February 14, 2020

TUGAS SEOTANG ADUN


TUGAS SEORANG ADUN
(Fikrah Bangi:  480),
BBB:  20 Jamadil-Akhir 1441H. = 14 Februari 2020M.  (Juma`at).
Tugas seorang ADUN secara hakiki ialah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, menghadiri mesyuarat dan berperanan menggubal undang-undang negeri. Tugas-tugas lain  ada pihak tertentu yang bertanggungjawab. Misalnya masalah perbandaran  adalah di bawah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran yang dilantik yang mempunyai kawasan masing-masing di bawah kawasan ADUN tertentu dan mereka ini lebih kerap bermesyuarat berbanding dengan ADUN, iaitu sekali sebulan dan mereka mempunyai elaun sebagai Ahli Majlis Perbandaran. Mamakala bagi kawasan luar dari perbandaran ada institusi Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam kawasan masing-masing- dan mereka juga mempunyai elaun dan imbuhan. Baik Ahli Majlis Perbandaran, maupun Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mereka ini berada di dalam kawasan Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN tertentu. Pendek kata  setiap  Ah;i Parlimen, ADUN, Ahli Majlis Perbandaean, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mempunyai kawasan dan tugas masing-masing.
Walaupun masing-masing, khisusnya ADUN mempunyai kawasan dan sempadan masing-masing dan tidak perlu turun ke bawah, tetapi pada praktiknya seorang ADUN, bahkan seorang Ahli Parlimen tidak cukup dan sempurna dengan hanya menggubal undang-undang, tetapi mereka dikehendaki, terutama oleh rakyat supaya turun padang dan mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Bahkan dilihat, mana-mana Wakil Rakyat sama ada Ahli Parlimen dan ADUN yang sering turun padang, mengambil perhatian terhadap masalah, aduan dan segala yang berhubung dengan rakyat dan bijak bercakap dan menyampaikan masalah mereka sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri, maka dilihat mereka inilah  pemimpim rakyat yang sebenar.
Jadi peranan ADUN yang mau dilihat rakyat, ialah ADUN yang sering turun Padang mengambil perhatian terhadap masalah dan aduan rakyat dan dibawa untuk menyelesaikannya pada institusi tertentu, sama ada diperingkat negeri, peringkat daerah, pekan dan kampung.
Sebenarnya seorang Wakil Rakyat, khususnya ADUN tidak akan mengetahui masalah rakyat, tanpa turun  bersama rakyat dan lebih baik bekerjasama dengan Ahli Majlis, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di bawah kawasannya. Sebenarnya dengan turun padang dan kerjasama dengan Ahli Majlis Perbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung ADUN dapat maklumat berhubung dengan masalah yang dihadapi rakyat. Dengan yang demikian itu masalah yang didapati dapat dibawa ke DUN, bercakap dan menyampaikan aduan dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di dalam kawasannya.
Dengan mengetahui masalah dan keperluan-keperluan rakyat dapat bukan saja membawa persoalan ke Dewan Undangan Negeri, tetapi dapat diatur perancangan dan projek-projek dan berbagai cadangan yang dapat dibawa kepada kawasan yang diwakilinya. Masalah sebenarnya lebih senang; jika ADUN berada di dalam kawasan  Parbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung adalah dari pihak yang memerintah pada peringkat Negara, Negeri dan kawasan yang diwakili. Cabaran yang agak banyak terpaksa dihadapi apabila katakan dari pihak pembangkang yang biasanya sukar, bahkan dipersukarkan jikalau tidak selari dengan pihak yang menguasai Kerajaan Federak dan Negeri.
Walau bagaimana tidak bererti seorang Wajil Rakyat seperti ADUN tidak semestinya dari pihak yang memerintah, tetapi juga bergantung kepada karisma, kreativiti dan inovasi pemimpin berkenaan.
Ada pemimpin yang berwibawa terus mendapat kepercayaan rakyat, walaupun berada pada pihak pembangkang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment