MERISAUKAN !
(Fikrah Bangi: 479).
BBB: 19 Jamadil-Akhir 1441H. = 13 Februari
2020M. (Khamis).
Suasana yang dihagapi sekarang cukup
merisaukan./
Pertama
tentang merebaknya jangkitan coronavirus (nama baru covid 19) yang mula
dikesan di China sejak Disember 2019 dan merebak ke seluruh dunia. Walau
bagaimana kes berkenaan dilaporkan mulai menurun. Menurut laporan 45.171
terkena jangkitan di negara itu dengan hanya 2,071 kes baharu dilaporkan (BH 13.2.2020:4). Di Malaysia sebagaimana dinyatakan oleh Menteri
Kesihatan, `Keadaan terkawal dan berada di dalam tahap pembendungan awal Sejak
dua hari lalu tiada kesan pertambahan kes. Jum;ah kes positif masih 18.(BH:
13.2.2020: 1). Kesan dari virus dan kematian yang berlaku di negara China bukan
saja mengganggu perkembangan ekonomi
negara itu, tetapi negara-negara yang lain, termasuk Malaysia dari segi pelamcongan dan perniagaan dengan
negara itu.
Kerisauan yang timbul sebagaimana kenyataan
di dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa,
``Kadar KDNK 2019 paling terendah dalam
tempoh sedekad.`` Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara.
(Sinar: 13.2,2020: `1).
Ini melibatkan kerajaan terdahulu dan
kerajaan yang memerintah hari ini. Dalam kata lain sejak PH mengambil alih
pemerintahan, kerajaan gagal meningkatkan prestasi ekonomi negara. Usaha banyak
dilakukan, tetapi kesan kesuakaran yang dialami rakyat terus berlaku. Misalnya
kenaikan harga barang dan kos hidup yang makin meningkat, sedang nilai ringgit
makin menurun.
Kerisauan yang terasa pada masa ini, ialah
melihat ketidaksetabilan politik pemerintahan di negara ini. Tidak dapat
disembunyikan, bahawa soal pemindahan kuasa menjadi isu politik kini. Pihak PKR
mendesak agar janji pemindahan kuasa dari PM Tun Dr. Mahathir diharap dilaksanakan
dalam tempoh terdekat. Sedangkan di sana ada pihak yang tidak mau pemindahan
kuasa berkenaan dilakukan. Bahkan Pas sebagai parti yang berpengaruh
mengumumkan akan mengusulkan kepada parlimen yang akan datang maukan
pemerintahan di bawah Perdana Menteri yang ada sekarang dikekalkan hingga
tempoh penggal pemerintahan berakhir. Pas berkeyakinan bahawa usulnya akan
mendapat sokongan bukan saja dari ahli parlimen Pas, tetapi ahli-ahli parlimen
yang lain, bahkan dikatakan dari PKR sendiri, walaupun perkara ini cuba
dinafikan oleh PKR.
Kita percaya ketidaksenangan terhadap isu
peralihan kuasa, ialah kerana melihat kepada suasana politik PKR yang sentiasa
bercakaran secara terbuka sejak dari akhir 1998. antaranya akibat dari isu
perebutan kuasa timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Azmin Ali, sedang orang
mengetahui pihak pimpinan parti itu berpihak kepada calon tertentu. Sekarang
ini timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap Menteri Perumahan (Zuraidah) yang menandakan perpecahan di dalam parti itu,
kerana adanya sokongan terhadap Menteri Peumahan itu, yang disuarakan oleh
pihak yang membelanya. Walaupun tindakan terhadap Menteri Perumahan itu
disenyapkan, orang mengetahui tentang pergolakan di dalam parti itu. Kiranya
pergolakan dan perbalahan orang bertanya, apakah yang dapat diharapkan dari
parti yang dahulu kelihatan unggul, tapi kini terus bercakaran. Lantaran itu
dilihat biarlah kepimpinan negara yang ada sekarang diteruskan. Adalah dilihat
biarlah rakyat yang menentukan siapakah Perdana Menteri yang dipilih rakyat kelak.
Kerisauan terhadap virus Covid – 19,
kelembapan ekonomi negara dan politik yang tidak stabil meyebabkan rakyat tidak
tenteram.
Semuanya ini mengganggu kemajuan negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment