JANGAN BERI KUASA SEPENUHNYA KEPADA ORANG
POLITIK !
(Fikrah Bangi: 481).
(BBB:
22 Jamadil-Akhir 1441H. = 16
Februari 2020M. (Ahad).
Pada umumnya kita berpendapat sistem
demokrasi adalah siustem yang terbaik bagi pemerintahan negara dan sistem
itulah diamalkan di negara kita. Tetapi sebenarnya tidak semua sistem itu dapat
dipraktikkan dengan baik. Kita melaksanakan sistem berparlimen dan DUN bagi
melaksanakan pemeriintahan. Mereka menggubal undang-undang dan melaksanakannya
melalui infra-struktur pemerintahan. Tetapi mereka yang dipilih bukan mereka
yang terbaik di dalam berbagai bidsang
yang melibatkan pemerintahan. Antara mereka tidak berpelajaran, tidak berpengalaman dan
ternyata bila dilantik ke jawatan-jawatan menteri tertentu tidak dapat
menjalankan tugas dengan baik. Pemerintahan adalah berasaskan parti-parti
politik. Antara kelemahan berparti terjadi perbalahan di dalam pemerintahan di
dalam memilih kepimpinan yang amat mengganggu kelicinan pemerintahan.
Antara kelemahan politikm bahawanya ianya tidak mantap dan
kuasa yang didapati amat sementara dan berlaku perubahan di dalam polisi polisi
penting dalam masa yang singkat dan menjadikan dasar dan polisi pemerintahan
tidak mantap.
Adakah dulihat, demi untuk kebaikan negara,
maka struktur dan dasar pemerintahan
berasaskan demolrasi ini perlu diperbaiki. Pembaikan perlu dilakukan.
1) Ada sebuah institusi tertinggi yang ahlinya
terdiri dari ilmuan, pakar dan bijaksanawan yang menggubalkan dasar
pemerintahan negara.
2) Jangan beri kuasa politik sepenuhnya kepada
orang politik
3) Orang politik yang mendapat kuasa melalui
pilihanraya adalah berperanan melaksanakan dasar dan polisi yang digubal secara
bijaksana pada peringkat tertinggi.
Dalam pemerintahan negara kita sekarang
sudah ada infra-struktur bagi perubahan pemerintahan tersebut.
Institusi tertinggi di bawah Yang D Pertuan
Agung ialah Dewan Negara.
Dewan ini hendaklah dirubah status dan
ibawanya menjadi Dewan Tertinggi dalam membuat dasar pemerintahan negara.
Ahlinya dilantik dari para ilmuan terpilih
berbagai bidang dari berbagai
universiti, para ahli ekonomi terkenal, pakar undang-undang, keselamatan.tentera
dan polis, ulama` terbilang, manakala
satu pertiga dari ahlinya dilantik dari ahli politi yang menang dan berwibawa dari segi keilmuan, kepimpinan
dan pengalaman. Keahlian mempunyai tempoh tertentu dan sering berlaku perubahan
darti segi perlantikan.
Dewan Negara yang berwibawa (tidak seperti
status kini) merangka, membuat dasar dan polisi yang mantap dan mudah
diubah-ubah oleh orang politik
Antara polisi yang mantap dan tidak boleh
diubah sewenang-wenang terutama oleh orang politik ialah mengenai:
1) Perlembagaan Negara.
2) Persoalam agama
3) Dasar Pendidikan neara
4) Pertahanan dan Keselamatan
5) Identiti dan Dasar Luar.
Perkara-perkara yang lain behak dibincang
dan diberi pandangan oleh Dewan Negara termasuk orang politilk untuk
dilaksanakan di dalam pemerintahan.
Jangan beri kuasa sepenuhnya kepada orang
politik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment