February 26, 2020

MENELITI UNGGUL KEPIMPINAN


MENELITI UNGGUL KEPIMPINAN
(Fikrah Bangi: 490),
BBB:  02 Rajab 1441H. = 26 Februari 2020M. (Rabu).
Dua kesilapan tanggapanku mengenai perlantikan Perdana Menteri Interim, bahawa perdana menteri sedemikian mempunyai masa yang luwes untuk mengenalpasti pimpinan yang dicari. Kedua jangkaanku bahawa orang yang diberi mandat untuk meneliti unggul pemimpin dicari, sepatutnya tidak memasukkan dirinya sebagai antara yang dicari.
Kesilapan pertama difahami dari tindakan Yang Di Pertuan Agong, segera menjalankan  penelitian dengan memanggil ahli parlimen memberi pendapat mulai dari semalam (Selasa 25 Februari ) dan berterusan hingga hari ini, tindakan mempraktikkan peruntukan Perlembagaan  42 & 43 (2 a) yang selama tidak cuba dilakukan oleh Yang Di Pertuan Agong sebelumnya. Sembah hormat di atas tindakan Tuanku.  Daulat Tuanku !
Ketidaktepatan dari jangkaan, bahawa Tun Mahathir tidak terkeluar dari calon bakal Perdana Menteri ke 8.
Dari  maklumat dan pendapat para wartawan dan mereka yang bercakap di dalam ruangan politik di media letronik, bahawa nama Tun Mahathir berada pada  ranking tertinggi. Ini diperkukuhkan lagi sokongan dari Warisan Sabah dan GPS  Sarawak. Lantasa menjadi pertanyaan, apabila Tun Mahathir dilantik, apakah bentuk pemerintahan akan dilaksanakan ?
 Ada cadangan dibentuk Kerajaan Campuran atau Perpaduan . Adalah dijangka dengan pemilihannya pola pemerintahan lama menjadi acuan. Kalangan pemimpin yang  pernah berada di dalam PH yang dibubarkan menjadi pilihan. Ahli-ahli jawatankuasa bagi Bumiputra Bersatu berada pada senarai pilihan. Pemilihan kabinet dibuat dari parti-parti yang lain bagi mencerminkan Kerajaan Campuran atau Perpaduan. Namun kelemahan pemerintahan secara Campuran dan Perpaduan, tiada faktor check and balance,. Dan berlaku sindrom `yes men` yang melemahkan pentadbiran.
Pendekatan yang ideal, ialah mewujudkan pemerintahan demokrasi yang ada pihak kerajaan dan pembangkang.  Pihak kerajaan adalah terdiri dari Bumiputra Bersatu, Keadilan, DAP, Amanah, Warisan dan  GPS Sarawak. Manakala pembangkang dari parti-parti yang dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Tun Mahathir tidak mau bersama dengan UMNO yang ditentangnya selama ini dan pihak DAP dan GPS tidak menyenangi PAS. Hakikat sebenarnya, bahkan pembubaran PH, kerana gerun terhadap dua parti ini yang PH mengalami kekalahan bersiri dan jika diteruskan pemerintahan PH, sindrom kekalahan PH berterusan. Selain dari itu pembubaran dilakukan untuk mematikan tuntutan PKR bagi menunaikan janji peralihan pimpinan. Dengan pembubaran kedua-dua kebimbangan dapat dihapuskan. Dengan pendekatan pihak pemerintahan terdiri dari komponan lama dan Umno dan Pas – termasuk MCA, MIC dan PBS melalui Muafakat Nasional sebagai pembangkang, sindrom pemerintahan lama sebagaimana di dalam PH, walaupun berlaku pertukaran portfolio atau penggantian tokoh,maka pola pemerintahan lama PH akan menjelma kembali, maka sindrom pemerintahan lama akan kembali bertapak, maka dua tahun berlalu yang membazir akan berulang pada tiga tahun berbaki.
Dalam keadaan sekarang, pendekatan yang paling sesuai ialah dengan membubarkan Parlimen dan diadakan pilihanraya ke 15 dalam kadari segera. Dengan pembubaran Parlimen dapat diatasi:
·         Perubahan ahli-ahli Parlimen, khususnya yang tidak layak diketepikan.
·         Wujudnya mandat baru yang fresh dan segar.
·         Ahli Parlimen yang sesuai dengan kehendak semasa rakyat
·         Pemilihan Perdana Menteri dan kabinet dapat dilakukan terhadap mereka yang layak.
·         Dapat menghindarkan dari kuasa perseorangan yang tidak mengikut demokrasi dan pilihan rakyat.
Pembubaran Parlimen – termasuk Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihanraya ke 15 adalah solusi terbaik bagi mengatasi kemelot politik dan  kuasa orang perseorangan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment