February 14, 2020

TUGAS SEOTANG ADUN


TUGAS SEORANG ADUN
(Fikrah Bangi:  480),
BBB:  20 Jamadil-Akhir 1441H. = 14 Februari 2020M.  (Juma`at).
Tugas seorang ADUN secara hakiki ialah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, menghadiri mesyuarat dan berperanan menggubal undang-undang negeri. Tugas-tugas lain  ada pihak tertentu yang bertanggungjawab. Misalnya masalah perbandaran  adalah di bawah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran yang dilantik yang mempunyai kawasan masing-masing di bawah kawasan ADUN tertentu dan mereka ini lebih kerap bermesyuarat berbanding dengan ADUN, iaitu sekali sebulan dan mereka mempunyai elaun sebagai Ahli Majlis Perbandaran. Mamakala bagi kawasan luar dari perbandaran ada institusi Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam kawasan masing-masing- dan mereka juga mempunyai elaun dan imbuhan. Baik Ahli Majlis Perbandaran, maupun Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mereka ini berada di dalam kawasan Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN tertentu. Pendek kata  setiap  Ah;i Parlimen, ADUN, Ahli Majlis Perbandaean, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mempunyai kawasan dan tugas masing-masing.
Walaupun masing-masing, khisusnya ADUN mempunyai kawasan dan sempadan masing-masing dan tidak perlu turun ke bawah, tetapi pada praktiknya seorang ADUN, bahkan seorang Ahli Parlimen tidak cukup dan sempurna dengan hanya menggubal undang-undang, tetapi mereka dikehendaki, terutama oleh rakyat supaya turun padang dan mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Bahkan dilihat, mana-mana Wakil Rakyat sama ada Ahli Parlimen dan ADUN yang sering turun padang, mengambil perhatian terhadap masalah, aduan dan segala yang berhubung dengan rakyat dan bijak bercakap dan menyampaikan masalah mereka sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri, maka dilihat mereka inilah  pemimpim rakyat yang sebenar.
Jadi peranan ADUN yang mau dilihat rakyat, ialah ADUN yang sering turun Padang mengambil perhatian terhadap masalah dan aduan rakyat dan dibawa untuk menyelesaikannya pada institusi tertentu, sama ada diperingkat negeri, peringkat daerah, pekan dan kampung.
Sebenarnya seorang Wakil Rakyat, khususnya ADUN tidak akan mengetahui masalah rakyat, tanpa turun  bersama rakyat dan lebih baik bekerjasama dengan Ahli Majlis, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di bawah kawasannya. Sebenarnya dengan turun padang dan kerjasama dengan Ahli Majlis Perbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung ADUN dapat maklumat berhubung dengan masalah yang dihadapi rakyat. Dengan yang demikian itu masalah yang didapati dapat dibawa ke DUN, bercakap dan menyampaikan aduan dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di dalam kawasannya.
Dengan mengetahui masalah dan keperluan-keperluan rakyat dapat bukan saja membawa persoalan ke Dewan Undangan Negeri, tetapi dapat diatur perancangan dan projek-projek dan berbagai cadangan yang dapat dibawa kepada kawasan yang diwakilinya. Masalah sebenarnya lebih senang; jika ADUN berada di dalam kawasan  Parbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung adalah dari pihak yang memerintah pada peringkat Negara, Negeri dan kawasan yang diwakili. Cabaran yang agak banyak terpaksa dihadapi apabila katakan dari pihak pembangkang yang biasanya sukar, bahkan dipersukarkan jikalau tidak selari dengan pihak yang menguasai Kerajaan Federak dan Negeri.
Walau bagaimana tidak bererti seorang Wajil Rakyat seperti ADUN tidak semestinya dari pihak yang memerintah, tetapi juga bergantung kepada karisma, kreativiti dan inovasi pemimpin berkenaan.
Ada pemimpin yang berwibawa terus mendapat kepercayaan rakyat, walaupun berada pada pihak pembangkang.
Sekian.

February 13, 2020

MERISAUKAN !


MERISAUKAN !
(Fikrah Bangi: 479).
BBB: 19 Jamadil-Akhir 1441H. = 13 Februari 2020M. (Khamis).
Suasana yang dihagapi sekarang cukup merisaukan./
Pertama  tentang merebaknya jangkitan coronavirus (nama baru covid 19) yang mula dikesan di China sejak Disember 2019 dan merebak ke seluruh dunia. Walau bagaimana kes berkenaan dilaporkan mulai menurun. Menurut laporan 45.171 terkena jangkitan di negara itu dengan hanya 2,071 kes baharu dilaporkan  (BH 13.2.2020:4). Di Malaysia  sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, `Keadaan terkawal dan berada di dalam tahap pembendungan awal Sejak dua hari lalu tiada kesan pertambahan kes. Jum;ah kes positif masih 18.(BH: 13.2.2020: 1). Kesan dari virus dan kematian yang berlaku di negara China bukan saja  mengganggu perkembangan ekonomi negara itu, tetapi negara-negara yang lain, termasuk Malaysia  dari segi pelamcongan dan perniagaan dengan negara itu.
Kerisauan yang timbul sebagaimana kenyataan di dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa,
``Kadar KDNK 2019 paling terendah dalam tempoh sedekad.`` Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara. (Sinar: 13.2,2020: `1).
Ini melibatkan kerajaan terdahulu dan kerajaan yang memerintah hari ini. Dalam kata lain sejak PH mengambil alih pemerintahan, kerajaan gagal meningkatkan prestasi ekonomi negara. Usaha banyak dilakukan, tetapi kesan kesuakaran yang dialami rakyat terus berlaku. Misalnya kenaikan harga barang dan kos hidup yang makin meningkat, sedang nilai ringgit makin menurun.
Kerisauan yang terasa pada masa ini, ialah melihat ketidaksetabilan politik pemerintahan di negara ini. Tidak dapat disembunyikan, bahawa soal pemindahan kuasa menjadi isu politik kini. Pihak PKR mendesak agar janji pemindahan kuasa dari PM Tun Dr. Mahathir diharap dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Sedangkan di sana ada pihak yang tidak mau pemindahan kuasa berkenaan dilakukan. Bahkan Pas sebagai parti yang berpengaruh mengumumkan akan mengusulkan kepada parlimen yang akan datang maukan pemerintahan di bawah Perdana Menteri yang ada sekarang dikekalkan hingga tempoh penggal pemerintahan berakhir. Pas berkeyakinan bahawa usulnya akan mendapat sokongan bukan saja dari ahli parlimen Pas, tetapi ahli-ahli parlimen yang lain, bahkan dikatakan dari PKR sendiri, walaupun perkara ini cuba dinafikan oleh PKR.
Kita percaya ketidaksenangan terhadap isu peralihan kuasa, ialah kerana melihat kepada suasana politik PKR yang sentiasa bercakaran secara terbuka sejak dari akhir 1998. antaranya akibat dari isu perebutan kuasa timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Azmin Ali, sedang orang mengetahui pihak pimpinan parti itu berpihak kepada calon tertentu. Sekarang ini timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap Menteri Perumahan (Zuraidah)  yang menandakan perpecahan di dalam parti itu, kerana adanya sokongan terhadap Menteri Peumahan itu, yang disuarakan oleh pihak yang membelanya. Walaupun tindakan terhadap Menteri Perumahan itu disenyapkan, orang mengetahui tentang pergolakan di dalam parti itu. Kiranya pergolakan dan perbalahan orang bertanya, apakah yang dapat diharapkan dari parti yang dahulu kelihatan unggul, tapi kini terus bercakaran. Lantaran itu dilihat biarlah kepimpinan negara yang ada sekarang diteruskan. Adalah dilihat biarlah rakyat yang menentukan siapakah Perdana Menteri  yang dipilih rakyat kelak.
Kerisauan terhadap virus Covid – 19, kelembapan ekonomi negara dan politik yang tidak stabil meyebabkan rakyat tidak tenteram.
Semuanya ini mengganggu kemajuan negara.
Sekian.

February 12, 2020

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Fikrah Bangi:  478),
BBB: 18 Jamadil-Akhir 1441H. \ 12 Fenruari 2020M. (Rabu).
Satu lagi  kategori Wakil Rakyat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN. ADUN ini (Selangor menggunakan ADN – Sebenarnya lebih sesuai digunakan ADUN – istilah ini lebih popular dan  telah lama digunakan).
ADUN menurut sistem politik di Malaysia yang wakil rakyat di pilih pada peringkat parlimen (Negara – Malaysia)  dan  dikenali sebagai Ahli Parlimen bagi sesuatu kawasan, maka demikianlah ADUN, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih pada peringkat negeri. Bagi setiap negeri ada jumlah kerusi ADUN berdasarkan jumlah kawasan dan penduduk. Misalnya di Selangor pada pilihanraya 1999, maka jumlah kerusinya ialah 56. Tetapi jumlah ini boleh bertambah dengan bertambah penduduk dan Suruhanjaya Pilihanraya boleh mengubah dengan menambahkan jumlah kerusi DUN dengan penambahan pemecahan sempadsan di bawah sesuatu kawasan parlimen, sebagaimana kerusi parlimen juga boleh bertambah. Misalnya di Selanor kerusi DUN bertambah kepada 65 pada tahun 2008. Perubahan melibatkan perubahan nama kawasan parlimen dan DUN. Misalnya DUN Bangi bertukar menjadi DUN Sungai Ramal dan kawasan parlimennya bertukar dari Parlimen Serdang kepada Parlimen Bangi.
Pemilihan ADUN dan Ahli Parlimen pada kebiasaan adalah serentak (kecuali Sarawak- kini) Jumlah DUN di dalam satu-satu kawasan parlimen biasanya antara 2 hingga empat kerusi – normal tiga). Jika seorang Ahli Parlimen memenangi kerusi parlimen A, tidak semestinya ia memiliki  semua kerusi DUN A, ianya mugkin dimenangi sebahagian oleh parti B. Kemenangan kerusi pada  bahagian negeri mungkin dari majoriti parti yang memenangi pada peringkat parlimen. Misalnya kemenangan Pakatan Harapan pada peringkat negara, tidak semestinya ia memenangi pada peringkat negeri. Misalnya kini  Kerajaan Persekutuan dimenangi oleh PH, tetapi ada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pas  seperti kemenangan Pas di negeri Kelantan dan Terengganu dan Umno-BN yang sebelumnya memerintah kerajaan Persekutuan, kini hanya dapat mempertahankan Pahang dan Perlis. Ada negeri yang sepatutnya dapat dipertahankan oleh BN, tetapi berlaku perlompatan ahli BN, khususnya Umn9 melompay kepada parti lain seperti di Sabah menyebabkan berlaku pertukaran  kuasa pemerntahan kepada  Parti Warisan yang dapat  mengambil pemerintahan dengan berlakuinya perlompatan ADUN – BN kepada Warisan.
Kemenangan ADUn bagi sesuatu negeri yang sama dengan parti pemerintah memudahkan gerak kerja berbanding jika menjadi ADUN pembangkang. Pembangkang lebih sukar jika berlainan dari parti pemerintah sama ada pada peringkat negeri dan juga parlimen.
Tugas hakiki ADUN sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ialah berperanan di Dewan Negeri sebagaimana Ahli Parlimen  yang mewakili kerusi masing-masimg,ialah sebagai  ahli yang mewakili tempat dan parti ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Iana menjadi jurucakap bagi kawasan dan parti yang diwakilinya. Misalnya bercakap tentang, peluang rakyat memiiki tanah untuk pertanian, peluang membeli rumah dari projek yang disediakan ole pihak kerajaan dan sebagainya. Tetapi walaupun tugas hakiki wakil rakyat atau ADUN ialah di Dewan Undangan Negeri, tetapi yang diharap  oleh rakyat  lebih dari itu, ia bukannya sekadar ADUN, tetapi lebih dikenali sebagai Wakil Rakyat, sebab itu yang diharap oleh  rakyat yang memilihnya memahami masalah rakyat kawasan, membela dan membawa masalah mereka kepada pihak kerjaan. ADUN diharap rakyatberkhidmat secara menyelutuh. ADUN diharap bukan saja cemerlang  di Dewan Undangan Negeri , tetapi turun padang memahami masalah rakyat dan membela nasib  mereka.
Sekian.

February 11, 2020

BEBERAPA ISU FATWA MENGENAI MASJID AL-UMM


BEBERAPA ISU FATWA MENGENAI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 4 77),
BBB:  17 Jamadil-Akhir 1441H. =  11 Februari 2020M. (Selasa).
Sejak pengimarahan Masjid Al-Umm dari tahun 2017 timbul beberapa isu yang melibatkan hukum. Pihak Masjid Al-Umm telah menulis kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Surat dihantar pada 23 Disember 1999 yang lepas.Pejabat Mufti memberi respond dan menghubung Nazir pada
Khamis  6 Februari 2020 lepas bahawa pihak Jabatan Mufti akan datang ke Masjid Al-Umm pada  Isnin  10 Februari 2020 bagi mengenalpasti masalah yang berhubung dengan Masjid Al-Umm.
Pada pagi Isnin ini beberapa Jawatankuasa Masjid Al-Umm menunggu kehadiran pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor.
Jawatankuasa  Tadbirurus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang dijemput hadir ialah:
1)      Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar – Nazir
2)      A. Mohd. Rahmat bin Abd. Halif  - Imam
3)      Dato` Dr. Wahid bin Shamsuddin – AJK
4)      Prof, Dr. Amran bin Abdul Majid  - AJK
5)      Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar – Pentadbir.
Jam 10.30 pagi Isnin 10 Februari 2020 pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor tiba disambut Tuan Nazir. Mereka terdiri dari:
1)      Ustaz Shukri  - Ketua Penolong Mufti.
2)      Ustaz Hardi – Penolong Mufti Kanan.
3)      Ustaz Sufyan – Jabatan Mufti
4)      En. Fahri.
Perbincangan  mengenai:
a)       Dua isu asal dibangkitkan
.1)  Berniaga di ruang legar Masjid Al-Umm
Keputusan: Tidak dibenarkan kerana larangan berdasarkan Hadith Nabi.
Masjid Shah Alam (Masjid Salahuddin) tidak membenarkan sebarang perniagaan di kawasan Masjid.
Oleh kerana ruang legar kawasan  kegunaan umum, termasuk bukan ibadat walaupun digunakan bagi solat Jum`at , perempuan yang haidh tidak dilarang duduk di situ.
2) Memakai kasut di Dewan Serbaguna (Aras bawah tanah).
Bagi menjaga kebersihan, tidak dibenarkan menggunakan kasut.
Contoh larangan dikuatkuasa di tingkat bawah di Masjid UNITEN, Bangi.
b)      Idu Tambahan

1)      Putuskah saf di antara tiang-tiang di dalam masjid
Rujukan pendapat Imam Shafie tidak putus.
2) Mereka yang bersembahyang berkerusi
Dikira kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan tumit, tapi oleh kerana semasa berdiri tidak sama dengan ma`mum yang lain, maka wajar bagi ma`mun sedemikian mengambil tempat di tepi agar tidak memutuskan saf.
3) Tutup pintu antara ruang solat berhawa dingin dan  serambi kanan dan kiri.
Tidak menghilangkan pahala menurut saf dan tidak hilang pahala berjama`ah.
4)  Solat berdepan dengan Qur`an diatas rehal.
Tidak dikira menghinakan Al-Qur`an di depan kaki, kerana Qur`an di atas rehal, bukan di atas lantai.
5)   Meletakkan sejadah melintang atau tegak ketika bersolat atasnya.
Tidak melibatkan sebarang hukum sama ada makruh atau haram. Harus.
Pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dibawa melihat tempat-tempat yamg  menjadi isu dan ruang-ruang masjid.
Jawapan secara rasmi akan dilakukan secara bertulis dari Jabatan Mufti Kerajaan Selangor.
Terima kasih
Dr. Haji Shafie Abu Bakar,
Nazir Masjid Al-Umm
Bagi pihak ahli yang berbincang pada
Isnin 10 Februari 2020= 16 Jamadil-Akhir 1441H.
Sekian.

February 10, 2020

WAKIL RAKYAT


WAKIL  RAKYAT
(Fikrah Bangi:  476),
BBB 16 Jamadil-Akhir 1441H. = 10 Februari 2020M. (Isnin).
Wakil Rakyat ialah istilah terbuka nagi mereka yang dipilih rakyat dalam politik pemerintahan. Yang lebih khusus  wakil rakyat ini terdapat dua kategori, iaitu Ahli parlimen , iaitu mereka yang dipilih rakyat bagi sesuatu kawasan parlimen  sebagai wakil mereka di dalam parlimen Malaysia yang kini berjumlah semua ahli parlimen ialah 222 kerusi. Jumlah kerusi ini adalah dari kawasan seluruh negeri-negeri di dalam Malaysia. Jumlah kerusi parlimen bagi negeri-negeri ini berbeza-beza bergantung kepada jumlah penduduk dan pecahan parlimen bagi setiap negeri.
Satu lagi kategori wakil rakyat yang lebih spesifik dilenali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Bermaksud jika ahli parlimen dipilih pada peringfkat negara, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih bagi kawasan DUN Negeri. Adun  berada di dalam kawasan palimen. Bagi setiap parlimen mempunyai sejumlah ahli DUN, biasanya tiga DUN dan ada yang lebih atau kurang bergantung pada kawasan dan jumlah pengundi. Kedua=dua , yakni Ahli Parlimen dan ADUN biasanya dipilih secara serentak di dalam pilihanraya yang dijalankan. Namun ada yang dijalankan secara berasingan seperti pilihanraya bagi parlimen di Sarawak dijalankan bersama pilihanraya lain pada peringkat parlimen. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri secara berasingan. Keadaan ini berlaku sehingga sekarang di Sarawak.
Ada dua lagi jenis perlamtikan  tanpa melalui pilihanraya, iaitu Ahli Dewan Negara yang dilantikk secara pilihan pihak  berkuasa menduduki Dewan Negara. Satu lagi lantikan ialah ahli Majlis Tempatan yang menjalankan pentadbiran pada peringkat Majlis Perbandaran bagi sesuatu perbandaran.
Peranan Ali Parlimen pada dasarnya sebagai ahli parlimen ialah menghadiri sidang parlimen yang berlangsung. Peranan ahli parlimen ialah menggubal undang-undang negara. Ini berdasarkan keperluan dan situasi negara. Pada hakikatnya negara sudah mempunyai perlembagaan yang dijadikan panduan di dalam pemnerintahan, Tetapi di dalam perkembangan dan praktiknya ada keperluan dan pekara baru yang timbul yang dirujuk kepada perlembagaan, tetapi kadang-kadang ada perkara baru yang memerlukan tambahan atau perubahan.  Misalnya cadangan menghapuskan hukuman bunuh bagi yang melakukan jenayah yang mewajarkan dihukum bunuh sebagaimana diperuntukkan di dalam perlembagaan, timbul pendapat tidak wajar dilaksanakan hukuman bunuh dan sebagainya.
Bagi parti yang menguasai majoriti dan memerintah, maka pendekatan bagi pemerintahan ialah  melantik kabinet memerintah yang diketuai Perdana Menteri. Melalui kabinet menteri  perkara-perkara berkenaan diusul dan dibahaskan, termasuk dari pihak pembangkang. Misalnya penghapusan tol, mengembalikan PPSMI, perubahan cukai dari GST kepada SST, peruntukan belanjawan bagi pemerintahan dan berbagai lagi dibahaskan di dalam parlimen. Bagi sesuatu isu setelah dibahas diambilk persetujuan dari segi majoriti yang jika majoriti bersetuju dan diluluskan menjadi peraturan dan undang-undang.
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perku dibahaskan dan perlu menurut susunan dan keutamaan. Kebijaksanaan menjalankan mesyuarat bergantung kepada kebijaksanaan Speaker atau Yang Dipertua dan Timbalan-Timbalannya.
Sudang parlimen dianggap merangkumi semua persoalam  bagi pemerintahan negara.
Pihak parlimen melalui speaker menyediakan perkara-perkara yang perlu dibahaskan juga melalui usul-usul yang dikemukakan juga berhubung dengan isu semasa yang timbul Ahli Parlimen membauat cadangan dan soalan kepada parlimen yang perlu dijawab.
Sidang Parlimen berjalan beberapa kali setahun yang dari sidang diharap merangkumi peresoalan yang dihadapi,
Peranan ahli parlimen adalah  memahami situasi di kawasan mereka dengan turun padang dan membawa persoalan yang dihadapi pada peringkat parlimen. Persoalan juga datang dari  peristiwa semasa yang dihadapi dan perkara-perkara yang bersifat tempatan, negeri, negara dan global.
Ahli parlimen yang baik ialah ahli parlimen yang mampu menjadi jurucakap bagi masyarakat dan bertindak secara bijak dan memahami persoalan dan memberi solusi bagi persoalam. Kabimet Menteri menurut bidang-bidang melaksanakanm apa yang diluluskan dan dilaksanakan di tengah masyarakat. Kelemahan ahli kabinet menunjukkan kelemahan pemerintahan yang akan dicabar oleh pembangkan vang bercita-cita mengambilalih kekuasaan.
Sekian.

February 9, 2020

IMBANGI ANTARA BAHASA LUARAN DAN DALAMAN


IMBANGI ANTARA BAHASA LUARAN DAN DALAMAN

Bahasa cuma alat kefahaman
Bersifat luaran
Semakin tinggi pembawaan semakin tinggi kedudukan
Bahasa itu dikatakan `Jiwa Bangsa`
Lantaran pertingkatkan bahasa  ibunda
Bukan saja  juwa bangsa
Tapi  juga budaya, intelektual
Imej dan maruah bangsa.

Ketinggian bahasa dan intelektual
Tidak jamin integriti dan maruah diri
Tanpa pemupukan bahasa dalaman
Bersifat nilai dan rohani
Yang terseret ke mahkamah
Dengan berbagai isu rasuah
Memperdagangkan najis dadah
Memusnahkan  generasi
Mereka yang tinggi intelektual
Tapi miskin dari bahasa rohani
Sepatutnya dipupuk segandingan.
Antara  makna intelektual
Mahir berbahasa, mengira
Jika bersamanya runtuh nilai
Akhlak dan peradaban
Berada pada ranking pada bawah
Ledudukan – hancur nilai peradaban.
Imbangilah antara
Bahasa lahiri dan rohani,

(Fikrah Namnhi:: 475).
BBB: 15 Jamadil Akhir 1441H. = 09 Februari 2020M. (Ahad)..