February 6, 2020

DI LUAR DUGAAN PERKAYA PENGALAMAN


DI LUAR JANGKAAN – PERKAYA PENGALAMAN
( Fikrah Bangi: 473),
BBB:  12 Jamadil-Akhir 1441H. =  06 Februari 2020M. (Khamis).
Ketika merenung diri,  maka  turut  terlintas tentang kehendak Allah adalah mengatasi kehendak kita, bahkan Dia mewarnai perancangar  di luar dugaan. Menjadi  Wakil Rakyat adalah di luar dari jangkaan dan tidak terfikir sama sekali, tetapi itu adalah kehendak Allah. Selak remaja dari seawal tahun 1960 ketika di sekolah menengah aku memasang cita-cita menjadi seorang berilmu dan  penulis yang baik. Ini menggerak aku belajar dan dari sejak itu hingga kini aku terus menulis. Berjaya menjadi pensyarah di universiti adalah logik dari tumpuanku mempelajari ilmu dan bergiat di dalam penulisan adalah penerusan kecintaanku biarpun tanpa ganjaran -  sekadar kepuasan.
Menjadi Wakil Rakyat bukan dari hasrat dan cita-citaku. Sebagaimana aku sebut terlibatnya aku kepada politik kerana rasa benci membuak terhadap situasi politik pada akhir 1990an dan dengan tolakan kawan-kawan. Sebagaimana aku kata, masuk politik dan bertanding dalam pilihanraya kemungkinan besar `Merosakkan imej diri sebagai ahli akademik`` Kemungkinan kalah adalah besar, jika berlaku sebenarnya dia mengotorkan sejarah diri. Tetapi kemenanganku di DUN Kajang pada 29 November 1999, dapat mengelak diriku  dari kekotoran politik sebagai orang yang kalah. Aku bergembira memenangi kerusi di kawasan muti-rasial dan mendapat sokongan semua kaum, khususnya Melayu, Cina dan India – secara jelas.
Dengan mandat yang diberi dengan AJK parti, penyokong-penyokong semua kaim aku dan pembantu-pembant bekerja dengan sepenuh hati, walaupun menyedari sebagai pembangkang tiada peruntukan dari kerajaan negeri dan pusat. Ieiapi kami bekerja
Merenung lebih dalam, keterlibatan dalam politik ini sebenarnya memperkayakan pengalaman. Melalui kemenangan kami dapat berkhidmat kepada masyarakat dan pengalaman ini sebenarnya adalah aset dan bahan yang amat berguna yang terus mengalirkan  ilham bagiku terus menulis yang hingga kini aku terus menimba pengalaman itu dan terus menulis.
Bayangkan,  dengan pengalaman berkenaan, jika sebelum terlibat dengan politik, duniaku adalah dengan pelajar di universiti, kawasan  bergeakku sekadar diBangi, Kuala Lumpur dan lebih luas menghadiri seminar penulisan dan sastera di beberapa tempat tertentu dan menulis.
Selepas berpolitik,alam kelilingku tidak saja du Bangi, bahkan menjelajah seluruh Hulu Langat bagi mengukuhkan parti, bahkan selepas kemenangan ke seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain. Pendek kata dimensi hidupku bertambah dengan keterlibatanku dengan dunia politil, walaupun tidak sehebat mana berbanding dengan toloh-tokoh politik yang lain.
Kalau dulu kawasan pergerakan hanya kampus, kini  satu kawasan baru bagiku ialah menghadiri sesi sesi persidangan di Dewan Undangan Negeri Selangor. Kalau dulu bangunan SUK – Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Dewan Undangan Negeri itu agak asing  dan aku tidak hadir ke situ sebelumnya.
Aku menghadiri diri ke situ bagi upacara Angkat Sumpah sebagai ADUN pada 6 Disember 1999. Ia merupakan hari pertama aku hadir ke bangunan DUN itu. Ia adalah bangunan yang  mengambil bentuk bangunan Roman, terutama dengan melihat kubahnya. Diriku bertanya,mengapa tidak diambil imej tempatan  ?  Mungkin melambangkan konsep demokrasi yang berasal daroi Greek-Roman. Ruang  dalamnya bagi memuatkan ahli Dewan pada masa itu berjumlah 65 oang dengan bahagian atas untuk pegawai-pegawai dan mereka yang hadir bagi mengikuti persidangan.  Pada bahagian depan ialah takhta Diraja yang di bawahnya ialah kerusi Speaker dan pegawai-pegawai.
Bangunan ini adalah bersambung dengan Kompleks pentadbiran Kerajaan yang menaranya setinggi 21 tingkat dengan bahagian belakang ialah Dewan  serbaguna, terutama bagi seminar, sambutan dan jamuan.
Inilah tempat yang akan memberi pengalaman baru bagiku – Bersidang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment