di dalam Islam, iaitu `Ilmu Akidah
Islam, tentulah banyak bidang dari segi bahasa yang dapat dikaji.
Sebagai
permulaan kita bertolak dari segi bahasa secara keseluruhan, bahawa keilmuan Akidah yang berbagai nama itu
adalah tumbuh dan berkembang di dalam Islam dalam masyarakat berbahasa Arab,
tokoh-tokoh keilmuan berkenaan orang `Aran atau tokoh yang menulis keilmuan
berkenaan adalah di dalam bahasa `Arab. Jadi
keilmuan akidah yang berkembang di dalam bahasa `Arab dan apabila
ilmu berkenaan ditransform misalnya ke bahasa Melayu adalah amat
terpengaruh dengan bahasa `Arab berkenaan. Sebenarnya pengaruh bahasa berkenaan
tidak saja berlaku di dalam bidang keilmuan akidah tetapi juga di dalam bidang
keilmuan-keilmuan yang lain seperti fiqh, tafsir, tasawuf, balaghah dan
sebagainya.
Pengaruh berlaku terhadap struktur dan susunan
bahasa yang jika dilihat `bahasa kitab`
amat terpengaruh dengan bahasa `Arab. Sebagai contoh untuk melihat laras
bahasa kitab akidah kita petik satu susunan bahasa dari Kitab Bidayat
al-Hidayah sebuah kitab akidah tertua dalam bahasa Melayu (Aceh)
karangan Shaykh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin (abad 18):
``Syahadan ketahui olehmu hai talib bahawasanya sifat yang dua puluh itu terbahagi atas empat
bahagi. (Pertama) sifat salbiyyah namanya jikalau ada madlulnya itu menafikan
bagi barang yang tiada patut dengan Allah dan iaitu yang lima yang terdahulu (dan kedua) sifat ma`ani namanya
jika ada madlulnya itu iaitu thabit lagi
maujud iaitu tujuh sifat yang lagi akan datang bilangannya dan maknanya (dan ketiga ) sifat ma`nawiyyah namanya jika
ada madlulnya itu thabit lagi melazimkan ia akan sifat ma`ani tetapi tiada ada
maujud dan iaitu tujuh pula lagi akan datang bicaranya (Keempat) sifat
nafsiyyah namanya jika ada madlulnya itu thabit tiada melazimkan sifat ma`ani dan
tiada maujud Wa Al;lah a`lam.``
Jelas melihat kepada ayat pertama dalam baris
pertama, ayat di dalam bahasa Melayu
(Jawi) adalah menurut susunan bahasa Arab. Selepas syahadan – istilah arkaik
dalam bahasa Melayu, menandakan bermulanya ayat. Ayat berikutnya adalah menurut
susunan atau struktur bahasa ~Arab, iaitu jumlah fi`liyyah bermula dengan fi`il
amar (suruh) yang ada fa`il (olehmu)
diikuti dengan jumlah isim dan khabar bagi jumlah jawab bagi `an` yang menjadi
maf`ul bihi bagi ketahui olehmu (i`lam) Begitulah ayat-ayat seterusnya adalah
mengikut struktur bahasa Arab.
Sesebuah karangan atau kitab yang mengandungi
keiulmuan akidah seperti petikan di atas adalah begitu banyak membawa
istilah-istilah keilmuan akidah. Dari petikan di atas dapat dikeluarkan istilah-istilah yang
berhubung dengan keilmuan akidah. Contoh:
`Sifat dua puluh, salbiyah, madlul,, nafi,
Allah, ma`ani, maujud, ma`nawiyyah,, melazimkan dan nafsiyyah.`
Tiap istilah mempunyai konsep, erti dan penggunaannya di dalam
membicarakan keilmuan akidah.
Istilah yang ketat:
Perlui disebutkan penggunaan istilah akidah adalah
istilah-istilah yang ketat yang perlu tepat dan tidak bercabang mmakna sebagaimana
bahasa sastera. Ini bagi mengelak dari
bersifat konotatif – bercabang makna yang boleh memberi makna berbagai
dan seharusnya tidak berlaku kekeliruan di dalam fahaman. Sebagai contoh
istilah `Allah` ialah istilah yang dimaksudkan `Tuhan` di dalam akidah Islam. Seluruh pengajian
akidah adalah berfokus kepada Allah ketuhanan yang esa dan tidak boleh
digunakan oleh agama yang lain dan tidak boleh digunakan sewenang-wenang.
Sebagai contoh lagi istilah `Iman` mempunyai
konsep tersendiri yang berkait dengan kepercayaan dan keyakinan. Bahkan ianya
boleh dikaji dari segi semantik secara
panjang lebar dan mendalam sebagaimana dilakukan oleh Toshihiko Izutsu
itu Demikianlah dengan istilah-istilah seperti Islam,, i`tiqad, yaqin, zann,
syak,, waham, wajib, mustahil, harus, kufur, semua sifat-sifat 20 (wujud ...
mutakalliman) Dan berbagai-bagai istilah akidah yang begitu banyak itu.
Dengan istilah dan struktur bahasa dan keilmuan akidah yang didukung oleh
bahasa berkenaan membina, menegak, menciri dan menjadi identiti keilmuan yang
berkenaan. Antara ciri keilmuan akidah Islam. Antaranya:
1) Membicarakan tentang keyakinan tentang
ketuhanan yang Maha Esa.
2) Kefahaman melalui konsep Dhat, Sifat dan Af`al.
3) Falsafah tentang wujud antara yang abadi dan
baharu yang hakiki dan nisbi
4) Kedudukan alam, insan di dalam kewujudan
5) Kandungan ayat-ayat Al-Qur`an, khususnya dari segi
akidah
6) Kerasulan dan kenabian
7) Kepercayaan dengan malaikat dan Kitab-Kitab
8) Falsafah qadha` dan qadar
9) Kepercayaan
kepada syurga dan neraka
10) Berbagai
aliran di dalam akidah Islamiyyah
Dan berbagai-bagai perkara yang berkait dengan
akidah.
Dengan keilmuan akidah menjelaskan pegangan
akidah umat Islam. Keilmuan berkenaan juga memperkayakan khazanah keilmuan
Islam secara khusus dan keilmuan secara am.
Keilmuan akidah yang di perturun dan
dihasilkan di dalam bahasa Melayu memperkayakan istilah-istilah yang berhubung
dengan akidah di dalam bahasa Melayu dan membuktikan juga bahasa Melayu mampu
m,endukung berbagai-bagai bidang keilmuan, termasuk bidang falsafah Islam,
iaitu falsafah yang berhubung dengan akidah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment