ANGKUH
!
(Fikrah Bangi: 482),
BBB: 24 Jamadil-Akhir 1441H. = 18 Februari
2020M. (Selasa).
Jika diaplikasikan kepada Wakil Rakyat,
sama ada Ahli Parlimen atau ADUN, maka ianya sangat tidak disenangi. Tetapi Tun
Daim Zainuddin Bekas Menteri Kewangan sekali lagi mendedahkan, bahawa
sebahagian dari Menteri di dalam PH sekarang bersifat angkuh (Sinar Harian,
17.2.2020: 3). Menurutnya semasa menteri berkenaan pada masa menjadi
pembangkang mudah ditemui, tetapi kini sukar ditemui, bahkan tidak lagi
menjawab surat, kerana alasan sebok !
Tun Daim Zainuddin secara kosisten
memerhati prestasi Kerajaan PH. Pada setengah tahun pertama, beliau mengkritik setengah para pemimpin PH yang tidak
berpengalaman di dalam pentadbiran. Ianya merupakan kelemahan ketara pada masa
itu. Sebahagian daripada mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Ada
suara pada masa itu agar dirombak kabinet.
Bila berlalu setahun pemerintahan PH beliau
mengkritik Kerajaan PH yang dikatakannya tidak menunaikan janji. Beliau
mencadangkan tiga perkara, iaitu<
·
Mengawal
harga barang
·
Membina
lebih banyak rumah mampu milik
·
Turunkan
harga tol
(UM, 27 Mei 2019).
Memang antara cadangan Tun Dain itu diikuti
seperti menurunkan harga tol. Tapi dari segi menurunkan harga barang, masih
tidak terlaksana, bahkan kenaikan harga barang terus terasa, Manakala usaha
membina rumah mampu milik, sedang dilakukan, walaupun tidak mencapai hasrat
yang diharapkan (sejuta rumah).
Dalam kritik terbarunya (Sinar 17 2.2020:
3), setelah PH hampi dua tahun memerintah, bahawa setengah Menteri bersifat
angkuh. Misalnya bila PH mengalami kekalahan pilihanrata kecil secara
berturut-turut,ada yang membuat spekulasi, bahawa `PH adalah Kerajaan
Sepenggal.``
Tanpa bercakap secara berlapik, seorang
Menteri menjawab, ``Bahawa Kerajaan PH, tidak akan menjadi Kerajaan
Sepenggal.``
Dalam komen terbarunya (Sinar 17.2.2020),
Tun Daim menyifatkan sebahagian daripada Menteri PH adalah angkuh, sebagaimana
ucapan yang dikatakan oleh Menteri berkenaan.
Kita kira pemecatan terhadap Maszli Malik
dari Menteri Pendidikan juga mempunyai
unsur sedemikian. Rakyat di kawasan Muszli memprotes dan memberi sokongan besar
terhadapnya di dalam pemilihan sebagai pemimpin PH di Simpang Renggam (Sinar,
17.2.2020: 4).
Kata Tun Daim Zainuddin, Kerajaan PH tidak memberi
perhatian kepada apa yang tidak disetujui rakyat. Pendapat mereka tidak
didengar dan kehendak tertentu nampaknya ingin diteruskan. Tun Daim Zainuddin
menyatakan, Rakyat tidakgembira dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Mungkin kerajaan PH kini merasa makin kuat.
Tetapi realiti yang dapat dilihat, bahawa
perpecahan makin berlaku di dalam parti komponan di dalam PH.
Sepanjang berkuasa soal lepimpinan tidak
dapat diselesaikan, retoril berkenaannya berterusan.
Rakyat memerhati gelagat mereka..
Sekian.
No comments:
Post a Comment