February 20, 2020

LUAR JANGKA


LUAR JANGKA
(Fikrah Bangi: 485),
BBB: 26 Jamadil-Akhir 1441H. = 20 Februari 2020M. (Khamis).
Selain dari khidmat masyarakat yang dikenalpasti dan tindakan dapat diambil dari awal dan secara teratur, banyak peristiwa yang berlaku di luar jangka dan perlu diambil tindakan spontan.
Antara  perkara yang terjadi, ialah bencana alam, seperti berlaku banjir, maka Wakil Rakyat bagi kawasan yang berlaku banjir hendaklah turun sama memberi perhatian bersama agensi-agensi kerajaan, seperti melawat mangsa-mangsa banjir pada penempatan sementara dan menyampaikan bantuan. Wakil rakyat kena turun padang dan memperlihatkan wajah, jika tidak akan dipersoalakn oleh rakyat.
Antara  bencana alam yang lain ialah kebakaran. Bila dapat tahu berlaku kebakaran di dalam kawaasannya Wakil Rakyat bersama pengiring-pengiring kena turun sampaikan bantuan dan mengucap takziah dan membuat usaha kanjut bagi mendapat pertolongan dari Jabatan Kemasyarakatan dan agensi-agensi kerajaanb yang dan berusaha bagi membaiki dan memulih kembali bangunan yang terbakar..
Termasuk bencana alam ialah seperti accident kenderaan dengan melawat mangsa di hospital atau mengucap takziah kepada keluarga jika berlaku kematian. Sekianya berlaku kematian biasa di dalam kawasan Wakil Rakyat adalah perlu bagi Wakil Rakyat menziarah dan jika Wakil Rakyat tidak dapat hadir ia perlu menghantarkan wakil Wakil Rakyat perlu hadir bagi majlis tahlil dan doa arwah
Sebagai Wakil Rakyat dan dikenali di dalam kawasannya, maka bila ada perkahwinan,  maka sudah tentu Wakil Rakyat dijemput hadir sebagai jemputan istimewa. Pada musim kahwin, misalnya pada cuti sekolah, maka ramai yang mengadakan acara perkahwinan, maka Wakil Rakyat perlu pergi, tetapi jika jemputan terlampau banyak pada satu-satu hari, maka hendaklah dihantar wakil ke majlis perkahwinan  berkenaan dan jangan lupa menghantar sama  cendera hati atau sampul yang berisi wang,
 Sambutan juga bersifat  hariraya, Wakil Rakyat juga sering dijemput ke majlis-majlis dan sambutan Hari Raya, termasuk ialah Sambutan Tahun Baru atau berbagai-bagai perayaan ethnik dan Wakil Rakyat perlu pergi  meraikan.
Jemputan jua datang dari institusi-institusi tertentu seperti jamuan kesyukuran dan sebagainya. Majlis seperti majlis-majlis ihtifal, sambutan Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj, Nuzul Al-Qur`an dan berbagai lagi dikehendaki  Wakil  Rakyat hadir..
Tidak kurang sambutan yang bersifat sukan dan perlu hadir dengan pakaian bersesuaian. Bukan setakat jemputan, tetapi Wakil Rakyat diminta  sponsor bagi kegiatan yanmg berkenaan.
Sebenarnya  dengan berbagai jemputan dan kegiatan, seorang Wakil Rakyat adalah seorang yang sebok yang tidak kecukupan masa dan tidak cukup kewangan bagi memenuhi keperluan.
Jika tidak dilakukan sedemikian. Maka Wakil Rakyat tidak bekerja.
Sekian.

No comments:

Post a Comment