BEBERAPA ISU FATWA MENGENAI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 4 77),
BBB:
17 Jamadil-Akhir 1441H. = 11
Februari 2020M. (Selasa).
Sejak pengimarahan Masjid Al-Umm dari tahun
2017 timbul beberapa isu yang melibatkan hukum. Pihak Masjid Al-Umm telah
menulis kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Surat dihantar pada 23
Disember 1999 yang lepas.Pejabat Mufti memberi respond dan menghubung Nazir
pada
Khamis
6 Februari 2020 lepas bahawa pihak Jabatan Mufti akan datang ke Masjid
Al-Umm pada Isnin 10 Februari 2020 bagi mengenalpasti masalah
yang berhubung dengan Masjid Al-Umm.
Pada pagi Isnin ini beberapa Jawatankuasa
Masjid Al-Umm menunggu kehadiran pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Selangor.
Jawatankuasa Tadbirurus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm
yang dijemput hadir ialah:
1) Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar – Nazir
2) A. Mohd. Rahmat bin Abd. Halif - Imam
3) Dato` Dr. Wahid bin Shamsuddin – AJK
4) Prof, Dr. Amran bin Abdul Majid - AJK
5) Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar – Pentadbir.
Jam 10.30 pagi Isnin 10 Februari 2020
pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor tiba disambut Tuan Nazir.
Mereka terdiri dari:
1) Ustaz Shukri
- Ketua Penolong Mufti.
2) Ustaz Hardi – Penolong Mufti Kanan.
3) Ustaz Sufyan – Jabatan Mufti
4) En. Fahri.
Perbincangan mengenai:
a) Dua isu
asal dibangkitkan
.1) Berniaga di ruang legar Masjid Al-Umm
Keputusan: Tidak dibenarkan kerana larangan
berdasarkan Hadith Nabi.
Masjid Shah Alam (Masjid Salahuddin) tidak
membenarkan sebarang perniagaan di kawasan Masjid.
Oleh kerana ruang legar kawasan kegunaan umum, termasuk bukan ibadat walaupun
digunakan bagi solat Jum`at , perempuan yang haidh tidak dilarang duduk di
situ.
2) Memakai kasut di Dewan Serbaguna (Aras
bawah tanah).
Bagi menjaga kebersihan, tidak dibenarkan
menggunakan kasut.
Contoh larangan dikuatkuasa di tingkat
bawah di Masjid UNITEN, Bangi.
b) Idu Tambahan
1) Putuskah saf di antara tiang-tiang di dalam masjid
Rujukan pendapat Imam Shafie
tidak putus.
2) Mereka yang bersembahyang berkerusi
Dikira kaki kerusi belakang
hendaklah sama dengan tumit, tapi oleh kerana semasa berdiri tidak sama dengan
ma`mum yang lain, maka wajar bagi ma`mun sedemikian mengambil tempat di tepi
agar tidak memutuskan saf.
3) Tutup pintu antara ruang solat berhawa
dingin dan serambi kanan dan kiri.
Tidak menghilangkan pahala menurut
saf dan tidak hilang pahala berjama`ah.
4) Solat
berdepan dengan Qur`an diatas rehal.
Tidak dikira menghinakan Al-Qur`an
di depan kaki, kerana Qur`an di atas rehal, bukan di atas lantai.
5) Meletakkan
sejadah melintang atau tegak ketika bersolat atasnya.
Tidak melibatkan sebarang hukum sama ada makruh atau haram. Harus.
Pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dibawa melihat
tempat-tempat yamg menjadi isu dan
ruang-ruang masjid.
Jawapan secara rasmi akan dilakukan secara
bertulis dari Jabatan Mufti Kerajaan Selangor.
Terima kasih
Dr. Haji Shafie Abu Bakar,
Nazir Masjid Al-Umm
Bagi pihak ahli yang berbincang pada
Isnin 10 Februari 2020= 16 Jamadil-Akhir
1441H.
Sekian.
As reported by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 19 kilos less than we do.
ReplyDelete(And realistically, it is not related to genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING related to "how" they are eating.)
BTW, I said "HOW", and not "what"...
Click on this link to determine if this short quiz can help you unlock your true weight loss possibility