February 19, 2020

MENJALANKAN TUGAS


MENJALANKAN  TUGAS
(Fikrah Bangi: 484),
BBB:  25 Jamadil-Akhir 1441H. = 19 Februari 2020M. (Rabu).
Menjadi Wakil Rakyat baik pada peringkat Parlimen, maupun pada peringkat DUN, tidak saja dikehendaki bertugas  terhadap rakyat, tetapi juga bertugas terhadap parti. Seorang Wakil Rakyat kadang-kadang menjadi Ketua Bahagian atau Cawangan. Kalau pun tidak memegang jawatan di dalam parti, pun kena berkhidmat kepada parti, kerana jika parti lemah, maka akan melemahkan kedudukan seseorang Wakil Rakyat. Tugas terhadap parti sama pentingnya tugas terhadap rakyat. Jika khidmat tidak diberi terhadap rakyat, bererti rakyat tidak akan menyokongnya  lagi. Demikian juga jika tidak memberi tumpuan mengukuhkan parti, maka jika parti lemah, melemahkan kedudukan seorang Wakil Rakyat.
Tugas terhadap rakyat dapat dilihat dari segi secara teratur dan  berlaku luar jangkaan. Yang dapat diatur, ialah  menerusi program ziarah. Di dalam kawasan DUN, misalnya dikenalpasti kedudukan kawasan, bandar, pekan atau kampung. Apa masalah-masalah setempat disusun dan turun padang. Misalnya masalah lalulintas , maka Wakil Rakyat turun memerhatikan masalah dan membuat cadangan pembaikan misalnya menjadikan jalan sehala. Mengadakan lampu jalan, mengadakan bulatan.  Dengan ini dapat dicadangkan kepada Majlis Perbandaran. Jika masalah lalulintas di kampung, untuk mengelak dari laju kenderaan dan membahayakan, maka boleh dicadangkan dengan mengadakan bonggol pada tempat-tempat bersesuaian. Dengan demikian dapat mengurangkan kelajuan kenderaan. Berhubung dengan lalulintas ini, ialah  kerosakan jalan, baik di bandar, pekan atau kampung, maka ianya dikemukakan kepada pihak perbandaran atau JKR.
Lalulintas juga melibatkan anak-anak sekolah. Misalnya kesukaran anak-anak melintas untuk menyeberang ke sekolah. Wakil Rakyat wajar berbincang dengan pihak sekolah untuk mewujudkan pengawal lalu-lintas sekolah. Mengadakan zon-zon yang tidak dibenarkan kenderaan masuk, tempat-tempat khas bagi bas dan kenderaan menurunkan anak-anak.
Satu cara yang segera mendapat perhatian pihak berkenaan, ialah dengan membuat panggilan pemberita-pemberita. Misalnya tentang tidak teraturnya lalu lintas depan sekolah dan wujudnya perkara-perkara yang membahayakan, ialah dengan membuat Sidang Akhbar dan ditunjukkan permasalahan kepada pemberita. Cara ini biasanya mendapat respond segera dari pihak berkuasa.
Dalam zaman komunikasi canggih kini, ianya dapat dihighlightkan dan dihantar terus kepada pihak berkenaan bagi mendapat tindakan segera. Perkara yang dapat diatur dan mendapat tindakan segera,misalnya dengan membuat lawatan yang diatur ke kawasan-kawasan  alam  sekitar yang tidak bersih, cemar dan tidak diberi perhatian oleh Majlis Perbandaran. Kaedah memanggil Pemberita menghighlightkan pemasalahan biasanya mendapat respond segera dari pihak Majlis Perbandaran.
Program dapat diatur dengan mengenalpasti kalangan  masyarakat miskin, baik di bandar atau kampung. Program diatur dan Wakil Rakyat turun secara berpasukan melawat mereka yang miskin dan menyampaikan bantuan. Antara mereka dapat dirujuk kepada pihak Jabatan Kemasyarakatan atau kepada Lembaga Zakat dan seumpamanya.
Program yang dapat diatur ialah, , menziarah orang sakit, mengambil tindakan awal tempat-tempat yang biasa banjir untuk mengurangkan resika kerosakan. Bertemu dengan persatuan-persatuan penduduk dan peniaga dan saebagainya dan bertanyakan masalah mereka. Membuat lawatan ke sektor-sektor pekerjaan, membaiki rumah uzur,  dan berbagai-bagai masalah setempat yang dikenalpasti yang patut diatur dan  menziarahi secara berkelompok.
Seorang  Wakil Rakyat hendaklah kenalpasti lebih awal masalah-masalah yang dihadapi rakyat yang diwakili dan menyelsaikan masalah yang dihadapi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment