MASIH TIADA MUKTAMAD
(Fikrah Bangi: 493),
BBB: . 03 Rajab 1441`H. = 28 Februai 2020M.
(Sabtu).
Hingga kini, masih tiada keputusan
muktamad, siapa yang jelas akan diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan. Sementara itu beberapa
perubahan dan perkembangan berlaku dalam tempoh singkat. Semalam (Juma`at , 27
Februari) Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berbincang di Istana Negara berkenaan
perkembangan terakhir kemelut politik yang sedang berlaku. Manakala cadangan mengadakan
sidang parlimen pada Isnin 2 Mac 2020 ini dibatalkan. Menurut Speaker Dewan
Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bahawa
panggilan yang dibuat sebelum ini tidak mengikut procedure. Persidangan
tidak akan berlangsung.
Manakala penentuan dilakukan dari
pihak-pihak yang memimpin parti beserta bukti-bukti jelas.
Perkembangan terbaru nama Presiden Bersatu,
naik sebagai calon Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin dikatakan mendapat
sokongan dari pihak Umno dan Pas dan kini mempunyai sokongan berkumlah 96 ahli
Parlimen, manaka Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan yang cukup, tetapi
jumlah yang diketahui setakat ini adalah berjumlah 92 calon. Yang nyata
kedua-dua belah pihak belum dapat melepasi majoriti yang diperlukan – melebihi 111
kerusi. Di dalam hal ini dilihat pendirian pihak GPS Sarawak dan Warisan Sabah
adalah penentu dari segi jumlah. Keputusan dari Sarawak dan Sabah ditunggu.
Kedua-dua negeri, terutama Sarawak
sedang menyusun srtrategi bagi mendapat faedah terbaik bagi pihak negeri
di dalam `bargain` antara pihak yang sedang mencari sokongan majoriti.
Andaikata penyelesaian masih tidak dapat
dicapai, apakah akan berlaku pembubaran Parliem dan pilihanraya diadakan. Ada
yang berpendapat, pembubaran Parlimen, bukan cara yang dapat memberi penyelesaian.
Selain daripada ianya memerlukan biayai yang tinggi, melebihi RM500 milion,
keptusan mungkin kembali kepada - tiada
majoriti muktamad.
Salah satu caranya ialah dengan menubuhkan
Kerajaan Perpaduan. Kompromi mungkin dapat dicapai, Kekurangan dari segi
Kerajaan Perpaduan, ianya mematikan suara pengkritik yang diharap datangnya
dari pihak pembangkang dan berkembangnya budaya `yesmen`. Darinya timbul
tumpuan kuasa kepada pihak yang memegang kuasa.
Walau bagaimana setakat ini tiada keputusan
muktamad yang dapat dicapai dan rundingan serta tawaran masih berjalan.
Kita berharap akan terhasil keputusan
terbaik dan negara dapat keluar dari kemelut yang membeban dan merugikan. Kita tidak mau
penggal pemerintahan selepas pilihanraya ke 14 penuh dengan masalah yang
ditimbulkan oleh orang politik. Kesannya lebih ditanggung rakyat. Kita berharap
ianya menjadi pengajaran yang baik untuk
rakyat membuat keputusan pada masa hadapan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment