KEMELUT PERALIHAN KUASA POLITIK TANAHAIR ?
(Fikrah Bangi: 488),
BBB:
30 Jamadil-Akhir 1441H. = 24 Fabruari 2020M. (Isnin).
Pulang dari solat Isya` di Masjid
Al-Umm,terkejut bila mengikuti perbincangan politik di saluran tv Awani 501
dimoderator oleh Kamarul dengan dua ahli panel Prof. Madya Dr. Hamidin dan
saudara Amir wartawan tentang kemelut tuntutan peralihan kuasa yang pada malam
tadi perhimpunan berlaku di rumah Anwar Ibrahim, di Hotel Sharaton, PJ dan
juga kumpulan yang pergi ke Istana
Negara. Pada malam tadi dikatakan tidak kurang dari lima mesyuarat diadakan
oleh tokoh-tokoh parti parti politik, tetapi hingga akhir wacana di tv itu,
tiada sebarang keputusan diambil sebagai keputusan dan tiada sebarang pihak
membuat sidang akhbar, bahkan dikatakan semua pihak menutup mulut dari memberi
sebarang kenyataan. Kemelut yang berlaku akibat dari gagalnya Majls Presiden
dalam PH yang bermesyuarat pada Juma`at 21 Februari lepas. Ini membawa kepada
kemelut tuntutan terutama dai pihak PKR agar janji peralihan kuasa ditentukan
tarikh dan bukan secara umum yang dikatakan oleh Tun Mahathir selepas
Persidangan APEC pada akhir tahun ini, namun beliau diberi hak membuat keputusan.
Dari satu segi ini menimbulkan rasa tidak puashati dari kalangan
penyokong-penyokong Anwar.
Namun melalui akhbar-akhbar pagi ini
kemelut ini lebih nyata, bahawa
perubahan kuasa menjadi spekulasi
yangf tidak pasti. Sinar membawa tajuk:
Desas Desus Kejatuhan Kerajaan PH – Pada muka
hadapan, manakala halaman dua: ``PH akan
berakhir```. Manakala halam tiga, disiarkan mengenai ``Drama di Istana Negara.`
Manakala pada halaman 9, komen dari Anwar, ``Satu pengkhianatan``.
Manakala pada halamman depan BH, membawa
tajuk , ``Kerajaan Baharu ?, manakala pada halaman tiga: ``Umno, Pas, Warisan, PBB, GPS mengadap
Agong.``
Dan pada bahagian bawah halaman tersebut,
terakam,
`` Pakatan Harapan Sudah berakhir.``
Mamakala The Star pada halaman hadapan
membawa tajuk, ``Pakatan in peril.``
Jelaslah bahawa, kemelut peralihanm kuasa
sedang berlaku.
Mulai hari ini dan seterusnya suasana
politik tanahair akan terus hangat.
Kita berharap pengekalan atau perubahan kekuasaan
pemnerintahan hendaklah melalui lunas-lunas perlembagaan.``
Kita mempunyai kuasa tertinggi Yang Di
Pertuan Agong dan Parlimen.
Sebarang pengekalan atau perubahan kuasa
hendaklah melalui prinsip Perlembagaan.
Dalam tempoh terdekat ini sudah tertentu berlaku
berbagai kemelut dan perubahan
Kita akan mengikutinya dan diharap pihak
berkuasa dapat memelihara keamanan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment