CELARU ! TUNGGU HARI PENENTU
(Fikrah Bangi: 492),
BBB:
04 Rajab 1441H. = 28 Februari 2020M. (Juma`at).
Ada yang berpendapat, pembubaran Kerajaan
PH oleh Tun Mahathir (Sinar Selasa 25 Februari 2020: 1), untuk menjadikan janji
peralihan kuasa tidak berfungsi, walaupun beliau diberi tempoh selepas
Persidangan APEC pada akhir tahun ini. Tindakan perseorangan ini memberi
kesempatan yang baik bagi ANWAR MEMPERKUKUHKAN KEDUDUJANNYA. PKR dan Majlis
Presiden tidak menerima dan tidak mengiktiraf pembubaran.. Anwar terus
menghimpun sokongan sehingga kepadamasa beliau mengadap Yang Di Pertuan Agong,
beliau mempunyai penyokong sejumlah 92 kerusi ahli Parlimen.
Cadangan Tun Mahathir agar diwujudkan
pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang
tidak berasaskan parti, mungkin kerana menyedari beliau tidak berparti, satu
kelemahan dari segi strategi. Cadangan Kerajaan Perpaduan walaupun baik dari segi
pendengaran, tetapi akan menimbulkan kecelaruan. Apakah wajar kerajaan Perpaduan yang bersifat campuran itu
meninggalkan dari memberi keutamaan terhadap
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat. Bagaimana ahli Kerajaan
Perpaduan mau menghadapi ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat di dalam sidang
parlimen. Belum tiba sidang Parlimen , berlaku kekecohan pada kerajaan negeri
yang cuba mengikut rentak kerajaan Pusat yang masih belum ada kepastian dari
segi kepimpinan dan pemerintahan. Kerajaan Negeri Johor terpaksa dibubar dan
dilantik Menteri Besar yang lain dengan konsep pemerintahan negeri berkenaan.
Beberapa kerajaan negeri kecoh seperti di Kedah, Perak dan Melaka, walaupun
kemdian dapat ditenterakan dan kembali kepada status quo. Kekecohan juga
berlaku pada peringkat PBT, Penghulu dan Ketua Kampung. Pendeknya berlaku
kecelaruan.
Menyedari dirinya tidak berparti, Tun
Kembali kepada Bersatu, tapi berlaku percanggahan dengan Tan Sri Muhyiddin yang
mau dalam kerajaan Perpaduan – berasaskan Bersatu ? diterima Umno seadanya, sedangkan Tun Mahathir
tidak mau menerimanya. Sedangkan Pas telah menarik dari sokongan terhadap Tun
Mahathir. Umno tidak kisah dengan sikap Tun Mahathir, sebaliknya terus
memperkukuhkan diri dengan Muwafakat Nasionalnya.
Anwar yang merasa kedudukannya makin kukuh,
membuat pendirian, tidak akan menemui Tun Mahathir bagi sebarang jemputan atau
perbincangan.
Pagi ini kita lihat dalam berita yang Anwar
menyatakan bahawa,
``Majlis Presiden PH anggap Tun M cabar
kuasa Agong,``
Iaitu tindakan Tun M panggil Sidang
Parlimen Khas dahului titah Seri Paduka.`` (BH, 28.2.2020: 4).
Tindakan ini dianggap tidak wajar.
Anwar yang bercakap secara kolektif dan
atas nama Majlis Presiden PH. Bahkan Anwar dengan jelas menyatakan bahawa, ``
``Dr. Mahathir antara punca kemelut politik negara.`` (BH,
28.2.2020: 4).
Pada 2 Mac 2020 tarikh persidangan Parlimen
dipanggil, dikira hari penentu dalam mana ahli-ahli Parlimen akan membuat
pilihan siapa Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Tun Mahathir yang kembali kepada Bersatu,
tetapi terpisah dari PH, mampukah mendapat sokongan majoriti berasaskan Bersatu
? Sedangkan Anwar yang sudah ada sejumlah penyokong (92) dan memerlukan sedkit
tambahan lagi, nampaknya semakin confident.
Walau bagaimana kita tunggulah hari
penentuan, iaitu pada Isnin 2 Mac 2020 itu.
Sekian.
Words is swirling that Mukhriz Mahathir have JUMPED BACK TO HARAPAN.....ALL Bersatu Adun and MP given a Chance to Lompat Back to HARAPAN Before Agong Announce Anwar to be Given a Chance as Interim PM to form Government. So we see New Johor coalition begin to Crack again and Now PERAK coalition also Breaking up and Malacca too....
ReplyDelete